:: KAMI ::

Daisypath Anniversary tickers

:: KAK YONG ::

Lilypie Second Birthday tickers

:: ADIK BABY ::

Lilypie Pregnancy tickers

December 31, 2010

Air mata dan wanita. Kami kawan baik :p

Saat diciptakan wanita, Tuhan membuatnya menjadi sangat utama.

Diciptakan kepadanya bahu, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, namun bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Diberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali ia menerima cerca dari anaknya itu.

Diberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah berputus asa.

Kepada wanita diberikan kesabaran untuk merawat keluarganya, walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.

Diberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun, walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya.

Perasaan kasih sayang ini yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang mengantuk menahan lelap.

Sentuhan kasih sayang ini yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

Diberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Menjadikannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

Diberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

Dan akhirnya..

Diberikan kepadanya air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus diberikan kepada wanita, agar dapat digunakan bila pun dia inginkan.

Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya air mata ini adalah air mata kehidupan.

*
*
*
*
*

:: Bila air mata itu tumpah, sebenarnye itu usaha untuk mengeluarkan segala resah dan kelemahan dalam hati. Bila ia kelihatan, itu usaha untuk menenangkan emosi supaya mampu membuat keputusan dengan waras. Bila wanita menangis, biarkan. Itu jek senjata yang kami ada untuk mengalahkan gelojak jiwa dan perasaan. ::

December 30, 2010

Curahan isi hati yang duka lara....

Kadang2 penat menjage hati orang. Penat asyik beralah. Penat jadi orang yang selalu salah.



Sakit hati.

Sakit otak.

Sakit jiwa.

Sape yang taw?








Asyik nak kene jage hati orang. Abes hati aku? Ade sape2 tolong jage?

Kucing pon pandai pujuk, pandai 'mintak maaf' bile die taw aku marah, bile taw die salah. Tapi manusia? Malas nak sebut perkataan tuh, wat tambah dosa.


Menyampah.


Cepatlaa mase, aku tunggu saat ko tiba. Dah tak larat nak duk tengah2 komuniti ni.

December 28, 2010

Errrkkkk??

Semenjak dua menjak ni asyik sakit belakang. Tataw sebab salah tido ke atau salah postur badan (aku suke membongkok). Adehh...

Dah lame kan tak posting pasal kucing kan? Hehehe. Neh macik nak citer neh. Kucing umah macik dah berduyun-duyun. Adoii. Poning palo mak aku. Sampai kene telan pil perancang la induk2 umah ni skang. Kot tak, memang cam kilang. Sampai musim jek, berderet kittens dalam umah. Wuwuwu. :p Jap, lepas ditambah tolak, kucing aku skang total sume 24 ekor (termasuk 2 ekor kucing tumpang yang tataw mane datang, tapi sebab kecik takde mak, aku bawak masuk skali). Wohooo.. Ade sape2 rase nak bela kucing? Meh amik sekor dua. ^_^

Kelemahan aku ialah takleh tengok kucing terbiar. Tapi jangan kucing jahat la, memang takde kesian2. Tapi kalo datang wat muke comey cam puss in boots tu, kompem macik hangkut bawak masuk umah. Errggghhh. Kan dah berduyun, nak buang tak sampai ati. Ilang sekor pon aku dah risau. Camne la haii..

Ade orang tanye, "Dah taw tak larat bela banyak2, nape amik gak?" Isy, camne aku nak terang. Bukan sebab aku suke giler kat kucing, ade mase2 aku marah gak kucing2 ni biler nakal. Tapi sebab tak sampai ati. Korang nampak jek aku garang+ganas camni, tapi hati macik ni lembut k? Aku susah hati tengok kucing2 kecik terbiar tepi jalan takde mak. Ni pon ade 2,3 ekor kucing kat luar aku curi2 bagi makan. Nak bawak masuk takut abah marah. "Ramai2 kucing dalam umah ni, umah pon dah bau kucing" abah cakap. (T_T)

Kesian kucing2 ni. Sok kalo aku masuk pusat latihan, sape la nak nengok dorang. Mak keje. Nak harap si eppie ni, huh! Yela sangat nak jage.

Cakap pasal pusat latihan, lambat plak dapat surat. Pape pon setelkan satu2 peristiwa dulu k wa2? :D Lalalala~

:: Entry borak2 kosong takde hala tuju. Sesaje gatal nak apdet. Adios amigos! ::

December 27, 2010

Masa....fuhhh, bergerak2! :p

Arini sangat hepy. Source of happiness: Encek bomba

^_^ Can't wait!

Oke, mari masuk ke topik asal.

23hb Disember lepas, kawan aku Arep Nordin selamat bernikah ngan cik Huda. Tahniah2! :) Sory bangat cos tak dapat datang. Asalnya aku memang nak datang, semangat bagitaw encek bomba. Tapi pikir punye pikir, aku bukannye bergaji, sah2 duit banyak nak pakai untuk event akan datang. Event ape? Nanti cerita eh? :p So, nak tak nak aku kene akur ngan keadaan diri sendiri untuk tidak menghadirkan diri ke kenduri arep n huda. Sory ek? Nanti aku kirim wedding present kat arep jek.

Arep ialah kawan baek encek bomba, merangkap orang yang bertanggungjawab menjadi orang yang mengenalkan kami. :) Aku kenal arep mase kat kem 515, lepas tu cume berhelo2 kat fesbuk same tepon, n arep ngan bersungguh2nye mengenalkan aku same encek bomba. The rest of the story biar la jadi memori untuk aku ngan encek bomba. :)

Sangat rugi tak dapat datang kenduri arep. Cause my lovely boyfie jadi best man die pada hari tersebut dengan pakai one dress. Errgghhh. So orang len yang nampak die emcem2 pada hari tersebut, not me. :( Takpe, takpe, berkorban untuk sesuatu yang lebih baek yang akan bertahan untuk selama2nye insyaAllah. :D


Cepatlaa mase berlalu!! :p Hikhik.

December 23, 2010

Am gay. Where the heck is 'ok'?

Salam..

It Gets Better in Malaysia. Is that so?

Ape yang golongan2 penyokong 'seksualiti merdeka' ni perjuangkan? Ape yang aku paham, dorang cuba untuk memberi sokongan kepada golongan gay dan lesbian kat Malaysia ni bahawa masih ade orang2 yang terima dorang2 ni. Tapi sokongan ke arah ape? Untuk terus jadi gay/lesbian atau berubah menjadi normal balik?

Kes ni lebih kurang macam penagih dadah. Golongan macam ni selalu kate dorang disisih masyarakat, sebab tu dorang tak dapat kekuatan untuk berubah, sebab yang terima dorang cuma golongan dorang jek. Betul. Aku sokong kenyataan tu. Jadi ape yang geng 'seksualiti merdeka' ni cube wat ialah memberi tempat untuk orang2 songsang ni untuk mendapatkan kekuatan dalam masyarakat. Cumenye pada aku cara dorang ni salah. Dan aku wat kesimpulan pengasas kumpulan ni ialah non-muslim. Cause if dorang ni muslim, golongan songsang ni patut dibantu dengan cara berlainan. Bukan dengan mendabik dada mengatakan "I'm gay, n I'm ok". No. That's not it. U're gay, therefore u're SOOOOOO NOT OK. Dalam Islam dah kate golongan songsang ni golongan dilaknat Allah. Dorang kene ditolong untuk keluar dari masalah, bukan menyokong ape yang dorang wat.

I got few gay friends. Pernah ditanye kenapa dorang jadi macam ni. Katenye naluri. Tak boleh nak wat ape, Allah yang tentukan jalan hidup dorang camni. Tapi pernah ke dorang terpikir, itu ujian dari Allah untuk dorang? Doakan korang sempat bertaubat ye kawan2. Dorang ni taw pasal agama. Dorang solat, ade yang boleh jadi imam (tapi aku tak pernah berimamkan dorang la, takut beb, kang tak sah solat aku, naya), kalo dilihat luaran cukup baek. Tapi sayang bile masuk bab nafsu, dorang abaikan agama. Same jek kalo yang straight pon, zina. Na'uzubillah.

Tapi dorang2 ni kalo makin dicaci, dikeji, dorang akan menyisihkan diri. Makin disokong, lagi la terok menjadi2 aktiviti 'cik cur' dorang. So ape kite kene wat? Try jadikan dorang kawan, 'racun' sket demi sket supaya dorang berubah. Yang penting, keinginan dorang nak berubah sebenarnye ade, tapi takde kekuatan. Jom la same2 tolong, kesian tengok deme ni. Apelaa, belasah barang yang ko dah ade, nak watpe? :p

Allah s.w.t. jadikan makhluk kat dunia ni semua berpasangan. Lelaki dengan perempuan. Jantan ngan betina. Nak watpe cari yang sejenis, rugi beb. Hikhik.

December 19, 2010

Episod konvo dan kegedixan

Arini saya berjaya masuk ke dalam Lim Kok Wing (LKW). Kazen saya graduate. Eh, baek tetibe bahasa aku kan? Hahaha. Meh masuk sesi mengutuk. ;p

Aku tak pnah masuk ipts yang len, so aku tataw la dorang camne. Tapi ni LKW nye citer. Mak aku teman mak uda masuk untuk tengok Siti amik diploma. Pendapat peribadi aku, mak abah aku dan adik2 aku (yang dah bese tengok majlis graduasi ipta), memang FAILURE giler. Huh! Bayar mahal, majlis out! Protokol majlis? OUT! Perjalanan majlis? OUT! Susunan pelajar dalam dewan? OUT! (Kazen aku citer kat dalam siap kne kongsi 4 orang 2 kerusi. Watdefish?) Banyak lagi, sampai la aku tengah taip post ni, mak abah ngan nenek tengah dok ngutuk lagi. :p Nak citer pon penat. Macam majlis pemberian hadiah akhir tahun sekolah rendah. Eh, aku pon dah banyak kali attend, takyah masuk LKW. Kesian kat kazen aku, pengalaman konvo cam $#&*%. Naseb la, sape swuh masuk situ. Huhu..

