:: KAMI ::

Daisypath Anniversary tickers

:: KAK YONG ::

Lilypie Second Birthday tickers

:: ADIK BABY ::

Lilypie Pregnancy tickers

October 08, 2010

Penghuni bawah jambatan


Comel, kan? Kat kawasan umah aku ade sekor anjing sangat comel, err, tataw plak breed ape, tapi petang2 selalu nampak tuan die bawak jalan keliling umah ngan sekor lagi anjing besar. Dia takde pakai tali ke ape, but he/she (am not sure of d gender) is so obedient. Dia jalan, ekor gedik2, kejar tuan dia jalan keliling taman perumahan. Yang penting, dia tak kacau orang. Dia tengok jek, pastu dia blah. Kawaii!!

Anjing ni comel sebenarnye (for certain breed), lagi2 kalau bela elok, train lagi, perrgghh. Memang superb la hasil. Tapi itu cerita kalau dibela. Macam mana kalau yang tak terbela?

Dulu, masa aku keje kat Sentul, tiap2 pagi aku kene tempuh jem kat bandar Klang ni. Tiap2 pagi gak la aku termenung tepi tingkap keta, sambil drive, sambil eksesais kaki. Memang #%&@. Tapi bila lalu bawah jambatan dekat Pejabat Daerah Klang, aku perasan ada sekor anjing ni, saiz agak besar, suka duduk dekat atas divider. Dia pandang jek keta2 lalu. Bila aku perhati, rupa2nya tiap2 hari dia ada kat situ. So tiap2 kali lalu, tiap kali tu jugak aku pikir, sape agaknye kasik die makan? Kalau hujan, die basah tak? Ada tak tempat berlindung lain kalau ujan lebat sangat?

Aku pikir, agaknye kalau anak2 aku terbiar, camne agaknye nasib dorang. Camne makan dorang? Mane nak berteduh?

*kesat mata*

Aku mungkin baran. Aku memang kepala angin. Sape kenal aku, mesti dorang taw. Tapi siyes, bila libatkan makhluk2 yang pada aku lemah nak banding ngan kita manusia, aku sedih, aku jadi lembut hati. Dorang bergantung pada kita. Sebab manusia diturunkan ke bumi Allah ni untuk jadi khalifah. Mungkin bukan semua dapat jadi PM, dapat jadi Menteri, dapat jadi orang2 besar, ketua itu ini. Tapi sekurang2nya khalifah pada makhluk2 yang bergantung harap pada kita. Ketua. Pemimpin. Pelindung.

Tapi ada gak sesetengah manusia ni zalim. Giler zalim. Kalau nak bunuh, bunuh. Jangan seksa dia. Macam kita orang Islam, cara sembelih ayam, lembu etc, semua bertujuan jangan seksa haiwan. Cam video ni, sampai skang aku marah giler kat orang yang potong kaki encek Hero. Orang yang buat ni memang tak layak jadi manusia.

*diam*

Berbalik pada citer anjing bawah jambatan tadi.

Aku pon tak sedar lepas berapa lama, sebab aku ari2 tengok dia. Tapi satu pagi, aku tengok dia dah terbaring tepi jalan. Mati.

Kesian. Camne agaknya perjalanan idup dia dulu? Mujur anak2 aku duk kat umah. Kalau mati, sekurang2nya bukan kat tepi jalan. Kalau mati, sekurang2nya depan mata aku.

Jadi nasihat aku, kalau pon korang tak suka anjing atau kucing, tapi jangan dizalimi. Kita Muslim, memang tak bole pegang anjing bawah certain condition, tapi tak bermaksud kita boleh zalimi dia. Prihatin la sikit, dorang makhluk lemah. Bukan macam kita, ada akal.

Sebut pasal prihatin, tadi aku p amik Ika kat Puncak Alam. Lalu Jalan Meru, ada satu eksiden, keta ngan motor. Prihatinnye la orang Malaysia ni, ramai gila berenti.

Tapi...

Berenti tengok jek kat tepi jalan. Aku tengok abang motor tu dah terbaring. Ada la sorang lagi abang ni kasik kain wat lap darah kat kepala dia. Yang lain? Sekadar berenti, tengok, komen itu ini, maybe gak ada yang amik nombor keta/moto, pastu terus p kedai nombor.

Prihatin gila kan kita orang Malaysia??

*LOL*

October 07, 2010

Munguks~

2 x 5 = 10
5 x 2 = 10
2 + 8 = 10
8 + 2 = 10

Sama pandai, sama bodoh.
Sama lawa, sama hodoh.
Sama cerdik, sama belok.
Sama tepuk, sama bongkok.

