:: KAMI ::

Daisypath Anniversary tickers

:: KAK YONG ::

Lilypie Second Birthday tickers

:: ADIK BABY ::

Lilypie Pregnancy tickers

November 15, 2010

Cabaran buat sang lelaki..

Kenapa bila aku start cakap dan bagi pendapat pasal lelaki bangang yang sibok nak kawen lebih dari satu dengan point2 yang pedas, orang 2 lelaki akan start marah dan cakap "Ko nak persoalkan hukum Tuhan ni kenapa?"

Jawapan aku:

[1] Dorang rase tertekan sebab point2 aku tu sebijik2 kene kat batang idung sendiri.

Contoh:

[a] Kewajipan sebagai seorang lelaki Muslim pon dorang tak mampu buat, tapi sibuk kate nak ikot sunnah Nabi s.a.w.
[b] Diri sendiri tak mampu nak jadi ketua+pelindung+pembimbing diri sendiri, bini first pon tak mampu dibimbing menjadi muslimah yang baek.
[c] Nabi s.a.w berkahwin empat kerana nak mempertahankan maruah kaum wanita (balu yang kematian suami akibat syahid di medan perang etc), tetapi lelaki sekarang berkahwin lebih dari satu sebab nak puaskan nafsu sendiri padahal sendiri tak mampu dari pelbagai sudut (kewangan dan sebagainya). HOW DARE YOU COMPARE UR-DIRTY-FILTHY-SELF WITH RASULULLAH S.A.W. YANG MULIA??!!

[2] Sebab dorang MEMANG ade keinginan nak kawen lebih dari 1, tapi dari point2 yang aku cakap tu dorang start rase rendah diri+mencabar kelelakian dorang (konon, itupon kalau ade), lebih2 lagi datang dari sorang pompuan yang pada pendapat dorang LEMAH. Typical coward, dah terase baru pandai nak bukak kitab.

[3] Dorang rase tercabar, sebab ape yang aku cakap tu BETUL.

Lagi ulasan aku:

[1] Aku tak benci hukum Allah yang mengatakan lelaki Islam itu boleh berpoligami tetapi sila pahamkan betol2. Lelaki Islam dibolehkan berpoligami SEKIRANYA LAYAK. Masalahnya sekarang ramai lelaki TAK LAYAK tapi sibok guna alasan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w, dan aku MENENTANG KERAS lelaki2 ini, bukan hukum tuhan.

[2] Aku benci lelaki melayu yang suka MENIDAKKAN hak kami orang perempuan sedangkan Islam tidak mengajar bahawa pompuan itu rendah tarafnya. Kami ada hak kami sebagai perempuan Islam. Dan kami perlu bimbingan, seperti yang dijanjikan Allah s.w.t. kepada kami. Tak sedar ke korang jantan2, korang kuar dari rahim seorang PEREMPUAN. Allah letakkan kami perempuan Islam di tempat yang istimewa, selagi kami berpegang teguh kepada Ad-din.

[3] Lelaki melayu Islam ZAMAN SEKARANG, baper kerat yang nak paham hukum Allah? Dorang cuma gunakan hukum Allah untuk kepentingan diri sendiri. Ade advantage pada diri dorang, dorang amik. Takde advantage, tinggalkan. Camno nak bimbing kitorang orang pompuan yang memang serba serbi lemah nak banding ngan lelaki?

[4] Aku memang benci jantan. Ko bagi la alasan camne pon, selagi name ko JANTAN aka lelaki dan manusia sempurna yang dibagi akal tapi tak pandai gune, aku tetap benci ko.

Kalo ade antara korang yang dah beristeri, n isteri asyik mengamuk sampai korang terase nak cari len, ni aku bagi satu artikel yang aku copy dari genta-rasa.com. Aku taw, bile dapat isteri cam harimau (macam aku), lame2 konfem laki rase nak cari len, sebab tak mampu nak kawal si harimau (macam aku). Well, itu cume memberi gambaran yang korang masih TAK CUKUP LELAKI, sebab pompuan sorang cam aku pon korang tak ley kawal+bimbing, apetah lagi nak melindung. Encek bomba, buktikan. ;) Mengawal dengan kata lain bukan dengan cara kasar macam korang kawal haiwan, ini manusia k. Kamu harus ada akal, baru betol LELAKI. Hehe.