Budak2 yang under Felda punye scholarship sumer konvo arini. Mak seperti bese memang seorang peramah, abes die tanye sume kiri kanan die dari felda mane. Mak memerhati, pastu bercerita la bile balik. Sory la, tapi siyes aku cakap, budak2 felda KEBANYAKAN memang culture shock, bergaya KALAH OMPUTEH. Heh! Weyh, aku duk selangor kl ni dah 26 tahun, dorang duk cyberjaya baru 3 tahun, tapi gaye mak aih. Ni kalo duk obersi aku tataw la plak pe citer. Haduii... Takde niat nak ngutuk, mak ayah aku pon orang kampung, bukan orang bandar. Tapi bapak aku ajar "Biar orang ikot cara kita, jangan kita ikot cara orang" Kecuali la kalo orang tegur tu untuk kebaikan, tu memang kne terima. Aku memang pesen keras kepala, abah yang ajar. Tanye encek bomba, aku memang keras kepala (plus kuat menjawab ;p). Ni kita taw kita elok, orang cume kate kite pesen tak up-to-date, kite dah gelabah? Ek eleh. Pastu dah mula tukar pesen sane sini. Aku puas brain wash adik2 spupu aku yang dari kampung "Kite ni orang susah. Wat cara orang susah" aku kate.

Ok, abes citer pasal LKW nye konvo. Masuk citer pasal antaran kawen. Tadi mak aku boleh la plak pasang telinga ade sorang makcik melayu ni bercerita ngan makcik cina.


Makcik Cina: Eh? Hantaran kahwin tu ape? Saya dengar melayu kahwin ade hantaran kahwin.

Makcik Melayu:
Owh. Hantaran tu hadiah yang pihak lelaki bagi pada pihak perempuan pada hari perkahwinan.

Makcik Cina:
Owh. Biasa berapa eh hantaran kahwin?

Makcik Melayu:
Eh tak tentu. Bergantung pada perempuan. Macam kalau anak saya ade diploma ni, lebih 10ribu. Kalau ade degree maybe 15ribu.



Mak aku dengar dah menyirap. Ni hidup2 kne bohong makcik cina ni. Mane ade orang tetapkan camtu, ngko ngan suku sakat ko jek kot. Slang makcik melayu dipercayai orang Penang. Hahaha! Sory eh, aku takde cakap pape, kalo korang paham ape aku tengah pikir, paham laa.. :p Ni nak meniaga anak ke hape ni. Naseb baek aku ni anak mak aku. Mak aku orang johor. Hikhik. Pikir logik sket bole? Sok anak makan pasir lepas kawen baru taw.

Balik2 bukak fesbuk, aku ternampak ini kat home. Cayalaa korang kanak2! Aku memang suke teguran2 ni. Menggedix, menggedix dan menggedix bukanlah cara kita. So, pikir-pikirkan, dan selamat beramal! :)

Sambungan:

December 15, 2010

An appreciation

Petang tadi Puan Nad my bestie pos status ni kat fesbuk:
"If you have a wonderful husband, fiancé, or boyfriend that works hard to take care of you and would do anything for you, then re-post this as your status to give the honest good men out there the recognition that they deserve. Because great men are few and far between, and I have one of them."

Nad, as lovey-dovey as usual. :)

But yeah, I do agree with her. Cause aku sendiri taw camne Alan sayang Nad. She's lucky to have him. And she reminded me of someone who's very far yet very near n dear to this heart of mine.

:)


To my chenta hati, thanx for giving me a chance to love u. I know am not perfect at all, always annoy u and piss u off, always says some stupid stuff during my PMS ,then take it back. Yet, u still love me. For that, I post this as my appreciation to u, and that am blessed because I've already found one honest good man, although great men are few, but I manage to steal one to be put in my heart. Am dreaming of having u by my side forever, Encek Mohd. Sufian. I know u've and u'll work hard to take care of me and I know u'll do anything for me, as u've done much already.

And I hope u'll never find a girl that cares and loves you more than me. Owh, saya yang semulajadi penjeles. Wuwu~

;p

Thanx again, my dear.

December 14, 2010

Isy, salah ke?

Kenape bile kite share knowledge ngan orang, tapi knowledge yang diberi tu tak memihak kepada die, kite dikate dengki? Kenape orang tamaw terima ilmu? Kenape orang lebih suke ambik ape yang ade advantage pada diri sendiri dan tamaw dengar ape yang memberi advantage kepade orang len?





*sigh*





Ye, aku pon kadang2 same. Meh la muhasabah diri weyh.



Sory, aku sekadar berkongsi ilmu yang aku dapat dari Encek Aidid. Dan aku paham sedari juga berkongsi pengalaman menggunakan produk kesihatan atau lebih tepat lagi supplement tersebut. Niat of cos maw menjual, kan? kan? Tapi pada aku tak perlu la padamkan komen aku, aku cume bertanye dan berkongsi info dari blog encek aidid. Tak salahkan kalo orang len membace gak? Lagipon post tu untuk mengingatkan sume orang supaya berhati2. Jadi, aku ingatkan la. :)


Kalo kite betol2 sayangkan orang2 di sekeliling kite, kite mesti maw yang terbaek untuk mereka. :) Pikir-pikirkan. Jangan sampai ade yang rosak kerane fahaman kite.

Untuk renungan bersama...

Sengal, sengal, sengal

Salam..

Terlebih dulu, aku nak tekankan kat sini, aku tak berniat nak bias ataupon menyokong. Ye, aku anak polis. Dibesarkan dalam suasana tegas dan ayat2 pedas. Maybe sebab tu aku tak lembut macam anak2 pompuan orang len. Tapi aku tak penah kesah pasal tu. Ape yang aku kesah, bile orang start mengate polis mengikut sesedap mulut die tanpa memikirkan perasaan orang len.

Attachment 1:

Attachment 2:

Benarkan aku bertanye:

Polis bukan manusia ke?
Polis ni robot ke?
Polis ni takde family ke? Takde life?
Polis ni hamba abdi korang ke?

Aku paham niat setiap satu pernyataan dorang2 ni terhasil sebab ketakpuashatian dorang terhadap servis yang dibagi. Tapi sedar ke dorang setiap tuduhan tu terlalu sakit nak diterima oleh orang macam aku?

Yang dulu mase kecik2 ditinggal ngan adik2 waktu malam, dipesan kunci umah, jage adik2, jangan tido mati, alert ngan itu ini, sebab mak abah aku polis yang kene jage umah orang len waktu malam, kene kejar penjenayah waktu malam?? Umah orang len dorang pegi jage demi sesuap nasik, sedangkan anak2 terpakse ditinggal berisiko takde siapa jage kat umah.

Yang setiap kali plan nak pegi bercuti tapi jarang2 dapat sebab mak ngan abah dapat last order amik kes jenayah atau cuti dibeku serta merta tanpe ape2 notis pendahuluan? Dan macam2 lagi ke-tidakbest-an hidup yang aku ngan adik2 rase dari kecik.



Dan dorang2 ni bercakap seolah2 organisasi yang MAK BAPAK aku curahkan keringat tu serupa TAKDE GUNE SATU SEN HARAM PON PADA MASYARAKAT!

Abes kenape mak abah aku bekerja macam nak mati selama ni?




Giler aku benci ngan orang2 yang sewenang2 menghukum tanpe periksa. Ye, aku taw ade ramai yang mangkuk dalam organisasi. Tapi kenape palitkan taik tu pada sume?

Pada aku, kite semua ade peranan masing2. Kalo korang sendiri yang bukak peluang kepada penjenayah, kenape nak salahkan polis sebab tak dapat tangkap penjenayah? Adekah fungsi polis serupa jaga atau private bodyguard untuk setiap orang, so setiap 1 orang awam tu nak kene dijage, diikot bontot nye ke hulu ke hilir?



Aku bagi contoh:
Anak perempuan umoq 8 tahun pegi pasar malam sorang2. Mak ayah ade kat umah, wat tak taw anak nak ayam goreng kat pasar malam cakap "pegi la beli sendiri". Anak kne culik. Ayah wat repot polis lepas 24jam hilang sebab tak jumpe cari. Beberape ari lepas tu, jumpe mayat anak. Ayah marah pihak polis sebab tak wat keje, tak dapat cari anak die sampai anak mati kne bunuh. Keluar kenyataan kat sokkabar kate polis tak ambik berat soal kes kehilangan anak.

Persoalan:
Di mane punca masalah?

Aku bagi korang jawab sendiri. Aku dah letih nak bagi orang2 camni berpikir cara MANUSIA. Dey, kucing aku pon pandai jage anak la weyh! Anak die lari sket ke depan pon die kejar taw dak? Nape perlu aku samekan manusia ngan haiwan? Gile hina kalo haiwan lebih pandai pikir dari kita manusia.

Semua masalah berpunca dari diri sendiri. Semua peluang untuk penjenayahan diberi oleh kite2 sendiri. Jangan tuding jari kat orang len. Polis cume penguatkuasa yang menjalankan tugas menguatkuasakan undang2 berdasarkan hak dan kuasa yang diberi. Tapi kalo bukti tak cukup, jejak takde, ko ingat polis ni superhero ke? Dorang manusia beb, macam kite gak. Nak kne p cari satu2, tu baru 1 kes. Abes ade bape banyak kes kat setiap daerah? Anggota bape ramai plak? Setiap anggota bukan kne wat keje am. Semua ade peranan masing2. Tak paham organisasi jangan bising. Ko kalo kerani pon bising kalo tibe2 bos swuh p cuci tandas, kan? Memang ko gune tandas ari2, tapi bukan keje ko nak bersihkan. Eksekutif pemasaran takkan nak p turun padang wat design untuk satu2 projek walaupon die same2 uruskan projek tuh, ade banyak projek lagi nak handle. Same la ngan polis.

Kate orang, duit tax yang dorang bayar pada kerajaan tu la gaji untuk pihak berkuasa yang kononnye tak reti wat keje ni. Tapi taw dak, setiap sen yang mak abah aku dapat, aku taw hasil titik peluh dan keringat 30 tahun berkhidmat. Aku percaye duit yang mak abah aku bawak balik lepas keje berhempas pulas tu halal, dan sebab tu aku adik beradik masih jadi orang. Tu memang gaji yang layak dorang dapat ngan risiko keje yang dorang hadap hari2.

