:: KAMI ::

Daisypath Anniversary tickers

:: KAK YONG ::

Lilypie Second Birthday tickers

:: ADIK BABY ::

Lilypie Pregnancy tickers

February 13, 2012

Hilangnya seorang srikandi

Salam..

Macam serius sangat tajuk post aku ni ye? Hehehe. :p

Arini 13/02/2012, kalau orang lain sume mesti dok sibok nak tunggu 14/02 nak wat sambutan (orang Islam tak boleh sambut ye, harap maklum ^__^), tapi family aku tunggu 18/02. ^__^ Tarikh ni kalau 55 tahun yang lepas, ada sorang budak kecik baru nak lahir kat Kangkar Pulai, Johor. La ni budak kecik tu dah berumur, berlaki, beranak, bercucu dan segala ber lagi yang ada (nak kata dia dah ada semua dalam hidup dia :p), dan cukup 18/02/2012 ni, maka beliau akan berPENCEN dari dunia kepolisan.

Weewiiitttttt! TAHNIAH untuk mak saya, Pn. Noraini Jaafar sebab dah pencen dan boleh rehat. ^___^

Mak selalu kata "Cepat la mak pencen, dah tak larat nak hadap keje polis ni lagi, dah makin mengarut. Orang awam 1 hal, pegawai atasan lain hal plak, anggota pon banyak hal, pening2" ^__^ La ni, mak cuma kene pening tengok perangai kucing ngan Arrayyan kat umah. Sikit ari lagi, mak pening tengok perangai Rafiq plak. :p Tunggu cucu ramai sikit lagi, lagi pening kepala mak, hehe.

Tapi aku tau, jauh kat sudut hati dia, dia sayang keje dia. Dia selalu kata, "Mak tak suke orang baru wat keje, semua cincai2". Tapi dia tetap sabar ajar, dia tetap sabar tunjuk cara wat keje. Mak selalu gak kate, "Orang awam sekarang tak sama ngan orang awam dulu, dulu tak susah nak handle, tak susah macam sekarang". Tapi mak tetap ramah layan orang awam datang balai wat aduan, kalau salah pon mak tetap sabar bagi tunjuk ajar. Dekat2 nak pencen, mak selalu cakap "Apa susah, sakit hati jek ngan orang2 kat balai, mak MC je, mak pon dah tua, bukan sihat sangat". Tapi kejap lepas tu, mak pakai uniform, capai kunci keta, pegi balai.

Mak. Apa dia kate kadang2 lain ngan ape ada dalam hati dia. ^__^

Aku membesar dengan tengok mak keje macam nak mati nak bagi kami adik beradik hidup senang. Skuad mak yang lain semua dah pakai Sarjan Mejar, pakai Sub-Inspektor, tapi mak tetap kat Klang pakai Kopral jek sama ngan budak2 baru. Mak masuk polis bukan kelulusan cikai, mak ada STPM, dulu2 bole naik pegawai dah. Mak bukan tak boleh naik pangkat. Tapi aku tau mak pikir macam2. Kalo naik pangkat, kene posting. Anak2 macam mana? Suami macam mana? Mak tak penah cakap, tapi aku tau mak korbankan sesuatu untuk kami dapat apa yang kami ada sekarang.

Dulu mase muda2, mak aku cantik taw. :p Sekarang pon cantik lagi. Tapi tangan mak kasar sebab keje kuat. Tangan mak memang kuat. Dulu kalo die pukul time kitorang nakal kecik2, perrggghhh. Berbekas gak la kat belakang badan ni ha. :p Dia yang banyak ajar aku supaya wat sume keje sendiri, tak yah harap kat orang. Semua pakai tangan dia. Tangan yang kasar dok angkat barang2 berat tu jugak la yang masak bagi kitorang makan hari2. Tangan tu jugak yang urut kaki aku mase zaman mula2 aku aktif sukan kat sekolah. Banyak ah jasa tangan mak kat kitorang. :p Tangan tu jugak tak kurang berjasa pada pasukan polis. Tangan tu yang tangkap OKT. Tangan tu yang amik report kat balai. Tangan tu yang fitik kawasan. Tangan tu yang wat macam2 sepanjang tempoh perkhidmatan mak dengan pasukan.

Tak lama lagi 18/02. Pasukan polis dah ilang 1 srikandi yang mungkin tak dipandang sebagai tokoh oleh PDRM tapi untuk aku, itulah satu tokoh terbaik yang boleh dijadikan contoh oleh pasukan. Kalo orang tanye sape idola aku dalam polis, haram aku takkan sebut name tokoh2 polis tersohor yang tak penah pon kenal aku sepanjang aku idup. Tapi ada dua tokoh terbaik dalam kerjaya aku.