Bila Isteri “Mengamuk”

Kekadang isteri mengamuk
Dengan ombak prasangka dan lautan cemburu
Apa bukti setiamu suami?
Atau apakah kau sedang berkira-kira
hendak “mendua”, “mentiga” dan “mengempatkan”ku?

Kekadang disergahnya suami
Ketika keringat masih membasah
Baru melangkah masuk pintu rumah

Ketika itu muhasabahlah diri
Mungkin suami berdosa dengan Tuhan,
atau bersalah dengan insan
Mungkin banyak penzaliman dan penganiayaan yang telah dilakukan
Lalu datang “serangan” itu sebagai peringatan

Suami,
Hadapkanlah diri ke cermin hati
Kaji dirimu satu persatu
Kalau liar, berhentilah
Kalau berdosa, bertaubatlah.

Jangan berkira-kira hendak “berdua”
kalau yang satu itu pun tak mampu dijaga
Jangan kemampuan harta dan fizikal sahaja diperhitungkan…
Tetapi mampukah meratakan keadilan
memimpin penuh kasih sayang?

Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
Nasihatkanlah dia baik-baik
Ingatlah mestika kata dalam kitab-kitab tua
suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
akan mendapat pahala Nabi Ayyub.

Atau ingatlah pesan Umar al-Khattab
ketika didatangi seorang suami
yang dileteri isteri:
“Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri
telah banyak membantu kita
Dia yang menyelamatkan kita
daripada amukan nafsu
Dia yang membantu menjaga anak-anak kita
Dia yang membantu menjaga
makan minum kita
Dia yang mencuci kain-baju kita
Dia yang membantu membersihkan
rumah kita…
Lalu apa salahnya kita bersabar dengan kerenah mereka?”

Taburkanlah segenggam salji
pada secubit api
Insya-Allah,
cinta itu akan semarak kembali!

Cinta itu indah. Perkahwinan itu cantik sekiranya dihiasi bunga2 kasih. Kenapa mesti dicemar dengan kotornya nafsu?

Duduk depan cermin, dan tanye pada die yang di cermin tu, "Ape sebenarnye yang kau mahu?"

Ya Allah, lindungi kami semua daripada kejahatan nafsu serakah mainan syaitan.

9 comments:

the pali said...

hahahahahaha...saya dgn ini menyokong poligami!!!!kerna..
poligami dpt menjana pertumbuhan populasi utk tenaga kerja yg optimum..bagi menjana pertumbuhan dan pembangunan modal insan negara menjelang 2020

wAwA^cHan said...

ceh!hang same jek.

lelaki melayu tipikal.

the pali said...

tipikal?wakakaka..u may kol me cynical malay...wahahaha...

wAwA^cHan said...

sume lelaki sokong, aku taw. bese la, kalo pompuan bole pon aku sokong. tapi bukan sume mampu wat.

probnye org tak mampu sibok2 nak wat.

cet.

anak sorang pon skang ade yang dah terjage, camne plak la kalo anak ramai? anak berderet, bapak lepas tangan, tapi cbok nak tambah bini+anak.

the pali said...

anak tu kn rezeki..klu dh berderet kluar..nk wt cmna..alhamdulillah..bersyukur...kena tgk pd sudut positip..penambahan bini itu dpt membantu bini tua jg family..hikhik..jgnla berfikiran seperti perempuan tipikal...hahahahaha...
klu seseorg itu berkahwen lbih dr 1..itu adalah jodoh..haaa

wAwA^cHan said...

perempuan tipikal ialah perempuan yg menentang tanpe usul periksa.

macam aku cakap, KALO MAMPU, aku bole kate ape. Hukum tetap hukum, sape kite nak pertikai. masalahnya orang TAK MAMPU yang selalu wat.

aku menentang LELAKI2 TAK MAMPU tersebut. adekah aku masih tipikal? Aku cuma menegakkan hak orang pompuan untuk dilindung dan dibimbing.

