:: KAMI ::

Daisypath Anniversary tickers

:: KAK YONG ::

Lilypie Second Birthday tickers

:: ADIK BABY ::

Lilypie Pregnancy tickers

April 16, 2011

Kelana Jaya dan Pulapol Jalan Semarak

Hari ni mak belanja makan kat Kelana Jaya *horeyyy*

Err, ekceli kami sangat suka makan kat situ, tapi aku masih gagal menghafal nama kedai (sebenarnye tak hengat langsung, sebab tiap kali pegi, aku mesti lupe nak tengok name kedai, eksaited lebih tengok makanan yang bakal memenuhi segenap ruang perot). So ape yang kami buat, cakap jek nak makan kat Kelana Jaya, semua orang pon taw kedai ape. :p Sangat la primitif, haiyaa.

Menu wajib: Kuetiau goreng besar, sotong kangkung, kerang rebus same tauhu bakar. Air? Ikot la mood nak telan ape, tapi bese mesti tembikai laici punye. :p

Sedap, habaq mai. Sampai menjilat jari. Memang puas hati. Lebih puas hati sebab dapat makan pada malam sebelum pulang ke 'kandang' semula. Wuwu. :p


Owh, sok da nak balik Pulapol ke? Mental ngan fizikal ni belom calar lagi, macam takde pape rase. Maybe sebab dah taw ape akan jadi esok, lusa, tulat, tubing dan hari2 seterusnya (Tiada Hari Tanpa Latihan, Takde Rehat Yang Dibenarkan kecuali curi2 :p).

Saya dah sedia nak balik esok. Eventhough dalam hati ade rase sedih nak berpisah same handphone, internet dan encek tunang kesayangan, tapi saya tetap maw pulang. Sebab saya taw, untuk masa 9 bulan akan datang, itu tempat saya.

Lepas 9 bulan, saya akan berubah menjadi orang lain, di tempat yang lain.

Lepas 15 bulan, saya akan berubah status. Mungkin juga berubah ke tempat lain lagi.

;p

*Mood: Berharap*


Berkorban. Semoga esok dan waktu akan datang, kami berada di posisi yang lebih baik dari hari ini. Semoga pengorbanan ini membuah hasil di masa akan datang. InsyaAllah.



Saya maw cepat pulang!


Supaya saya cepat kembali.


^___^

*Teruna pujaan, saya tinggalkan kamu dengan 1001 memori. Semoga itu cukup untuk jadi pengubat rindu sepanjang saya takde kat sini. Maafkan kesalahan yang pernah saya buat pada kamu. Saya tak terniat untuk khianat kepercayaan kamu. Mungkin cara saya yang salah. Mekaseh sebab mengingatkan di waktu saya lupa. :) *

April 13, 2011

Terawet plak dah

Situasi 1:

"Umur ko bape wa?"

"Tahun ni 27."

"Bohong benor ko ni, aku siku kang. Aku tanye betol ni umor ko bape?"

"????? La betol la 27, ko ingat aku main2 ke?"

"Laa, ko bukan baya aku? Kene panggil kakak la ni? Tak gaye 27 pon, macam budak2 terencat jek."

"Hampehs."



Situasi 2:

"Dik, study ke dah keje?"

"Dah keje dah."

"Oo, keje ape? Balik kampung ke kat alor setar?"

"Pelatih polis jek. Dak aih, lawat family tunang."

"Oo, polis. Tak sangka. Mudanya dah tunang. Pelatih konstabel eh? Bile masuk?"

"Err, dak aih. Pelatih inspektor. Awal bulan 3 aritu baru start training, la ni cuti. Da lame tak bukak da konstabel wanita."

"Eh? Umoq bapa?"

"Tahun ni masuk 27"

"Laa, kakak rupanya. Saya baru 24. Ingatkan adik tadi, nampak macam budak2."



