:: KAMI ::

Daisypath Anniversary tickers

:: KAK YONG ::

Lilypie Second Birthday tickers

:: ADIK BABY ::

Lilypie Pregnancy tickers

December 05, 2010

Buat sang puteri..

Assalamualaikum...

Came across some videos in Youtube about Muslim Women wearing hijab and the responses as well. Ok, kali ni terpakse membawa sesuatu yang agak serius di dalam penulisan.

Buka mata, wahai wanita. Buka minda. Kita di Malaysia, tak perlu bersusah payah mempertahankan keimanan kita untuk memakai hijab seperti mereka2 di luar sane. Yang mane mereka dicaci, dihina, dikatakan sebagai wanita tak bertamadun, hanya kerana mengikot perintah Allah s.w.t. untuk menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Yang mane mereka diumpat dengan dikatakan sebagai uneducated women, cause they said we don't know anything called freedom in our life. Wanita Islam dilihat sebagai hamba kepada lelaki Islam oleh mereka. Sedang dalam pandangan mereka, lelaki Islam itu terrorist.

*diam*

Susah payah saudara2 kite kat luar sane, kan? Itupon kita yang aman damai di Malaysia tak bersyukur. Tengok aje adik2, kakak2, saudara2 perempuan di sekeliling kita. Our own sisters! Seorang Muslimah. Tapi di negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi, kita sendiri tak praktikkan ape yang kita panggil kepercayaan kita. Sedih kan? Tahukah anda, di belakang kita, hatta skarang secara terus terangan orang2 Islam sendiri berkata "Eleh, ko pakai tudung tak semestinya ko baik, aku yang tak pakai tudung agaknye lagi baik dari ko". MasyaAllah...

Sayang2 sekalian. Betol, takde paksaan di dalam Islam. Tapi sekali kita telah memeluk Islam, kita adalah tertakluk di bawah undang2Nya. Maw, atau tidak. Ikhlas, atau tidak. Kalo kate "Nantilah aku pakai, kalo aku pakai skang pon sebab ikot orang, ataupon sebab takot ngan cakap2 orang, bukan sebab Allah, nak watpe?", tanye balik pada diri sendiri, adekah kita IKHLAS beragama Islam plak? :)

Aku ini juge tidak sempurna. Still cube nak memperbaiki diri. Kalo nak kate ikhlas atau tidak memakai tudung, itu antara aku dengan Allah. Allah taw niat setiap kita, tak perlu dikate2. :) Cuma ingat satu jek. Sanggupkah kita, tegakah kita membiarkan our own sisters and brothers, Muslim disekeliling kita menanggung dan berkongsi dosa dengan kita, hanye kerana dah tak kuasa nak menegur kite membuat dosa dengan tak menutup aurat? Dan berapa ramai pulak lelaki mendapat dosa, sebab terlihat rambut dan aurat yang sepatutnye tak kelihatan di mata dorang? Dalam Islam takde istilah kubur lain2 ye kawan2 sekalian. Dosa boleh dikongsi2, taw? :)

Aku harap ade orang2 yang tak bertudung membace ape yang aku tulis ni. Aku bukan mengeji atau mencerca, tak. Niat aku cuma nak berkongsi ape yang aku taw. Mungkin kawan2 yang tak bertudung ni tak sampai fikirannye ke sini, pe kate kite yang kongsikan supaya mata dorang terbukak. Sekurang2nya, dapat la berkongsi pahala plak. :) Slow2, pelan2 kayuh. Takpe. Lame2 jadi biasa. Cari seorang kawan yang boleh membimbing, supaya keinginan dan kesedaran yang dah sedia ade tu disemarakkan lagi. :)

Sharing is caring, gals. Untuk guys boleh jugak, disampai2 kepada saudara2 perempuan. Sedarlah, kita bertuah, sebab kita di Malaysia, takde sape larang kita nak amalkan kepercayaan Islam di sini. Kita bebas. Boleh tengok video2 ni, aku attachkan sebagai panduan. Semoga kita sentiasa dilindungi di bawah rahmatNya :)

Wassalam.

Attachment:

~ Take off your hijab
~ Funny questions received by women wearing hijab
~ Ask Muslim Women about how they felt and be fair
~ Hijab, a non-Muslim experiment

Saudara2 kita di luar sane menghargai keindahan kita para wanita memakai hijab. Mereka memperjuangkan hak kita. Jadi kenapa kite sendiri tak menghargai ape yang kita punya? Tepuk dada sayang. Kita punya jawapan sebenarnye. :) Meh dengar lagu Hijjaz. :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...