KPL Noraini Jaafar (GD) dan KPL Othman Yem (Trafik)

Aku kini penyambung legasi. So, aku kene sayang keje aku macam mana mak ngan abah sayang keje depa. ^__^

Aku bukan anak manja, tapi saje wat posing manja atas permintaan jurukamera. :p



Ini saya. Saya bersyukur sebab saya kini satu kebanggaan untuk mereka. Dan saya lebih bersyukur sebab saya lahir dari keturunan mak dan abah saya. ^___^

Adios!

February 12, 2012

Persiapan kahwin 2

Salam...

Sementara tunggu meeting kul 3, sempat memblog sekejap. :p

Kenduri nanti aku nak wat ada guestbook macam reception kat hotel, bole dak? Cara gak kan? Orang datang kenduri, pastu sape nak tinggalkan ape2 pesan, tulis situ. Wat kenangan sampai anak cucu. :)

Best, best. :p

February 09, 2012

Persiapan kahwin

Salam..

Oke, minit untuk audit aku dah siap setelkan, cuma tinggal approval dari bos jek, n done. Nyampah giler amik minit meeting pegawai kerajaan ni, leceh! :(

Oke, skang takde mood nak study slide powerpoint bajet 2013 yang nak bentang kat bos next week, tapi aku sangat bermood nak wat checklist untuk kawen. :p Tup tap tup tap, dah bulan 2 rupanya. Sekejap jek masa berlalu. Sape perasan ticker engagement kat blog aku ni, tak sangka aku dah tunang setahun. :p Masa bertunang banyak abes kat pusat latihan, kesian kat encek bomba. :) Pastu dah kuar, kene posting KT plak, kene tinggal lagik. So skang sangat la bersemangat nak kawen, so aku bole mintak posting ikot suami plak. :p

Nak wat checklist pon rase cam kelam kelibut jek. Oke2, so ni apa yang dah dibuat setakat ni:
  • Kursus kawen - baru nak g next week (17/18hb Feb) :p
  • Kebenaran kawen ngan akuan bujang aku - dah setel kat pusat latihan lagi :D
  • Baju nikah - baru antar tempah last week
  • Baju sanding, berinai, persalinan lepas sanding ngan outdoor - dah pi tengok baju, tapi awal lagi nak fitting so set balik diari pegi bulan 3 or 4)
  • Pelamin n catering - dah set ngan wedding planner nak datang balik bulan 3 or 4
Banyak lagi bende belom buat sebenarnya, n aku kene wat sikit2 supaya tak jadi keje last minit. Banyak kan benda nak pikir? Ingat kawen ni senang? Macam2 tak wat lagi nih, nasib baik aku amik pakej wedding planner, dah save kepala otak aku kat situ. Skang nak kena pikir pasal pakaian family (mak aku nak wat seragam :p), doorgift, kad kawen, sword bearer, bagpipe ngan band/karaoke (aku prefer band, best weyh nyanyi ngan band :p).

Aiyaa, pening, pening....

Nanti la aku wat checklist proper sket, bole gak tolong org2 yang tak kawen lagi wat preparation :p Hehe.

Adios!

February 07, 2012

Entry sapu sawang

Salam..

Dah bersawang dah blog ni. :p Lama sangat terbiar. Nak kata sibuk, dak pon. Senang cerita, MALAS. :p Aku skarang kat Kuala Terengganu. Apa aku buat kat sini? Tercampak kat negeri orang, jauh dari keluarga, sedara-mara dan sahabat2. Mujur ada skuadmate tak berapa kerat, kami kongsi sedih sama2. Tapi sedih kejap jek pon. :p Hehe. Dah pandai itu ini, mula naik tocang masing2. :p

Aku tengah belajar sesuaikan diri. Belajar hidup kat tempat orang. Tak susah, tapi usaha mau ada. Cuma awal2 ni terumbang ambing sikit, dengan kewangan yang hampir2 gawat. Tapi aku buat muka biasa jek. Nak kalut2 pon bukan boleh buat apa, kan?

Apa lagi nak cerita? Takde cita menarik sebenarnya, saje2 nak sapu sawang. :p Semalam fitik bilik, pastu duk sorang2. Aku terfikir *bestnya kalau boleh balik ke tahun 1991*.

*sigh*

Life must go on and on and on and on and on and on and on and on...sampai Allah s.w.t. panggil kita balik. The past is a history, future is a mystery. But right now, think of it as a PRESENT. ^__^

Len kali la tulis pape yang menarik sikit. Kurang bermood arini.

Adios amigos, bebeh.

August 22, 2011

"Mana mak?"

Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.


Dua puluh tahun kemudian,

Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"
Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.
Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.
Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.
Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.
Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."
Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.
Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."
Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.
Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.


Beberapa tahun kemudian,

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.
Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."
"Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"
Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah . Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu
berjawab?

:: Cerita ni dicopy daripada seorang sahabat. Sekadar berkongsi. Kalau masih ada mak, baliklah. Sujud kat kaki dia, senangkan hati dan hidup dia, selagi kita masih punya waktu :) ::
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...