Jangan bagi aku dengar orang kate macam ni depan muke aku. Mengate polis lepak balai takde keje, dok melangut tiap2 bulan dapat gaji. Aku sula sape yang cakap camni. Depa manusia beb. Yang akta buruh kate maksima boleh keje pon 12 jam sehari, dan sekiranye lebih adalah atas keinginan sendiri. Tapi dorang sume penah keje 24 jam non-stop beb, atas arahan, bukan kehendak sendiri! Dan takde OT. Takde elaun tambahan. Dan dorang takde alasan untuk menolak arahan sebab dah bersumpah untuk sedia berkhidmat. Tapi dorang tetap manusia. Ade kelemahan dalam setiap satu orang.

Korang try wat macam dorang. Try masuk organisasi, baru bole cakap. Kalo setakat cakap dari luar, tak penah try taw camne cara dorang keje, yang bile aku cakap camni korang akan cakap "Pehal plak nak swoh aku masuk polis? Sape swoh dorang nak masuk polis, nasib la kene keje camni". Siyes, otak ko lagi kecik kapasiti dari otak lembu.

Pegi ngaji balik beb. Start dari darjah satu. Maybe korang bole belajar balik tajuk "Fitrah Manusia" dan "Hidup Bermasyarakat" kat mane2 subjek.

Sory, ni entry melepaskan marah. Tak suke, aku pon tak pakse bace.

December 12, 2010

Weekend yang hening

Assalamualaikum..

Meh nengok ArRayyan yang dah nakal giler2, dan dah pandai alih2 perabot kat umah. --> Note: Umur die baru setahun sebulan dan baru pandai jalan.



Rancangan deko bersame eric dah tak fofuler. Ni die eric punye apprentice. Hehe.

Owh, aritu sebenarnye janji ngan eppie nak masukkan gambar ni:



Eppie dah beli gitar letrik kat Endah Parade. Kebetulan mase jalan2 kat sane, ternampak laa bunting ni. Bunting ni bunting kedai dan sekolah muzik kat situ, tapi Eppie bukan beli gitar kat sini laa. Aku ngan Eppie dah terkekeh2 gelak, pasal name die Chopsticks Talent School. Siyes, aku terbayang kedai makan dulu. Kalo korang, korang pikir ape? Same kan? Sampai umah pon kitorang duk ngutuk2 lagi.






Tadi aku saje2 la gugel "Chopsticks". Aku jumpe ini.





Hahaha! Skang sape yang mengong? Haduii, nampak sangat la noob nye kami2 orang. Maafkan kami yek encek tuan punye kedai? Huhu. Isy, len kali jangan ngutuk orang la adik! Ko nih... :p

December 08, 2010

Ko ingat keta ko import dari uganda, aku takot?

Lesen aku masuk bulan ni dah berusia lebih kurang 3 tahun 6 bulan. Baru. :) Tapi jangan pandang rendah same aku. Orang yang lesen berbelas tahun pon penakut bawak keta, takley jalan jauh. Terer lagi aku. :p

Ok, tu bukan point yang aku nak bagitaw. Pointnye ialah sikap orang bawak keta.

Apsal la susah sangat nak kasik signal?

Aku penah tanye ngan sorang member laki. Jawapan die: "Tak cool dowh wa bagi signal. Macam budak baru lepas JPJ. Orang terer cam aku mane layan signal2 ni."

Jawapan aku: Kepale lutut ko!!

Weyh, signal tu di-invent untuk kemudahan pemandu bagitaw orang len yang die nak tukar lorong atau nak masuk lorong kiri or kanan. Ape kene mengene ngan cool ke tak cool??!!!

Sory, aku tak paham cara otak mangkuk2 yang jawab camtu berfungsi. Tak kesah la laki ke pompuan ke melayu ke cina ke india ke ape bangsa skalipon la. Tapi siyes, camne la otak die function?

Aku dah bape kali nak eksiden pasal mangkuk2 hayun yang suke men tukar2 lorong tak kasik signal ngan muke selambe padahal aku rapat gile kat belakang. Dulu aku biar jek, lantak ko la. Tapi skang sory. Aku potong, kasik hon panjannnngggggg. Padan muke. Giler menyusahkan orang len. --> Note: kalo kat klang ni, slalu yang wat camni nyonya2, panas jek aku tengok muke selambe derk dorang.

Beb, have some courtesy la sket. Len la kalo otak ko mampu kasik telepati "Aku nak masuk lorong ko ni woi, jage cik salmah, jage", bole la aku terima. Ni angin takde, ribut takde, taw2 syyuuu masuk camtu. Akai ada ka?

Hisy, kengkawan, sila jangan wat camni. Nak wat bole, tapi make sure atas jalan tu takde keta len selain keta ko.

Tak bek weyh tambah dosa. Kalo eksiden, dah konpem2 ko salah. Kalo mati orang belakang tu? Tambah lagi satu. Kalo tak mati pon, kene sumpah ngan orang belakang? Tambah lagi share dosa ngan orang yang menyumpah tu.

Akhir kate, ko bli la kete besar, gabak, canggih, elite tara mane pon, tapi kalo signal tak pandai gune, serupa ko bawak keta sorong. Bakaero. Bli keta import, besar, cantek, banyak function, tak pandai gune. Kesian. Huh! Baek kasik keta tu kat aku, aku pandai gune. :)

Nota kaki: Nak wat garang bole, tapi make sure dalam keta ade stereng lock yang keras dan mampu korang hayun kalo pape hal. N make sure korang ade backup bek punye. Road bully kan banyak. Bahaya worr.. Aku, korang jangan ikot. Aku ade lesen besar nak backup. Kuikuikui.

December 05, 2010

Buat sang puteri..

Assalamualaikum...

Came across some videos in Youtube about Muslim Women wearing hijab and the responses as well. Ok, kali ni terpakse membawa sesuatu yang agak serius di dalam penulisan.

Buka mata, wahai wanita. Buka minda. Kita di Malaysia, tak perlu bersusah payah mempertahankan keimanan kita untuk memakai hijab seperti mereka2 di luar sane. Yang mane mereka dicaci, dihina, dikatakan sebagai wanita tak bertamadun, hanya kerana mengikot perintah Allah s.w.t. untuk menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Yang mane mereka diumpat dengan dikatakan sebagai uneducated women, cause they said we don't know anything called freedom in our life. Wanita Islam dilihat sebagai hamba kepada lelaki Islam oleh mereka. Sedang dalam pandangan mereka, lelaki Islam itu terrorist.

*diam*

Susah payah saudara2 kite kat luar sane, kan? Itupon kita yang aman damai di Malaysia tak bersyukur. Tengok aje adik2, kakak2, saudara2 perempuan di sekeliling kita. Our own sisters! Seorang Muslimah. Tapi di negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi, kita sendiri tak praktikkan ape yang kita panggil kepercayaan kita. Sedih kan? Tahukah anda, di belakang kita, hatta skarang secara terus terangan orang2 Islam sendiri berkata "Eleh, ko pakai tudung tak semestinya ko baik, aku yang tak pakai tudung agaknye lagi baik dari ko". MasyaAllah...

Sayang2 sekalian. Betol, takde paksaan di dalam Islam. Tapi sekali kita telah memeluk Islam, kita adalah tertakluk di bawah undang2Nya. Maw, atau tidak. Ikhlas, atau tidak. Kalo kate "Nantilah aku pakai, kalo aku pakai skang pon sebab ikot orang, ataupon sebab takot ngan cakap2 orang, bukan sebab Allah, nak watpe?", tanye balik pada diri sendiri, adekah kita IKHLAS beragama Islam plak? :)

Aku ini juge tidak sempurna. Still cube nak memperbaiki diri. Kalo nak kate ikhlas atau tidak memakai tudung, itu antara aku dengan Allah. Allah taw niat setiap kita, tak perlu dikate2. :) Cuma ingat satu jek. Sanggupkah kita, tegakah kita membiarkan our own sisters and brothers, Muslim disekeliling kita menanggung dan berkongsi dosa dengan kita, hanye kerana dah tak kuasa nak menegur kite membuat dosa dengan tak menutup aurat? Dan berapa ramai pulak lelaki mendapat dosa, sebab terlihat rambut dan aurat yang sepatutnye tak kelihatan di mata dorang? Dalam Islam takde istilah kubur lain2 ye kawan2 sekalian. Dosa boleh dikongsi2, taw? :)

Aku harap ade orang2 yang tak bertudung membace ape yang aku tulis ni. Aku bukan mengeji atau mencerca, tak. Niat aku cuma nak berkongsi ape yang aku taw. Mungkin kawan2 yang tak bertudung ni tak sampai fikirannye ke sini, pe kate kite yang kongsikan supaya mata dorang terbukak. Sekurang2nya, dapat la berkongsi pahala plak. :) Slow2, pelan2 kayuh. Takpe. Lame2 jadi biasa. Cari seorang kawan yang boleh membimbing, supaya keinginan dan kesedaran yang dah sedia ade tu disemarakkan lagi. :)

Sharing is caring, gals. Untuk guys boleh jugak, disampai2 kepada saudara2 perempuan. Sedarlah, kita bertuah, sebab kita di Malaysia, takde sape larang kita nak amalkan kepercayaan Islam di sini. Kita bebas. Boleh tengok video2 ni, aku attachkan sebagai panduan. Semoga kita sentiasa dilindungi di bawah rahmatNya :)

Wassalam.

Attachment:

~ Take off your hijab
~ Funny questions received by women wearing hijab
~ Ask Muslim Women about how they felt and be fair
~ Hijab, a non-Muslim experiment

Saudara2 kita di luar sane menghargai keindahan kita para wanita memakai hijab. Mereka memperjuangkan hak kita. Jadi kenapa kite sendiri tak menghargai ape yang kita punya? Tepuk dada sayang. Kita punya jawapan sebenarnye. :) Meh dengar lagu Hijjaz. :)

Fly, fly away!

Dalam hati ade banyak kerisauan. Dalam otak ade banyak bende kne fikir. Isy. Kalo sume aku layan, maw pecah kepala ni nanti. Jadi, mengambil kate2 encek Aidid, why so serious?

Meh, join aku layan lagu ni. Rindu plak nak layan katun Lion King. Hikhik. Meh nyanyi same Pumba n Timon!

Hakuna Matata!
What a wonderful phrase.
Hakuna Matata!
Ain't no passing craze.
It means no worries.
For the rest of your days.
It's our problem-free philosophy.
Hakuna Matata!
>_<

Baik layan gembira yang tersorok di suatu sudut hati. Apa? Hikhik. Satu masa akan dicerita.

