:: KAMI ::

Daisypath Anniversary tickers

:: KAK YONG ::

Lilypie Second Birthday tickers

:: ADIK BABY ::

Lilypie Pregnancy tickers

February 26, 2012

Maktab Bakri

Esok nak lapor diri kat Maktab Bakri.

Tapi uniform tak iron lagi.

Barang ada yang tak beli lagi.

Beg tak kemas abes lagi.




Isy lagho sungguh pesbuk nih!

*Sambil tepuk dahi sendiri. Tangan ko yang gatal taip 'pesbuk' sape suruh?*



Oke, bai.

February 23, 2012

Perasaan

Salam..

Arini aku datang keje perasaan bercampur baur. Masuk2 opis, anggota ngan kerani duk bincang itu ini, mintak itu ini, aku layan. Tapi tiba2 kak yan tanya, "Bakpe puan arini muka macam takde perasaan? Takut kak yan tengok, lain jek puan arini".

*sigh*

Lalu aku balas, "Lebih kurang la arini kak yan. Tak taw la takde perasaan ke terlalu banyak perasaan sampai tak taw nak kuar yang mana satu dulu". Tapi kemudian aku senyum. "Ha, kalo senyum kan comey, baru semangat kami kat opis nak keje".

Baru aku terpikir. Isy, bakpe pikir masalah peribadi sampai bawak ke opis. Kesian anak2 buah nak keje pon tension tengok muka bos tension. Aku kan patut jadi cermin kualiti keje pada satu2 ari. Kalo aku happy, anak buah happy. Keje pon seronok jek, lancar. Bila aku monyok, anak buah pon jadi tension. Mula la keje tah hape2 nanti.

*Pengajaran untuk hari ni, nasib baik start esok dah pi kursus kat muar, bole la release tension sket*

^___^

February 15, 2012

Kalau berpacaran~

Salam..

Lebih kurang sejam lagi sebelum pi ngadap Dato' KP ku itu, sempat menelek2 certain blogs and fb's status. Hehehe. Camni la gaya seorang pegawai turus, macam banyak keje, tapi wat2 macam takde keje. Well, keje takkan abes sampai la pencen, betol dak? So, what's the hurry? :p

Urrmm.. Sebenarnya aku agak tersentuh dengan beberapa topik yang dibincangkan hari ni, kesan daripada 'Hari Berkasih' (kononnya) semalam.

"Sekiranya seseorang lelaki itu benar2 menyayangi seorang wanita, dia akan berusaha memperbaiki wanita itu dan membawanya ke jalan yang benar. Dan sekiranya dia ikhlas menyayangi seorang wanita, dia tidak akan sekali2 mangambil apa yang bukan haknya daripada wanita tersebut"

Renung-renungkan, dan selamat beramal~

*ALLAH masih bagi peringatan pada kita, itu tanda DIA masih sayang pada kita, dan itu tanda DIA sedang cemburu sebab kita sayang makhluk DIA lebih dari DIA sendiri*

^___^



February 13, 2012

Hilangnya seorang srikandi

Salam..

Macam serius sangat tajuk post aku ni ye? Hehehe. :p

Arini 13/02/2012, kalau orang lain sume mesti dok sibok nak tunggu 14/02 nak wat sambutan (orang Islam tak boleh sambut ye, harap maklum ^__^), tapi family aku tunggu 18/02. ^__^ Tarikh ni kalau 55 tahun yang lepas, ada sorang budak kecik baru nak lahir kat Kangkar Pulai, Johor. La ni budak kecik tu dah berumur, berlaki, beranak, bercucu dan segala ber lagi yang ada (nak kata dia dah ada semua dalam hidup dia :p), dan cukup 18/02/2012 ni, maka beliau akan berPENCEN dari dunia kepolisan.