Soalnye:
Bape ramai lelaki yang mampu membimbing isteri pertama?

Bape ramai plak yang gune alasan "My wife tak pandai jage i, tak pandai itu ini, dat's why i cari len"?

Bukan ke die cume tunjukkan kelemahan die sebagai org lelaki untuk kawal 1 isteri? Jadi camne nak tambah isteri lagi 1?

Ditegaskan:
Aku tak tentang poligami. Aku tentang lelaki2 bangang yang tak sedar kemampuan diri.

:)

n lagi 1, anak itu amanah wahai pali. dan amanah tu berat. kalo anak ramai2, tapi ko tak mampu nak tanggung amanah tu, nanti makan diri. seorang isteri juga amanah. kalo seorang isteri tak mampu nak dibimbing, tambah lagi 1 isteri (yg mane juge tak terbimbing), bukan ke itu menambahkan lagi dosa sebab amanah2 itu tak dapat disempurnakan dengan baik? kawen 1 dulu, tengok mampu tak mampu.

ko ingat kawen tu senang?

:)

the pali said...

ur definition on pompuan tipikal is ur own definition..so..consider it..rejected.done!!!hehehehe.still i found sesuatu yg sgt tipikal dlm definition tuh..hahahaha...

Allah x kn uji hamba DIA yg x mampu..aku rs hg pnh dgq ayt ni berkali2 kot..
so..klu kawen lebih dr 1 tu adalah ujian dalam rahmat...dat means..si pelaku itu mampu...hahahaha...

aku xkata hg menentang poligami..atau menentang sesapa pn..aku cuma cakap aku sokong jaa..hahahaha..bezakan?

kawen tu x senang...tp menyenangkan..yg susah atau payahnya..adalah..nk mentenkan perkahwinan tu cik wawa..hahahaha..err..buleh dak klu aku ckp..ayt ni mungkin hg pnh dgq..

'suami isteri itu saling melengkapi..'

kn?

so,y kawen lg 1?sbbnya...
ada yg x lengkap ar tuh..wahahahahaha..

wAwA^cHan said...

yeah, guess u were right.
aku masih perempuan tipikal yang menggunakan emosi dlm kebanyakan hal.

who wouldn't?

dlm sesetengah part, aku terpakse sokong hang. sape plak kite kn nak halang kalo ujian Allah tu dtg?

dan hang jugak betol psl suami dan isteri patut saling melengkapi. point yg paling penting, cause i've saw a no. of marriages yg kawen sekadar kawen, tanpa paham ape erti sebenar perkahwinan tu sendiri.

pada aku, kalo ang rase mampu, carry on. takde sape ley halang, not even ur own wife. tapi masih aku tekankan, tepuk dada sendiri dulu. layak ke tak layak. tu jek.

aku masih benci lelaki2 yang tak layak. cause aku dah tengok ramai. lelaki yang layak, of cos, aku tak mampu benci sebab takde alasan.

:)

the pali said...

lek wawa..aku phm mksud hg..bak kata Joker dlm Dark Knight..'why so serious?'

menyokong x maksud akan buat..
x menyokong x maksud xkn buat..
look around you..n cuba tgk apa yg aku kata ni..samada btoi or x..

lek..bkn nk cr sapa salah sapa btoi..
manusia xkn pandang n pikiaq samada dia layak or x..yg dia buleh pikiaq samada dia buleh or x buleh..tu jaa...
klu buleh lagu mn caranya..klu x buleh..camna nk bulehkan..hahahaha
result n consequences itu bergantung samada dia pikiaq guna kepala ataupun kepala lutut..

klu hg tanya aku lani..aku layak dak nk kawen 4?ngn rangginya tanpa berfikir secara kritis aku akn jawab..yaaa aku layak!!!!!

cuma hakikatnya..samada aku nk ataupun dak ja..

ada beza kt situ tu cik wawa..

selamat ari raya aidiladha..aku nk balik umah kemas brg...balik kampung weh!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...