Da!

December 03, 2010

Narnia 3

Cite 'The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader' dah kuar. 3D plak tuh. Woot woot!! Siapa nak teman aku p tengok nih? :p


Suke2. Hikhik.

Edited on 06/12/10:
Dah nengok!! Yeay!! Aku kasik 4 out of 5. Lucy Pevensie yang dah besar sangat comel! A well grown up gurl. Hail Queen Lucy the Valiant! Nape aku umur 26 but i hope i can be like her? *sigh* Bila nak matang ni kakak? Aiyaa.. :p Love Narnia anyway...

"Some journeys take us far from home. Some adventures lead us to our destiny"

December 01, 2010

Marsians vs Venusians - part 1

Mood bercinta. Cause am missing him so demm much right now. :)

So, tibe2 terpikir nak post pasal satu novel ni. "Men are from Mars, Women are from Venus"

Aku ade soft copy novel ni dalam bentuk pdf, thanx to encek bomba, cause dia yang bagi soft copy tu pada aku, dengan ucapan "Awak bace, nanti awak terang kat saye ek?" :p Kes malas bace. Hehe. Aku pon ekceli belom abes bace, baru sampai chapter 3, pnat kot nak bace kat skrin ni ha, berpinau mate aku :p Tapi takpe, setelah membuat sedikit pencarian, aku jumpe summary buku ni kat WikiSummaries. Hahaha. Jalan paling mudah, but still aku kene bace gak summary tersebut, so takde la mudah mane ekceli, cume kurang sket perkataan2 yang perlu dibace :p

Okeh. What's with this novel?

Novel ni menceritakan pasal perbezaan antara pemikiran lelaki dan juga perempuan. Dalam buku ni jugak, dorang tandakan lelaki sebagai Marsians, dan perempuan sebagai Venusians. Banyak beza sebenarnye kita ni, tapi jarang2 kite ambik berat. Bese la, banyak lagi bende nak pikir. :)

Tapi sekali-sekala pada pendapat aku sebagai perempuan, perlu gak kite bace buku ni, tak kesah la lelaki atau perempuan, sebab kite perlukan peringatan pada point2 perbezaan antara kita. Contohnye, beza pikiran aku dengan encek bomba. :)

Aku memang selalu messed up, selalu emosi, itu aku. Aku rase perempuan len pon ade mase2 begini, bukan aku sorang jek. Dan aku gak selalu kadang2 'kacau' encek bomba dengan bende2 yang die anggap remeh. Tapi tanpa die sendiri sedar, bende2 tu ekceli penting untuk aku. Sebab emosi kami Venusians merasekan, bende2 kecik tu akan menjurus kepada bende2 yang besar sekiranye tak dikawal starting from now. :) Itu yang lelaki kurang faham. Tapi dari semasa ke semasa, aku akan cuba untuk bagitaw encek bomba.

Novel ni jugak terangkan pasal bagaimana cara2 Marsians dan Venusians menangani stress. Encek bomba pada pendapat aku lebih relaks, sebab die jarang mengadu pada aku pasal masalah die, cuma kadang2. Motto hidup? "Lex lu kok tang" Hahaha. Selalu gak aku try berpikir macam cara die pikir (skang aku sangat terpengaruh ngan die sebenarnye) tapi jarang mampu, coz aku yang dari Venus ni ade lagi satu part yang control aku iaitu emosi. Selalu jugak dipesan encek bomba, "Control ur emotions" tapi jarang dapat dikawal dengan berkesan. :p Masih dalam proses mencuba dan mencuba.

Dalam novel ni die gambarkan cara2 menangani stress bagi lelaki sebagai "the cave". Di mana lelaki besenye menangani stress dorang dengan memasuki gua peribadi mereka sendiri, dengan kate lain, kalo ade masalah, dorang lebih suke bersendiri untuk memikirkan jalan penyelesaian. Dorang lebih cenderung untuk dilihat hebat, jadi dorang akan berusaha untuk tidak menampakkan masalah pada orang len. :) Ini yang menampakkan mereka lebih relaks. Tapi kalo dorang tak dapat jalan penyelesaian, dorang akan wat 'time-out' dorang sendiri, contohnye bace sokkabar, men game, tengok bola (same ade sorang2 atau ramai2) etc. Dan dorang TAKKAN libatkan awek/tunang/bini dalam time-out dorang. :) Aku akan bagitaw kenape. Dan sekiranye lelaki memberitahu masalah pada orang len tu, dorang mengharapkan ade jalan penyelesaian yang diberi.

Berbeza plak dengan perempuan, sebab selalunye perempuan jenis suke berkongsi masalah. Pada kami, berkongsi masalah dengan orang len, akan meringankan beban masalah yang kami tengah hadap. Dan selalunye, perempuan akan kongsi masalah dengan orang2 yang die percaya sahaja. Sebab tu kite bole tengok, kalo sesi kaunseling, perempuan lebih banyak di sane. Dan perempuan jugak kadang2 bukannye share masalah tu untuk mendapatkan penyelesaian. Kami cume rase lega bila masalah kami dikongsi dengan orang len, dan dengan cara tu, kami bole memikirkan penyelesaian dengan option2 yang dibagi oleh orang2 yang mendengar masalah.

Jadi ape yang kite selalu wat, kite anggap orang berlainan jantina ngan kita ni akan berbuat bende yang same ngan kite.

Bila lelaki ade masalah, perempuan akan anggap lelaki tersebut akan share masalah ngan die. Tapi bila lelaki ni cume berdiam diri (dengan kate len die tengah masuk gua die), perempuan tends to think that lelaki tu anggap die tak penting atau tak boleh dipercayai untuk dijadikan tempat berkongsi masalah. Dan perempuan akan start wat andaian bagai2 yang membawa kepada ape yang diterima oleh lelaki sebagai tuduhan. :) Pada pendapat aku, sebab lelaki tamaw kongsi masalah dengan awek/tunang/bini, coz die rase die takkan dapat penyelesaian. Dorang cume akan dapat beberapa option lagi yang menambahkan lagi stress dorang untuk memikirkan option2 tersebut. Betol ke tak ek? :p

Bila perempuan ade masalah plak, die selalunye akan menceritakan pada orang2 yang die percayai, selalunye boyfie, tunang, hubby atau member2 pompuan yang sangat rapat. Selalunye jawapan yang diharapkan oleh pompuan ialah "Sabarlah", "Jangan sedih, mesti ade penyelesaian" dan diberi 2,3 option untuk jadi penyelesaian. Tapi lelaki menganggap pompuan bagitaw masalah untuk diberi penyelesaian teros, maka selalu kuar ayat ni, "Awak tak boleh sedih, awak kene wat camni", "Jangan la nangis, tak boleh selesaikan masalah pon" dan beberapa arahan akan dikeluarkan mengikut kesesuaian untuk menyelesaikan masalah pompuan tadi. Ape yang diterima oleh pompuan? Dorang anggap korang tamaw share sedihnye dorang ngan masalah ni dan korang cume taw kuarkan arahan. Lagi dorang tambah sedih. :) Nampak complicated, kan? Hehehe.

Sebenarnye, ape yang dilakukan lelaki dan perempuan sume ade tujuan dan maksud. Dan niat each of us ekceli nak membantu, tapi diterima dan diproses oleh pihak yang lain berbeza maksud dengan ape yang cube disampaikan. :) Ini selalu berlaku, percaya atau tidak. Aku pon hadap situasi yang same. :) Bile ade masalah, aku bagitaw encek bomba, ape yang aku dapat selalunye "Awak jangan la dok teriak2 (nanges)" walaupon time tu aku tak nanges, maybe nada aku menampakkan aku tengah bersedih, die wat conclusion aku tengah nanges. :p But still, cinta tu buta. N aku tetap sayang die no matter what. :p Am I weird? Hahaha.

Jadi ape yang penting anak2?

Komunikasi.

Time ni kite boleh nyanyi lagu Kekanda Adinda - Atilia n Monoloque. :p

Komunikasi memberitahu ape yang kite rase dan mengambil tahu ape yang die cuba sampaikan. Encek bomba lebih suke setelkan masalah dengan call aku, cakap direct on the phone dan die akan korek sampai aku cakap sume. :) Dan dia masih cuba paham. Kenape aku suke die walaupon die ni sangat garang? (Die garang k, siyesly. Mase mula2 kawan, gile aku berpikir camne nak deal ngan die ni :p) Coz die seboleh2nye cuba mendengar ape yang cube aku bagitaw tanpe bersikap dominan yang keterlaluan. :) For that, I shud be thankful of having him by my side. :D

Banyak lagi boleh kupas dari novel ni, so aku wat ni sebagai part 1. Aku akan tambah lagi nanti bile ade mase wat ulasan. :p

Til then, ciao!!

November 30, 2010

Menunang2 orang. Diri sendiri punya? Tataw. :p

Baru balik dari Terengganu.

Tujuan pertama, menghantar rombongan merisik + bertunang. Tujuan kedua, cuti2 malaysia. Nasib bek tak banjir. :p Kalo tak, takde la shopping2. Hakhak.

Nanti la apdet citer2 kat Terengganu, takde mood lagi nak tulis.

Cuma nak kongsi citer pasal tunang2an. :)

Ekceli aku bukan la terer ngat bab2 ni. Tapi kebetulan aku suke ikot a.k.a menyibok jadi tukang angkat dulang antaran. Bese kan kalo rombongan datang, orang akan tengok gadis2 pembawa dulang. Kot2 la jodoh aku berkenan kat aku mase jadi si pembawa dulang tersebut. Tapi tidak berhasil sampai skang. Maybe sebab aku selalu tolak tawaran membawa dulang utama iaitu dulang cincin dan dulang tepak sireh. :p

Aritu kitorang mewakili sepupu aku, Joe. Dari hasil perisikan, info yang aku dapat adalah Joe dan cik tunangan same2 skolah kat Penang dulu. Tapi mase tu tak bercinta. Dorang ni same tingkatan dan same umor, skang 25 tahun (tengok, aku dilangkah bendul sekali lagi :p). Selepas 10 tahun, kebetulan jumpa kat fesbuk, jumpa mata bertemu mata setelah sekian lama, terberkenan dan yang lain2 cerita percintaan semua melalui fesbuk, online chat dan telepon. Eh? Macam same ngan situasi sendiri plak :p

Proses pertunangan bergerak mengikut flow yang biasa. Ape die?