Weewiiitttttt! TAHNIAH untuk mak saya, Pn. Noraini Jaafar sebab dah pencen dan boleh rehat. ^___^

Mak selalu kata "Cepat la mak pencen, dah tak larat nak hadap keje polis ni lagi, dah makin mengarut. Orang awam 1 hal, pegawai atasan lain hal plak, anggota pon banyak hal, pening2" ^__^ La ni, mak cuma kene pening tengok perangai kucing ngan Arrayyan kat umah. Sikit ari lagi, mak pening tengok perangai Rafiq plak. :p Tunggu cucu ramai sikit lagi, lagi pening kepala mak, hehe.

Tapi aku tau, jauh kat sudut hati dia, dia sayang keje dia. Dia selalu kata, "Mak tak suke orang baru wat keje, semua cincai2". Tapi dia tetap sabar ajar, dia tetap sabar tunjuk cara wat keje. Mak selalu gak kate, "Orang awam sekarang tak sama ngan orang awam dulu, dulu tak susah nak handle, tak susah macam sekarang". Tapi mak tetap ramah layan orang awam datang balai wat aduan, kalau salah pon mak tetap sabar bagi tunjuk ajar. Dekat2 nak pencen, mak selalu cakap "Apa susah, sakit hati jek ngan orang2 kat balai, mak MC je, mak pon dah tua, bukan sihat sangat". Tapi kejap lepas tu, mak pakai uniform, capai kunci keta, pegi balai.

Mak. Apa dia kate kadang2 lain ngan ape ada dalam hati dia. ^__^

Aku membesar dengan tengok mak keje macam nak mati nak bagi kami adik beradik hidup senang. Skuad mak yang lain semua dah pakai Sarjan Mejar, pakai Sub-Inspektor, tapi mak tetap kat Klang pakai Kopral jek sama ngan budak2 baru. Mak masuk polis bukan kelulusan cikai, mak ada STPM, dulu2 bole naik pegawai dah. Mak bukan tak boleh naik pangkat. Tapi aku tau mak pikir macam2. Kalo naik pangkat, kene posting. Anak2 macam mana? Suami macam mana? Mak tak penah cakap, tapi aku tau mak korbankan sesuatu untuk kami dapat apa yang kami ada sekarang.

Dulu mase muda2, mak aku cantik taw. :p Sekarang pon cantik lagi. Tapi tangan mak kasar sebab keje kuat. Tangan mak memang kuat. Dulu kalo die pukul time kitorang nakal kecik2, perrggghhh. Berbekas gak la kat belakang badan ni ha. :p Dia yang banyak ajar aku supaya wat sume keje sendiri, tak yah harap kat orang. Semua pakai tangan dia. Tangan yang kasar dok angkat barang2 berat tu jugak la yang masak bagi kitorang makan hari2. Tangan tu jugak yang urut kaki aku mase zaman mula2 aku aktif sukan kat sekolah. Banyak ah jasa tangan mak kat kitorang. :p Tangan tu jugak tak kurang berjasa pada pasukan polis. Tangan tu yang tangkap OKT. Tangan tu yang amik report kat balai. Tangan tu yang fitik kawasan. Tangan tu yang wat macam2 sepanjang tempoh perkhidmatan mak dengan pasukan.

Tak lama lagi 18/02. Pasukan polis dah ilang 1 srikandi yang mungkin tak dipandang sebagai tokoh oleh PDRM tapi untuk aku, itulah satu tokoh terbaik yang boleh dijadikan contoh oleh pasukan. Kalo orang tanye sape idola aku dalam polis, haram aku takkan sebut name tokoh2 polis tersohor yang tak penah pon kenal aku sepanjang aku idup. Tapi ada dua tokoh terbaik dalam kerjaya aku.

KPL Noraini Jaafar (GD) dan KPL Othman Yem (Trafik)

Aku kini penyambung legasi. So, aku kene sayang keje aku macam mana mak ngan abah sayang keje depa. ^__^

Aku bukan anak manja, tapi saje wat posing manja atas permintaan jurukamera. :p



Ini saya. Saya bersyukur sebab saya kini satu kebanggaan untuk mereka. Dan saya lebih bersyukur sebab saya lahir dari keturunan mak dan abah saya. ^___^

Adios!

