:: KAMI ::

Daisypath Anniversary tickers

:: KAK YONG ::

Lilypie Second Birthday tickers

:: ADIK BABY ::

Lilypie Pregnancy tickers

May 21, 2015

Cinta Monyet

Hari ni, aku di alor setar. Makan di kopitiam, lepak2 tengok ragam manusia.

Selang sebuah meja, ada dua gadis sunti. Manis, bertudung litup, lengan baju panjang hingga pergelangan tangan. Atas meja, ada buku2 dan pencil case. Budak sekolah, tgh study group barangkali.

Tak lama, order aku pon sampai. Meja tu, datang 2 org lelaki. Usia nampak lebih tua, mungkin dah lepas sekolah. Tapi tak menampakkan kematangan seorang lelaki. Aku tengok si gadis berdua senyum manis. Malu-malu. Mungkin abe dah datang, nak ajar buat keje sekolah.

Tapi kat mata aku, aku nampak dua lelaki yg bakal menjahanamkan kesucian dan kegadisan gadis2 sunti ini. Di usia 30 tahun, kian mengenal rupa2 lelaki jalang, aku jadi benci tengok lelaki hidung belang serupa ini. Bukan, aku bukan cemburu. Masa aku dah lama berlalu. Aku cuma teringatkan anak dara berdua di rumah. Mereka bakal membesar. Bakal melalui saat2 keremajaan yang sama. Mungkin di hati mereka bakal dihinggap cinta palsu seperti ini. Melekakan. Melalaikan. Dan mungkin bakal menjauhkan mereka dari aku.

Lalu terfikir, apa yang perlu aku buat, Tuhan? Bagaimana cara untuk menjauhkan anak2 aku dari lelaki seperti ini? Bagaimana cara untuk mengajar anak2 aku mengenal bahawa ini cinta palsu? Bahawa lelaki2 itu, kalau boleh dibaca fikirannya, sangat kotor dan menjijikkan?

Teringat emak di rumah. Patut la dulu mak kata, jangan bercinta sebelum habis sekolah. Tapi bagaimana? Cinta itu singgah bukan boleh diminta2, disuruh2, ianya fitrah. Tapi emak lebih dulu makan garam. Emak mengajar aku bahawa lelaki bakal melalaikan. Lelaki bakal menjahanamkan kalau diberi peluang lebih jauh. Dan aku percaya emak.

Cuma, takdir menemukan aku kepada lelaki yg salah. Dan kini aku masih berusaha mengajarkan dia menjadi suami dan ayah. Aku cuba untuk lari, tetapi aku sudah jauh menapak. Pilihan yg ada sekarang ialah memperbetulkan kesilapan kami. Aku tak boleh bersabar hanya dengan berdiam diri. Tak. Emak tak mengajarkan aku begitu.

Aku pandang dua gadis itu. Aku doakan mereka terpelihara kehormatan mereka sehingga sampai ke tangan suami dengan cara terhormat. Lelaki yg boleh dihormati wanita, ialah lelaki yang pandai menghormati wanita.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...