1] Sampai di umah si perempuan, bawak dulang antaran ke dalam umah, letakkan sekelompok, dekat ngan dulang2 antaran pihak perempuan (time ni lelaki duk dalam keta/duk jek kat luar isap rokok or wateva)

2] Orang2 lelaki akan duduk dalam bulatan kat ruang tamu. Yang perempuan akan proceed ke ruang perempuan (sama ada dapur ataupon keluar semula, terpulang kepada tuan umah, depa tentukan)

3] Wakil utama pihak lelaki bagi mukadimah ape sume dan bagitaw tujuan datang (time ni sangat best kalo ade balas2 pantun stail orang tua2. Gila klasik!).

4] Tunjukkan cincin merisik dan bertunang sekali. Selalu cincin untuk risik n tunang kalo ikot adat belah rotan jek, tapi orang skang suke wat cincin ade mata. Kalo aku, aku tamaw. Bab ni aku old-fashioned sket :p Tak kesah la emas tulen ke, emas putih ke, silver ke, yang penting belah rotan dan yang paling penting bukan cincin besi. Wakaka.

5] Perbincangan akan berlangsung. Contoh point2 penting: berapa lama nak bertunang, bila agak2 akan langsung majlis, berapa antaran (yang ni point penting kate abah, time ni la nak tawar menawar :p) and so on bergantung kepada wakil lelaki dan perempuan.

6] Wakil perempuan kate ok jek, mak lelaki or wakil boleh sarung cincin dah. :) Orang dulu2, perempuan tunggu kat bilik (atas katil, ingat lagi aku nyibuk mase mak2 sedara tunang, yang penting muke aku masuk dalam gambar :p), tapi skang dah macam sanding bagai, nak kene ade pelamin la hape la. Adess, saje kan membanyakkan kos? Tak paham btol aku.

7] Pastu bole la dah borak2 kosong, sesi2 amik gambar, yang lelaki dah boleh masuk amik gambar (pon macam dah nikah, kalo ikot adat dulu2, lelaki tak bole ikot pon :)).

8] Last skali, makan!! Hehehe.

Ni serba sikit flow yang bese aku tengok. Kalo ade yang tertinggal, maybe tambahan2 ikot adat tempatan.

Senang jek kan? Heh! Tak kene lagi, senang la. Kikiki.

Ape yang aku taw gak, bila dah bergelar tunang orang, orang tua2 kate darah mase ni tengah manis. Maksudnye macam2 boleh jadi. Jadi, untuk elakkan tu, jangan selalu berdua, jangan selalu jumpa n jangan selalu ber-communicate untuk elak gaduh, terlajak atau ape saje. Tapi ye la, skang zaman canggih dah ade handphone bagai, cam bohong jek kalo nak kate jangan selalu communicate tuh :p

Haaa..tu la point penting aku nak kasik taw. Zaman tunang2an ni adalah zaman berkenal2an bak kate orang tua2. Sebab dulu2 takde bercintan cintun. Taw2 jek rombongan dah assalamualaikum2 depan pintu umah, tunjuk gambo, tunjuk cincin, pastu kalo berkenan, ikat. Kalo tak, dapat la kenangan pinanganku-tak-diterima tuh. :p

Hehe. Tapi aku takleh bercakap bebanyak pasal soal ni, sebab aku sendiri masih menunggu kata putus encek bomba. Ade jodoh, insyaAllah. Hati memang masih berkira2, yela aku kenal dia baru 6 bulan, berjumpa pon baru sekali. Aku ngan die belom pernah dating lagi ye, harap maklum. :) Kalo nak dikata bergaduh, bercakar, berselisih pendapat, berkecik2 ati, aku kira sume tu ade dalam setiap perhubungan adam dan hawa, uda dan dara. Yela, kot tak takkan sampai kuar buku "Men are from Mars, Women are from Venus"? Kami Venusians ditakdirkan berfikir dengan cara yang berbeza ngan Marsians. Tapi kalo diizinkanNya, kalo betol jodoh aku ialah dia, maka kalo Allah kate jadilah, akan terjadilah peristiwa tersebut.. :)

Perancangan yang ade dalam tangan aku ni adelah menunggu surat panggilan lapor diri ke Pulapol insyaAllah kalo ade rezeki maybe awal tahun depan. Skang aku tengah tunggu nak wat full medical check up, harap2 lepas.

Okidoki~ Banyak membebel, harap2 ade info untuk orang2 yang belom bertunang wat persediaan. :) Ni kate kat diri sendiri gak nih. :p Ok, umor aku memang dah sangat cukup dan bersedia sangat dah nak terima rombongan. Ini pon dok risau pasal encek bomba dok jauh2 kat sane tah sape2 ngorat aku tataw. :( Lelaki plak bukan jenis beringat, men layan ikot dan. Ngan kita layan dah suam2 kuku, mase mula2 nak jek beriya, lepas tu hmmpphh. Orang len plak dilayan lebih2. Pastu marah kat kita risau pe sume, cemburu tak bertempat katenye. Eh, mestilah. Awak yang tak pandai jage hati. :(

Yang paling penting sekali anak2 ape die?

Kejasama!!

Kalo bersatu, kita teguh. Kalo bercerai? Kite kawen lain, abes citer.

Hehe.

November 29, 2010

sendiri

Mimpi itu lagi. Berkali2 seolah2 petunjuk. Kadang menyenangkan, kadang mengelirukan. Dan kadang2 bersifat seperti klu, sebab lepas tu mesti ade sesuatu kelihatan di depan mata, walau dia jauh.

Perlu ke aku sandarkan idup aku pada dia? Sedangkan aku boleh berdiri atas kaki sendiri. Dan dia sendiri tidak berusaha mengukuhkan rase ini. Malah terus2an menghukum, membiarkan aku menggilap sendirian.


*buntu*

Aku patut istikharah. Sebelum kaki melangkah jauh.

Dan aku mesti cepat.

November 25, 2010

Puteriku sayang..

Isteri cerdik yang solehah.
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran.
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan.
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan.

Pandangan kita diperteguhkan.
Menjadikan kita tetap pendirian.
Ilmu yang diberi dapat disimpan.
Kita lupa, dia mengingatkan.

Nasihat kita dijadikan pakaian.
Silap kita, dia betulkan.
Penghibur di waktu kesunyian.
Terasa ramai bila bersamanya.

Dia umpama tongkat si buta.
Bila tiada satu kehilangan.
Dia ibarat simpanan ilmu.
Semoga kekal untuk diwariskan.

****************************************************

Sahabat2, puteri2, permaisuri2 hati.
Isteri2 dan bakal2 isteri.
Mari berpesan2.
Mari beringat2.
Kita tak sempurna.
Kita tak pernah akan.
Tapi tak salah kita mencuba.
Dan tak salah memasang impian.
Takde istilah terlambat dalam hidup.
Kita masih punya masa selagi belum menutup mata.

Semoga niat kita diredhai Allah.
Dan ditunjukkan kita jalan kearahNya.

InsyaAllah.

"Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik, dan begitulah sebaliknya."

November 24, 2010

Siapa dia?

Aku selalu memikirkannya
Siapa dia sebelum daku
Gadis kau puja hingga kecewa
Kini kau tak menyatakan

Aku pun jua sering tertanya
Siapa dia sebelum daku
Pria kau puja hingga merana
Kau merahsiakan dariku

Sejak kau wujud dalam hidupku
Semuanya telah terpadam
Bak bayangan yang indah
Di malam purnama
Di telan mentari pagi

Apa disentuh sejarah dulu
Hanya menyakit hati sendiri
Telah ditemukan kita berdua
Engkaulah sinar hidupku

Siapa Dia Sebelum Daku
Fran & Roy






Yesterday is history.
Tomorrow is a mystery.
And today is a gift.
That's why we call it the present.


Past is past.
It's just to color this imperfect life of ours.

For everything I have today.
Thanks to Allah and everyone who's behind the story.

For the future,
I'd like to fight so that this woman won't lose her man.
InsyaAllah.

:)

November 23, 2010

Memori di selatan

Sabtu baru2 ni kitorang satu family pi melawat Ami kat Muar.

Itu alasan pertama.

Alasan kedua, nak pi makan asam pedas Muar. Hehehe. Abah ngan mak aku memang faveret ah asam pedas kat situ. Harge pon (kate mak aku) ok, standard2 jek.

- Muke2 sonok, kenyang lepas perabes asam pedas bermangkuk2 -

- Pinggan berlapis tiga tu adik punye. Tengok badan cam lidi, nafsu makan cam antu raye -

Abes makan, kitorang tros pi bandar Muar. Kebetulan, ari snin (semalam ah), hari keputeraan Sultan Johor, so dorang ade wat latihan kat dataran Muar malam tu. Ade kuda kepang ekceli, tapi tak sempat tengok. Sempat tengok tarian barongan jek. Ni first time aku tengok barongan, siyesly, walaupon aku ade darah Bugis (tapi tah keturunan keberapa), ngan sket Jawa dari belah Johor.

- Ladies. Baru sampai dataran -

- Tarian Barongan -

- Ami tengah ajar aku men lastik berlampu -

- Mak same abah :) -

- Aku, ngan pose yang bese. Peace! -

Esoknye, kitorang naik Banda Hilir, Melaka plak. Semata2 sebab Syapira nak bli sandal kat Jonker Street.

- Stage kat jalan masuk Jonker Walk -

- Taman Warisan (dulu takde mende alah ni) -

- Makam Hang Kasturi kat Jonker Walk -

Jalan2 kat Jonker Street, teringat mase kecik2 dulu. Aku suke sangat balik Melaka. Abah plak bile balik Melaka, die suke bawak kitorang jalan2 round Melaka malam2. Aku rase aman. Beza sungguh ngan Klang. Skang ni pon kitorang dah jarang round2 Melaka cam dulu. Balik umah nenek pon kejap2 jek, tak sempat nak jalan2. Mase ni kitorang tak singgah umah nenek, nenek takde kat umah. Tengok, nenek aku pon kuat berjalan, harusla cucu die pon same. :p

Satu lagi prangai aku kalo pi jalan2, suke bli bende kecik2 wat souvenir untuk diri sendiri. Hahaha. Tah hape2. Umur dah 26 pon camtu lagi. Kat Jonker Street, aku bli cincin kayu, anting2 kayu, sikat kayu ngan spek itam 10 hengget (gila budak2).