February 12, 2012

Persiapan kahwin 2

Salam...

Sementara tunggu meeting kul 3, sempat memblog sekejap. :p

Kenduri nanti aku nak wat ada guestbook macam reception kat hotel, bole dak? Cara gak kan? Orang datang kenduri, pastu sape nak tinggalkan ape2 pesan, tulis situ. Wat kenangan sampai anak cucu. :)

Best, best. :p

February 09, 2012

Persiapan kahwin

Salam..

Oke, minit untuk audit aku dah siap setelkan, cuma tinggal approval dari bos jek, n done. Nyampah giler amik minit meeting pegawai kerajaan ni, leceh! :(

Oke, skang takde mood nak study slide powerpoint bajet 2013 yang nak bentang kat bos next week, tapi aku sangat bermood nak wat checklist untuk kawen. :p Tup tap tup tap, dah bulan 2 rupanya. Sekejap jek masa berlalu. Sape perasan ticker engagement kat blog aku ni, tak sangka aku dah tunang setahun. :p Masa bertunang banyak abes kat pusat latihan, kesian kat encek bomba. :) Pastu dah kuar, kene posting KT plak, kene tinggal lagik. So skang sangat la bersemangat nak kawen, so aku bole mintak posting ikot suami plak. :p

Nak wat checklist pon rase cam kelam kelibut jek. Oke2, so ni apa yang dah dibuat setakat ni:
  • Kursus kawen - baru nak g next week (17/18hb Feb) :p
  • Kebenaran kawen ngan akuan bujang aku - dah setel kat pusat latihan lagi :D
  • Baju nikah - baru antar tempah last week
  • Baju sanding, berinai, persalinan lepas sanding ngan outdoor - dah pi tengok baju, tapi awal lagi nak fitting so set balik diari pegi bulan 3 or 4)
  • Pelamin n catering - dah set ngan wedding planner nak datang balik bulan 3 or 4
Banyak lagi bende belom buat sebenarnya, n aku kene wat sikit2 supaya tak jadi keje last minit. Banyak kan benda nak pikir? Ingat kawen ni senang? Macam2 tak wat lagi nih, nasib baik aku amik pakej wedding planner, dah save kepala otak aku kat situ. Skang nak kena pikir pasal pakaian family (mak aku nak wat seragam :p), doorgift, kad kawen, sword bearer, bagpipe ngan band/karaoke (aku prefer band, best weyh nyanyi ngan band :p).

Aiyaa, pening, pening....

Nanti la aku wat checklist proper sket, bole gak tolong org2 yang tak kawen lagi wat preparation :p Hehe.

Adios!

February 07, 2012

Entry sapu sawang

Salam..

Dah bersawang dah blog ni. :p Lama sangat terbiar. Nak kata sibuk, dak pon. Senang cerita, MALAS. :p Aku skarang kat Kuala Terengganu. Apa aku buat kat sini? Tercampak kat negeri orang, jauh dari keluarga, sedara-mara dan sahabat2. Mujur ada skuadmate tak berapa kerat, kami kongsi sedih sama2. Tapi sedih kejap jek pon. :p Hehe. Dah pandai itu ini, mula naik tocang masing2. :p

Aku tengah belajar sesuaikan diri. Belajar hidup kat tempat orang. Tak susah, tapi usaha mau ada. Cuma awal2 ni terumbang ambing sikit, dengan kewangan yang hampir2 gawat. Tapi aku buat muka biasa jek. Nak kalut2 pon bukan boleh buat apa, kan?

Apa lagi nak cerita? Takde cita menarik sebenarnya, saje2 nak sapu sawang. :p Semalam fitik bilik, pastu duk sorang2. Aku terfikir *bestnya kalau boleh balik ke tahun 1991*.

*sigh*

Life must go on and on and on and on and on and on and on and on...sampai Allah s.w.t. panggil kita balik. The past is a history, future is a mystery. But right now, think of it as a PRESENT. ^__^

Len kali la tulis pape yang menarik sikit. Kurang bermood arini.

Adios amigos, bebeh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...