Oke2, aku angkat bakul. Tapi oke jek, tak bolos pon? :p Tapi, err, macam budak2 sangat ke? Haisyy.

Nak balik.

Lagi baik takde handphone?
Lagi baik takde internet?
Tataw ape jadi kat dunia luar.
Ingat yang elok2 jek duk kat dalam sane.






*sigh*



Aku terase nak balik Pulapol malam ni jugak.




Sedihnye.
Aku takde kat luar ni lagi baik kot.

Edited:
La ni terase tanak balik plak dah. Isy, macam kap lam ya nga. :p Tapi ape yang dimulakan mesti diakhiri. Harap2 pulangan nye berbaloi kemudian hari, insyaAllah. Saya tinggalkan semula semua untuk future saya dan dia :)

April 11, 2011

Cinta dari kamu

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu, memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta
Dari dirimu sayang
Barulah terasa
Ku bernyawa

Kasihku
Ku amat menyintai kamu
Kerna kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta
Sedetik lebih
Selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan
Dengan badai kehidupan
Ku bersyukur
Adanya kamu

Biarlah kehilangan semua
Yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

:: Sedetik Lebih - Anuar Zain ::

Rindu kamu, abang. Masih terngiang suara gelak kamu. Masih terbayang manis senyum kamu. Masih terkenang lirik mata kamu. Mekaseh untuk kenangan itu. Kenangan untuk dibawak balik ke pulapol. Semoga Tuhan panjangkan jodoh ini. Semoga rasa ini teros ada dalam hati. Sayang kamu..selalu.. (^_^)

April 05, 2011

Tinggal memori...

Assalamualaikum..

Pertama kali menulis selepas bergelar pelatih. :) Pulapol cuti start dari semalam sampai 16/4/2011. Berita gembira wat sume orang. Tapi sehari lepas kuar, aku dah rindu, even pelatih2 lain pon same juge merindu. We spent 1 month together, sharing joy and tears, berkelahi bergurau, mengenal antara satu same lain. Walaupon mereka2 tak serupa skuad pegasus yang aku penah punye dulu, tapi dorang ade identiti sendiri, yang aku dah mula anggap macam family, sebab itu jek yang aku akan ade waktu senang dan susah di pulapol. Dan alhamdulillah, dengan bermulanye cuti ni, sebenarnye kitorang dah berjaye lepas 1 fasa transformasi beserta ujian dari Tuhan yang Maha Kuasa. Yang mane Dia sedang menguji, siapa kawan siapa lawan. Semua kami tertekan, tapi setiakawan buat kami kuat. Impian dan harapan yang dijunjung buat kami tekad. Dan kami diberi ganjaran sebab mampu bertahan. Alhamdulillah.

Mengenang semula ape yang berlaku, semua jadi dengan cepat. Ambulan hospital dan polis keluar masuk bawak pelatih yang kritikal pegi HKL ngan hospital Sg. Buloh. Mane yang tak kritikal ari2 bertambah jumlah yang tarik beg masuk bangunan kuarantin. Termasuk la aku. Hari ketiga kuarantin, suhu aku naik sampai dekat 39 darjah celcius, padahal sebelom ni tak penah. Makan tak selera, makan ubat jek muntah, tangan ngan kaki kebas, batuk, selsema, sesak nafas, sume ade. Mase tuh mujur ade kawan2. Mujur teringat harapan dan impian yang digalas atas bahu. Alhamdulillah, waktu berlalu. 3 orang yang pergi meninggalkan kitorang, semua dah ditentukan waktu dorang. Wabak yang datang cume penyebab untuk diambil pengajaran. Banyak hikmah yang kitorang dapat sebenarnye.

Hari ni, aku bangga berdiri sebagai pelatih inspektor percubaan skuad 1/2011.

"WHEN THE GOING GETS TOUGH, ONLY THE TOUGHS WILL GET GOING"
"Once a police officer, always a police officer"

-wawa^chan, PULAPOL KL-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...