2014, insyaAllah, kitorang 1 family pindah Melaka. Mak ngan abah memang ade bli umah kat Taman Mas (dekat ngan Henry Gurney). Selama ni sewa kat orang. Tapi last month, penyewa last dah kuar. So mak aku tak bagi orang sewa dah. Nak renovate. :) Aku suke, aku suke. Hikhik.

Kalo nak cite pasal Melaka Maju 2010, aku banyak gak dengar pendapat orang len. Ade yang menyokong, ade gak yang memperlekeh. Pendapat peribadi aku, Melaka memang banyak kemajuan dah. Dulu waktu aku kecik2, ape la sangat ade kat Melaka. Setakat Jusco (mase tu dah besar la kire tu time aku skola rendah), Taman Buaya (Zoo ngan Night Safari depan tu pon belum ade time tu) ngan Mahkota Parade (mase tu Mahkota Parade jek yang ade, tepi tu dulu sume laut, skang dah tambak, giler macam2 bangunan dah nek). Tapi sampai skang, walaupon pesat membangun, Melaka tetap tempat faveret aku. Aku rase itu tempat asal melayu. Kat situ melayu jadi maju. Cina Melaka pon kebanyakannye keturunan Baba Nyonya dan Cina Peranakan. Hidup dorang lebih melayu dari orang melayu kat tengah KL ngan Selangor ni. Aku suke. Dorang tak racist. Sampai la ni abah masih pi makan mee gemok (aku pon lupe dah name restoran tu, tapi kedai tu kedai cina, owner die gemok, so kitorang panggil kedai mee gemok :p) dekat ngan Kampung Portugis.

Well, itu pendapat aku. Sebab Melaka negeri kedua aku dibesarkan selain dari kat Selangor. Time kecik2, asal cuti skolah jek, umah nenek jadi medan aku berterumba ngan sepupu sama dua pupu yang ramai. Aku rindu same tangga batu n beranda luas umah lame nenek. Tibe2 teringat arwah atuk. Dah dua tahun arwah atuk takde.

Rindu same pesan arwah atuk. "Sekolah rajin2 nak ye? Nanti besar keje bagus2". Atuk tak sempat tengok aku amik degree.

*kesat mata*

Al-Fatihah untuk Allahyarham Yem bin Dorahman, meninggal dunia akibat serangan jantung pada pagi 17 Ramadhan 1429 atas pangkuan nenek. Semoga roh arwah atuk dicucuri rahmat. Ayong rindu atuk..

November 20, 2010

Ade ape ngan umur?

Pagi tadi berjaya menjogingkan diri.

(@_~)

Balik dari joging, aku pon start kmas umah. Mase tengah cuci lantai depan, abang ngah anak Cik Rajmah depan umah datang tegur, "Rajinnye anak dara kemas umah".

Ok, walaupon dah bese dengar, hati masih rase kembang. Hikhik. Aku pon balas, "Bese jek bang, mak tak suke umah sepah". Tapi aku taw, umah dorang memang yang bese buat keje anak2 laki. Kak Balkis jarang nampak, sibok layan anak kot.

Pertanyaan yang datang lepas tu wat aku sikit terpana. "Ni anak abang man yang tingkatan bape ek?" Erk.. Aku memang jarang jumpe die, ni first time kot cakap ngan die. Bese nampak die kat luar umah lepak ngan member2 jek. Die pandang, aku senyum jek la. Budi bahasa. Terpikir gak nak jawab aku baru tingkatan 4, tapi aku bukan jenis senang menipu (kecuali terpakse dan rase nak menipu ;p), jadi aku pon jawab "Umur saya dah 26 bang, tingkatan hapenye, saya dah abes degree dah". Hohoho. "Laa, abang selalu nampak awak men badminton ngan adik yang kecik tu kan (die maksudkan Eppie), abang ingatkan awak sekolah lagi".

Haduii..

Adekah aku sangat tak matang dan kebudak-budakkan sampai die ingat aku budak sekolah menengah lagi? Kalo die ingat aku budak tengah amik diploma/degree tengah cuti sem ke ok gak. Aku sikit punye tinggi camni. Tapi yela, budak2 skang pon dah tinggi2. Aku konfem kalo yang ditanye begini adelah macik Betty, die mesti bangge tahap gaban sampai 4,5 tahun akan datang pon tak habis die cite pasal ni. Hehehe. Tapi ape yang aku rase tadi adelah sedikit penghinaan walaupon aku taw abang ngah tak bermaksud pape. Salah aku gak sebenarnye, i just don't know how to act old. Camne? Aku cume jadi diri aku sendiri. Jadi camne lagi nak menunjukkan aku berumur 26?

Dulu mase duk satu umah ngan Nad, orang selalu ingat aku lagi muda dari Nad. Padahal aku 2 tahun lagi tua dari macik tuh. Bile kuar ngan Ika, orang ingat Ika kakak, aku adik, lagi2 bile die kendong Yayan. Cis. Ngan Ami memang orang selalu ingat aku adik, die abang, sebab badan die lagi besar dari aku. Dulu penah mase matriks, orang terserempak ngan aku jalan berdua ngan Ami, orang ingat aku kuar ngan boypren lain. Siap tanye "Ko dah clash ke ngan encek Y?". Adess.

Rase cam terhina sket sebab aku umur dah 26 orang bole ingat aku umur bawah 18. Yep, memang fizikal aku kurang 'menampakkan' kematangan seiring usia. Perangai aku memang cam budak2 sket (ini selalu gak kne tegur ngan encek bomba). Sampai orang kate, kalo aku still buat perangai camni, maybe lambat lagi la aku kawen. Wekk!!

Tapi aku taw satu hal. Bagi aku kerjaya, satu suami n anak2. Dat time, surely i'll look old. Hahaha! Before dat moment comes, tamaw pedulik lagi ngan ape orang nak kate. Janji ape yang aku buat masih berbatas dan tak melampau, aku maw enjoy!! :)

November 18, 2010

Mahalkan seorang perempuan.

Kelmarin kak fynn wat entry psl ke'mahal'an seorang perempuan dalam blog dia.

Time kasih kak.

Aku menangis, sebab aku pon sorang kakak.

Alhamdulillah, setakat ni adik2 pompuan aku masih bole berfikir. Dan aku pesan kat adik laki aku, jangan wat anak dara orang camtu.

Kalo aku dapat, nahas ko.

Imbas balik hidup aku sebelum ni, aku pon bukan seorang yang baik. Tapi tak la seteruk tu.

Aku harung hidup aku sendiri. Aku takde kakak, aku takde abang. Mak abah bagi kepercayaan sepenuhnya, sebab pada dorang sape lagi nak diharap untuk defend adik2 satu ari nanti, kalo bukan aku.

Aku start duk jauh dari mak abah mase aku form 4, tercampak jauh untuk bersekolah asrama di Kuantan. Homesick, culture shock, sume ade. Nasib baik aku mudah berkawan ngan orang. Tapi aku jugak jenis mudah terikut. Fly untuk pertama kali sebelum SPM 2001, dihasut member sekompaun, tapi kantoi ngan encek Y dan disuruh balik. Alhamdulillah, aku dijage dengan baik di sane. :)

2002, aku sambung matriks, dekat jek, kat Shah Alam. Tapi lagi dekat ngan mak abah, aku makin liar. Ok, ni salah encek Y dan aku sendiri. Selalu jugak fly keluar waktu malam pi jumpe die. Alhamdulillah, aku ade dormmate yang baik. Ingat lagi satu malam, sume dormmate pakat kuar, tinggalkan Puspa ngan aku berdua. Rupe2nye dorang takut aku segan kalo beramai2, jadi dorang wakilkan Puspa untuk tegur aku. Alhamdulillah. Mekaseh kengkawan. Aku ade 10 orang adik beradik mase matriks. Eh, masuk Ly-Ann yang suke lepak dorm aku, jadi 11. :p

2003, aku masuk UPM. Ok, time ni aku dah besar. Kesan dari zaman matriks, aku memang kurang mase meliar.

Skang, bila adik2 dah membesar, aku wat pemerhatian berdasarkan pengalaman aku sendiri. Aku tak maw adik2 jadi lebih teruk dari aku. Sedikit defensif, kadang2 aku rase gak macam tak adil, tapi aku rase ni normal sebagai sorang kakak.

Kadang2 adik2 kate aku terlebih serius, ade mase aku tak boleh terima gurauan. Aku sendiri pon taw aku memang macam tu. Aku amik serius sume yang berlaku di sekeliling, sebab sifat defensif aku.

Aku cuma harap satu ari nanti dorang paham, dan dorang taw. Sebab dulu aku persoalkan juge bile mak abah macam tu ngan aku Sekarang baru aku taw kenapa. Dan satu ari nanti dorang akan sampai ke tahap aku. Bila masing2 dah ade tanggungan dan bebanan tanggungjawab, dorang akan paham.

Jadi tolong lah adik2ku sayang. Bila orang dewasa marah, bila orang dewasa tegur, bukan sebab kami bongkak kami makan garam dahulu. Bukan juga disebabkan kami angkuh.

Kami cuma nak melindungi ape yang patut kami lindungi. Kami juge pernah wat kesilapan. Kami cuma tak nak kesilapan itu berulang di depan mata kami sendiri.

Budak2 muda sekarang terutama yang perempuan semakin liar. Lebih liar dari kami2 yang terdahulu. Sukar nak didik budak2 perempuan zaman skang tentang kemahalan mereka. Sebab di sekeliling penoh dengan mereka2 yang memurahkan diri.

Aku risaukan anak2 aku. Semoga Tuhan bagi aku kekuatan untuk mendidik.

November 15, 2010

Cabaran buat sang lelaki..

Kenapa bila aku start cakap dan bagi pendapat pasal lelaki bangang yang sibok nak kawen lebih dari satu dengan point2 yang pedas, orang 2 lelaki akan start marah dan cakap "Ko nak persoalkan hukum Tuhan ni kenapa?"

Jawapan aku:

[1] Dorang rase tertekan sebab point2 aku tu sebijik2 kene kat batang idung sendiri.