Semut di seberang lautan,
Kau nampak.
Bila gajah di depan mata,
Kau buta.




Kita.
Mudah lupa.

Cermin dulu hujung rambut.
Hingga ke hujung kuku kakimu.

Heh!

October 05, 2010

Aduhh..

Ni aku petik dari Wikipedia:

"Jealousy is an emotion and typically refers to the negative thoughts and feelings of insecurity, fear and anxiety over an anticipated loss of something that the person values (relationship, friendship or love). Jealousy often consists of a combination of emotions such as anger, sadness and disgust."

"Jealousy is also defined as a complex of thoughts, feelings and actions which follow threats to self-esteem and/or threats to the existence or quality of the relationship, when those threats are generated by the perception of a real or potential attraction between one's partner and a (perhaps imaginary) rival."

Tapi secara psikologi Islam, perasaan cemburu (sekiranya berlebihan) ni sebenarnye bisikan setan yang menyebabkan kita berburuk sangka sesama manusia dan berperasaan iri hati serta hasad dengki pada kelebihan orang lain. Sedangkan manusia kan diciptakan unik dan tersendiri. Yang penting, tak sempurna. Ada kelebihan dan kekurangan masing2.

Am not a green eyed monster!!

So setan, pliss. Syuh syuh!! Jangan cakap mende bukan2 ngan aku bole? Isy.

October 04, 2010

periksa

Sok adik bongsu aku, Eppie start PMR.

Good Luck!


Skema la plak rase :p
Haha!

Aku doakan adik aku dapat jawab dengan baik, tenang dan betul kepala otaknya time tu. Dan sebab dia paling last skali yang amik peksa antara kitorang, maka aku harap result dia tak terok daripada kitorang. Kot tak, siap arr ko kene tiaw ari2 kat umah. Haha!

Abah aku janji kalau Eppie dapat result PMR ok, dia nak blikan gitar letrik.

Abah aku janji kalau Eppie dapat result SPM ok, dah ada lesen motor, dia nak blikan scrambler (betol ke eja ni).

*diam*

Best kan jadi adik aku? Sape nak jadi adik bongsu aku, angkat tangan.

Aku yang sulung, hadiah lulus peksa cemerlang yang paling unggul pernah aku dapat ialah masa abis PMR. Kebetulan masa tu aku dapat tawaran asrama sampai dua; MRSM Kuantan ngan SM Teknik Tuanku Jaafar, Seremban. Maka sebab mak abah aku terlebih gembira, hadiahnya kamera harge RM300 tak silap aku, bukan digital.

Hahaha!
Itu 10 tahun lepas nye cerita.

Lepas2 tu, cemerlang lah tang mana pon, takde lagi hadiah pape. Dan aku pon tak pernah berharap, sebab aku taw, kalo aku dapat nanti, adik2 aku mesti nak gak. Mane mak abah nak cekau duit?

Cuma sebab adik aku ni bongsu, mak abah pon dah takde tanggungan lain kecuali Syapira ngan Eppie, maka terhasil la cerita di atas.

Jeles? Senang citer, aku da bese ngan situasi mengalah sama adik2. Kata mak, bahagian aku lain, bahagian adik2 lain. Nak wat camne. (>_<) Tapi Eppie pon bukan jenis kedekut. Apa dia dapat, kitorang pon bole pakai. So adik, cpat la amik lesen!! Aku nak try bwak scrambler ni!! ;p

Tapi pelik, dia nak PMR ni, takde pon dia datang nak blajar Math dan Sains ngan aku macam Ika ngan Syapira dulu. Garang sangat ke aku time ngajar?

Haiissyyyy ;p

Eppie, Syapira (Tudung Itam), Ika, Ami n aku.

Adik2 aku memang comel. Tapi jangan tertipu ngan muke2 ni. Sume prangai macam &%$@$#. Tapi still, aku sayang adik2 aku. Kot tak sayang, dulu kecik2 masa mak aku sruh jage dah lama aku letak dorang kat dalam tong sampah. Hahaha!!

October 02, 2010

Aku tensi *cebik*

Aku cuma ada 37 hari lagi.
Dan aku dapat banyak tips2 dari kawan2 yang dah pergi beradu nasib.
Syukur aku masih ada masa nak banding ngan orang len.
Tapi still....






Aku cuak!!!

Ini penentu nasib aku kot.






Doakan seorang wawa ini. Semoga berjaya.
Amin Ya Rabbal Alamin.

Masih menunggu moral pulang.
Semangat, tolong jangan terbang pergi ikot dia.
Hukhuk -_-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...