Contoh:

[a] Kewajipan sebagai seorang lelaki Muslim pon dorang tak mampu buat, tapi sibuk kate nak ikot sunnah Nabi s.a.w.
[b] Diri sendiri tak mampu nak jadi ketua+pelindung+pembimbing diri sendiri, bini first pon tak mampu dibimbing menjadi muslimah yang baek.
[c] Nabi s.a.w berkahwin empat kerana nak mempertahankan maruah kaum wanita (balu yang kematian suami akibat syahid di medan perang etc), tetapi lelaki sekarang berkahwin lebih dari satu sebab nak puaskan nafsu sendiri padahal sendiri tak mampu dari pelbagai sudut (kewangan dan sebagainya). HOW DARE YOU COMPARE UR-DIRTY-FILTHY-SELF WITH RASULULLAH S.A.W. YANG MULIA??!!

[2] Sebab dorang MEMANG ade keinginan nak kawen lebih dari 1, tapi dari point2 yang aku cakap tu dorang start rase rendah diri+mencabar kelelakian dorang (konon, itupon kalau ade), lebih2 lagi datang dari sorang pompuan yang pada pendapat dorang LEMAH. Typical coward, dah terase baru pandai nak bukak kitab.

[3] Dorang rase tercabar, sebab ape yang aku cakap tu BETUL.

Lagi ulasan aku:

[1] Aku tak benci hukum Allah yang mengatakan lelaki Islam itu boleh berpoligami tetapi sila pahamkan betol2. Lelaki Islam dibolehkan berpoligami SEKIRANYA LAYAK. Masalahnya sekarang ramai lelaki TAK LAYAK tapi sibok guna alasan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w, dan aku MENENTANG KERAS lelaki2 ini, bukan hukum tuhan.

[2] Aku benci lelaki melayu yang suka MENIDAKKAN hak kami orang perempuan sedangkan Islam tidak mengajar bahawa pompuan itu rendah tarafnya. Kami ada hak kami sebagai perempuan Islam. Dan kami perlu bimbingan, seperti yang dijanjikan Allah s.w.t. kepada kami. Tak sedar ke korang jantan2, korang kuar dari rahim seorang PEREMPUAN. Allah letakkan kami perempuan Islam di tempat yang istimewa, selagi kami berpegang teguh kepada Ad-din.

[3] Lelaki melayu Islam ZAMAN SEKARANG, baper kerat yang nak paham hukum Allah? Dorang cuma gunakan hukum Allah untuk kepentingan diri sendiri. Ade advantage pada diri dorang, dorang amik. Takde advantage, tinggalkan. Camno nak bimbing kitorang orang pompuan yang memang serba serbi lemah nak banding ngan lelaki?

[4] Aku memang benci jantan. Ko bagi la alasan camne pon, selagi name ko JANTAN aka lelaki dan manusia sempurna yang dibagi akal tapi tak pandai gune, aku tetap benci ko.

Kalo ade antara korang yang dah beristeri, n isteri asyik mengamuk sampai korang terase nak cari len, ni aku bagi satu artikel yang aku copy dari genta-rasa.com. Aku taw, bile dapat isteri cam harimau (macam aku), lame2 konfem laki rase nak cari len, sebab tak mampu nak kawal si harimau (macam aku). Well, itu cume memberi gambaran yang korang masih TAK CUKUP LELAKI, sebab pompuan sorang cam aku pon korang tak ley kawal+bimbing, apetah lagi nak melindung. Encek bomba, buktikan. ;) Mengawal dengan kata lain bukan dengan cara kasar macam korang kawal haiwan, ini manusia k. Kamu harus ada akal, baru betol LELAKI. Hehe.

Bila Isteri “Mengamuk”

Kekadang isteri mengamuk
Dengan ombak prasangka dan lautan cemburu
Apa bukti setiamu suami?
Atau apakah kau sedang berkira-kira
hendak “mendua”, “mentiga” dan “mengempatkan”ku?

Kekadang disergahnya suami
Ketika keringat masih membasah
Baru melangkah masuk pintu rumah

Ketika itu muhasabahlah diri
Mungkin suami berdosa dengan Tuhan,
atau bersalah dengan insan
Mungkin banyak penzaliman dan penganiayaan yang telah dilakukan
Lalu datang “serangan” itu sebagai peringatan

Suami,
Hadapkanlah diri ke cermin hati
Kaji dirimu satu persatu
Kalau liar, berhentilah
Kalau berdosa, bertaubatlah.

Jangan berkira-kira hendak “berdua”
kalau yang satu itu pun tak mampu dijaga
Jangan kemampuan harta dan fizikal sahaja diperhitungkan…
Tetapi mampukah meratakan keadilan
memimpin penuh kasih sayang?

Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
Nasihatkanlah dia baik-baik
Ingatlah mestika kata dalam kitab-kitab tua
suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
akan mendapat pahala Nabi Ayyub.

Atau ingatlah pesan Umar al-Khattab
ketika didatangi seorang suami
yang dileteri isteri:
“Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri
telah banyak membantu kita
Dia yang menyelamatkan kita
daripada amukan nafsu
Dia yang membantu menjaga anak-anak kita
Dia yang membantu menjaga
makan minum kita
Dia yang mencuci kain-baju kita
Dia yang membantu membersihkan
rumah kita…
Lalu apa salahnya kita bersabar dengan kerenah mereka?”

Taburkanlah segenggam salji
pada secubit api
Insya-Allah,
cinta itu akan semarak kembali!

Cinta itu indah. Perkahwinan itu cantik sekiranya dihiasi bunga2 kasih. Kenapa mesti dicemar dengan kotornya nafsu?

Duduk depan cermin, dan tanye pada die yang di cermin tu, "Ape sebenarnye yang kau mahu?"

Ya Allah, lindungi kami semua daripada kejahatan nafsu serakah mainan syaitan.

Ye, aku tak puas hati. So???

Once a man, ALWAYS a man.

Patung.
Takde perasaan.
Ada akal lebih banyak daripada nafsu.
Tapi lebih suke nafsu jadi raja.

Ini nak memimpin? Ini nak menunjuk jalan yang lurus? Ini nak jadi ketua?

Jangan harap.

Sebelum kau pimpin orang, pimpin diri kau dulu.
Sebelum kau tunjuk jalan yang lurus, betulkan arah jalan kau dulu.
Sebelum kau nak jadi ketua pada ramai orang, cuba jadi ketua pada anggota badan dan nafsu kau dulu.

Mangkuk.
Serupa ketam, nak ajar anak jalan lurus.

Korang rase korang same macam spesis lelaki tipikal kat atas?
Ok, marah la.
Sape makan cili, memang terase pedasnye sampai telinga.

Aku taw ada yang tidak.
Tapi ramai yang ye.
Macam biasa, aku lebih suke golongan minoriti.
Di tengah majoriti bangsat2 itu.

Aku, sorang pompuan dari tulang rusuk yang bengkok.
Nak persoalkan tentang aku plak?

Oii!
Bodoh hape downgrade diri sendiri?
Pi Thailand tukar jantina la bapok!

Ngeng.

November 11, 2010

Cinta? Suka?

Ni sume betty nye pasal. Die pi tunjuk klip video Shinee mase tengah karok kat Greenbox.

Cess!

Nganga aku tengok depa nari. Gile ensem! Err, aku sangat suke tengok lelaki Korea n Jepon, lagi2 kalo pandai menari.

Zaman study, aku suke Matsujun (Arashi) ngan Koki (Kat-tun).

Arini, aku jatuh cinta kat Jong Hyun Shinee!!

Cis cis ciss!!

Encek bomba tetap no. 1 ye, jangan risau. :)

Meh layan video Shinee :: Ring Ding Dong ::

Comel giler dorang menari!! Saya pilih Jong Hyun sebab dalam ramai2, Jong Hyun nampak lebih lelaki. Hehe. Plus ensem. Yang mane? Rambut kaler kuning pakai kot bulu putih tu die. Awal2 kat minit 0:03 tu die dah sebut baby~ (@_~) K, aku letak gambar la, senang.


Kacak bukan?

Halamak!

Hati aku plak yang ring ding dong tengok dorang ni.

Haissyy..

November 10, 2010

Arrayyan's besday bash!!

Citer 4 ari lepas, baru arini nak publish. Cet!!

Sabtu lepas, bersamaan 06/11/10, Arrayyan genap setahun. Ieka wat kenduri sket kat umah, jemput sedara2 n kawan2 datang makan2. Sambut berdua, sekali ngan Harith anak Acu, genap 2 tahun pada tarikh yang sama. Malas nak citer panjang2, jom layan gambar..

Zass!!

- Besday kek di'sponsor' oleh Acu -


- Cobaan memotong kek 1 -


- Cobaan memotong kek 2 -


- Lepas potong kek (Mak die yang lebey2 hepy sebenarnye) -


- Ieka, Yayan, Sue (bini Ami) n aku -


- Yayan tatih. Dah macam orang besar la kamu pacik! -


- Tukang amik video: Eppie -


- Kami!! -


- Tetamu2 -


- Tetamu2 lagi -


- Arrayyan ngan Oma die (aka mak aku) -


- Arrayyan wit Atuk -

See his happy face? Dia memang pantang jumpe atuk die, lagi2 time atuk balik kje pkai uniform, luas depang tangan die. :) Selamat hari lahir pertama untuk Yayan n selamat hari lahir kedua untuk Harith. Semoga sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah selalu. Masih banyak yang menunggu di masa depan, but not to worry, we'll always be there for u. :)

Love,
Mama Yong.

November 08, 2010

dua.puluh.enam.

Alhamdulillah.

Rasa syukur sangat atas kurniaan rezekiNya. Tanpa Dia, mungkin aku tak sampai ke tahap ni. Tanpa pertolonganNya, mane mungkin panel2 tadi sangat lembut hati dengan aku. Tanpa kasihNya, mane mungkin emosi aku tadi sangat terkawal sepanjang tempoh kat sepang tadi.

Aku dah lepas stage interbiu. Skang cuma tinggal beberapa stage. Mekaseh Dato'2 panel, sangat sporting. Mekaseh anggota2 yang bertugas, banyak membantu. Mekaseh kawan2 baru di sepang, sharing is caring. :)

Terima kasih jugak pada semua yang mendoakan aku. Terima kasih untuk sokongan2 yang tak putus. Mungkin belum terlambat untuk aku sedar, kawan2 sentiasa ada mase aku perlukan. Maybe belum terlewat untuk aku balas jasa2 korang.

Terima kasih untuk pelukan dan airmata mak yang kuar mase antar aku kat pintu pagi tadi. Airmata itu yang buat aku kuat, buat aku semangat. Tak kira ape, mak tetap ade untuk aku. Tak kire ape, doa mak tetap ade saat aku perlu. Mekaseh mak.

Mekaseh untuk abah yang susah payah antar aku ke sepang. Walau tak dicakap, tapi aku taw abah mengharap. Harapan itu buat aku tabah. Harapan itu buat aku bangga mendabik dada mendukung nama dia waktu ditemuduga. Takde sket pon rase malu waktu orang tanye mak abah pangkat ape. Sebab dengan gaji pangkat tak seberapa itu, aku hidup sampai skang. Dengan gaji pangkat rendah itu aku mampu datang arini untuk temuduga pegawai.

Hari ni aku rase lapang.

Aku terase disayang.

Aku terase dihargai.

Dan aku taw, usaha2 aku tak pernah sia2.

Bukan semata untuk diri sendiri, tapi juga untuk mereka.

Mekaseh, kerana mendukung wawa yang tak seberapa ini.

Akan aku buat kamu bangga.

Be proud.
^_^
Arini senyuman aku lebar selebar-lebarnye.

*Encek bomba, mekaseh untuk kasih sayang kamu. :) *

November 05, 2010

Entry merapu malam hari.

Kepala rase nak pecah.
Dada rase nak meletup.

Makin banyak aku baca,
makin banyak rase bende yang aku tak taw.

Ok, aku tengah panik.
Tapi kenape kene panik?

*
*
*
*
*

Tah.

Tadi lepas bace thread interbiu, rase panik tibe2 menggebu2.
Start capai handphone, kunun nak sms encek bomba.
Tapi lepas tulis, padam, tulis, padam, last2 hapah pon aku tak anta.

Die pecaye kat aku.
Mak abah pecaye kat aku.
Member2 pon pecaye kat aku.
Takkan aku tak pecaye diri sendiri?

Wawa was one talented person who had always been the star in their eyes.
Why bother stop now? Ur time wasn't over yet.

Come on. Shine!!
He's waiting at the end of the road.
They're waiting at the end of the road.
No one stopping u.
It's only u.
U urself.
Come on. Lead urself to lead them.

Everyone's waiting.
Everyone's watching.

*Entry memujuk hati dan merelaxkan diri. Aku tengah ilang semangat, tengah mencari dahan nak berpaut. Aku nak berpaut pada rase pecaye orang pada aku. Aku nak berpaut pada harapan orang pada aku. Aku nak berpaut pada harapan dia, walaupon die tak penah cakap direct. Kalo korang sudi, doakan aku succeed interbiu nanti. Mekaseh banyak2.*

November 03, 2010

Psst psst, lagi 4 hari..

Haduii..

Tadi murni sms, dia dah lepas tapisan keselamatan arini. Due pon dengar citer dah lepas gak. Pehh, terase rama2 terbang2 dalam perot aku. Nak makan pon dah takde selera. Murni kate rilek2 jek, baca yang penting2, n dia bagi gak tips2. Thanx murni, i owe u.

Giler, kawan2 aku dah lepas. Come on isnin, aku tak kesah la ape jadi, i'll fight. Encek nerves, tolong la blah, khidmat ko TAK DIPERLUKAN LANGSUNG kat sini.

Aku nak sms encek bomba, tapi die tengah keje. Mesti penat. Klaka la aku. Time hepy nak cari die. Time moody nak cari die. Time nak semangat pon nak cari die. Takkan asyik nak harap kat dia nak ilangkan nerves aku? No, no. Kali ni aku kene wat sendiri.

Ade lagi 4 hari. Ko ade advantage wa. Gunakan!

p/s: 8/11, aku akan interbiu kat ipd sepang untuk rebut title pelatih inspektor percubaan. Pompuan nak pakai +-200 jek, laki nak 1000-1500 orang. Pehh saingan. Nak mak aku tengok aku passing out tahun depan. Kali ni, I'll make both my mak n abah proud, to have me as their eldest daughter! Chaiyuk wa!!

November 02, 2010

Itulah sayang

Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya
Nampak dipandang

Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda
Hubungan mesra

Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena
Apa mimpimu

Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan
Itulah sayang...

Jikalau tidak
Kerana sayang
Kuntuman kasih
Tak mungkin kembang

Andainya jemu
Enggan dirindu
Jambangan mesra
Tentulah layu

:: Original version ::

:: Remix version ::

Ok, arini mud lagu2 lama. Takde mud nak tulis citer.

Layannn. Zas!
;p

November 01, 2010

Loghat atau lorat?

Tadi aku sempat borak ngan encek bomba pasal loghat. So idea tu datang lepas aku blogwalking.

^_^

Ape ade dengan loghat? Pada aku yang duk kat Selangor indah permai tanpa loghat ni, loghat tu boleh kate melambang sesuatu tempat. Macam kami di selangor, memang takde loghat, tapi lebih kepada bahasa pasar. Kalo orang key el, maybe lebih kepada rojak melayu+english. Tapi depends gak arr, kalo yang tak berapa berada tu, bese2 jek. Cam kitorang kat selangor gak.

Ef wai ai, aku sebenarnye tak suke bile orang panggil aku budak key ell. Teetttt!! Aku anak selangor k? Aku lebih suke kate aku dari klang. Kalo balik kampung, aku kate duk klang, dorang balas balik "Owh, dok kolumpo". Cepat2 aku balas "Eh tak ah, selangor, bukan kl" Tak taw apesal, aku tak suke orang kate aku budak kl. ;p

Encek bomba orang perak, tapi die gune loghat kedah. "Kedah kronik" kate die. :)

Pada aku, ape ade hal? Ape loghat sekali pon, kite orang malaysia. Itu yang buat kite unik. Maybe sebab aku takde loghat, jadi aku takde sensitiviti terhadap sesuatu loghat. Aku lebih suke belajar loghat orang, dan luckily, aku jenis cepat terikut. So senang bah. :)

Ade sesetengah negeri, kalo jumpe kawan2 senegeri, pantang dorang kalo member cakap luar. Aku pon tak paham nape. Biarla, mulut die. Lagipon ko bukan tak paham ape die cakap. Bahasa melayu standard kot. Len la kalo cakap luar tu maknenye berbahasa zimbabwe ke, urdu ke, itu aku pon surrender. Sensitiviti ni yang aku maksudkan.

Ade jugak sesetengah orang, dah kawen (contoh: kelantan+kedah), pastu kebetulan dua2 loghat pekat. Dapat anak, dipakse anak ikot loghat die. Yang kelantan sruh ikot loghat kelantan, yang kedah suh ikot loghat utara. Pehh, ini kalo member2 aku, dua2 laki bini aku ketuk kepala. Ape le susah, suh la anak belajar dua2 loghat, kan senang? Dia nak guna hat mane, tu die punya pasal. Janji, dia taw, die paham, die ley cakap di mase2 diperlukan. Btol tak?

Ade sorang member aku, lahir kat kelantan. Tapi sebab die lama duk selangor umah tok die lagi satu (mak: kelantan, bapak: selangor), die jadi tak kesah pasal loghat. Pastu bile family die pindah kelantan, die still wat kepale die gak. Jumpe set2 kelantan, die selamba cakap luar. Yang member2 kelantan panas ati. Katenye "Bakpo mung kecek lua? Mung buke sek kelate ko? Kato dok kelate". Ek ele. Yang member tros jawab "Lantak ke aku la." Hahaha! Die bukan tak reti pon, malas jek. Sebab kalo cakap luar pon, bukannye dorang tak paham.

Bagusnye member aku ni, die kate kalo die gune loghat kelantan, kat situ ade member2 bukan kelantan gak. Ade jek yang tak paham. So baek gune bahasa pasar standard. Betol la kan? Tak pentingkan diri sendiri. Taw la "sek kito jange pecoh", tapi agak2 la, ko takde kawan2 bukan kelantan? Aku yang takde loghat ni susah payah belajar loghat korang sebab nak paham, ape salahnya korang pon skali skala cakap luar? Ni dah la bahasa melayu pasar standard takley cakap, berlagak lagi tu. Luku kepala baru taw. Lorat giler.

Ade gak sesetengah negeri ni, kalo kite g sane, tak taw cakap loghat die, die start bagi ceramah. Katenye, kalo masuk kandang kambing, pandai2 la mengembek. Masuk kandang rimau, pandai2 la mengaum. Wahh sedap ko cakap. Ok, pastu kalo ko duk cari makan/study kat negeri aku, sila cakap melayu standard skang aku nak dengar. Bole? Heh! Kalo loghat ko pekat, ko tak mampu nak ubah kadang2, aku taw itu. Tak penah plak aku pakse member2 aku cakap luar kalo dorang takley.

Cakap la loghat ko pon, aku paham. Sebab kite same2 duk malaysia. Aku suke kite yang unik ngan bahasa.

So kawan2, give n take la. Jangan pikir pasal diri ko ngan sek2 ko jek. Malaysia ade banyak bangsa. Satu bangsa ade banyak dialek. Setiap negeri ade loghat. Setiap loghat pon adekala lain2 ikot tempat.

Ape patut kite wat? Belajar. Enjoy our differences. That's what makes us special. Unik.

Aku tak pernah malu belajar loghat ngan korang2. In fact, aku suke. Tapi satu jek aku mintak. Jangan ketawakan aku. Sebab budak kelantan salu kate "Wawa, bakpo mung kecek kelate supo ore sie?". Tat nenas nye mangkuk. Memang ah, aku noobie ngek. Harus la gitu. ;p

Okie, wawa, nanti belajaq sebut ayaq betoi2.

^_^

p/s: Maaf kalo korang terase ngan post ni. Tapi itu majoriti, aku taw tak sume. Kalo korang bukan macam yang aku sebut kat atas ni, alhamdulillah. Lagipon, aku suke puak minoriti. Di celah2 kebiasaan, korang masih mampu menjadi luar biasa. I love extra-ordinary!! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...