:: KAMI ::

Daisypath Anniversary tickers

:: KAK YONG ::

Lilypie Second Birthday tickers

:: ADIK BABY ::

Lilypie Pregnancy tickers

August 01, 2012

Warna kehidupan

Hari ni. Setelah sekian lama.

Tak tau apa nak dilakar di atas ni. Warna gembira? Warna duka? Semua ada. Tak terhitung di dalam hati. Tak tau sama siapa mau dikongsi. Selepas memikirkan semua tu, satu perasaan timbul dalam hati.

Kosong.

Ye, kosong.

Kenapa? Aku sudah ada semua. Kerjaya, suami, dan bakal punya zuriat sendiri lagi.

Tapi kenapa rase kosong ni terus menghantui?

Umpama mimpi di malam hari. Tatkala terjaga dari igauan, terase nak kujerit pada dunia, betapa aku mau lari. Betapa aku mau mati.

Tapi tadi, aku jumpa kekuatan dalam diri. Jauh di satu sudut dalam badan. Benih yang sedang berkembang, menjadi sebahagian dari diri ini.

"Mama, jangan sedih, jangan nangis. Kan mama ada saya"

Terima kasih Tuhan. Kau beri dia saat aku perlu kekuatan. Kau beri dia saat aku perlu tempat berpaut. Satu2nya anugerah yang mau aku jaga sekarang. Terima kasih atas pinjamanMu ini Ya Rahman Ya Rahim.

Anak, besarlah. Kongsi rasa ini dengan mama.

March 31, 2012

Kenapa?

Kenapa susah sangat nak paham pikiran aku?

I am imperfect, and will always be.





*Nak baring, pejam mata, kosongkan fikiran...n tak nak bangun2*

Tapi masa belom sampai, dan hidup kene diteruskan. Itu pon orang tak paham lagi?

March 14, 2012

5 tahun

Masa umur aku 5 tahun,

Mak kata "Ayong nak bli kasut macam mana? Abah pegi belikan, ayong tak payah ikot. Tinggal ngan mak kat umah. Meh ukur kaki ngan batang lidi"

(Satu masa dulu batang lidi jadi alat pengukur nak belikan kami adik beradik barang bersaiz. Masa tu bole ukur ngan batang lidi lagi, skang dah besar bagak, tak boleh dah. :p)



Masa umur aku 5 tahun,

Melanguk depan pintu tadika sambil pandang luar pagar. Pastu Cikgu Zaleha tanya " Hazwa, mak belom sampai lagi? Tunggu situ, jangan keluar pagar sampai mak datang. Pape jadi nanti cikgu nak kena menjawab dengan mak kamu."



Masa umur aku 5 tahun,

"Mak, nak main basikal" "Tunggu jap, abah balik kang abah bawak pegi kompleks sukan"

Abah balik. "Jom main basikal, ayong jalan depan, abah bawak ami naik motor". Aku pon kayuh pelan2 depan motor abah.



Masa umur aku 5 tahun,

"Ayong, mak tak dapat balik tengahari ni, kena pegi mahkamah. Ayong duk umah Cik Ayub eh?". Mak pegi umah Cik Ayub, bayar duit upah sehari. Aku pon melompat suka, sebab ley main ngan Kak Long ngan Udin sengal.



Masa umur aku 5 tahun,

Pegi kedai. Tangan mak sket punya kuat pegang tangan aku. Macam mana tangan mak kuat menghayun tali pinggang sebab marah aku main kat bawah balik lambat, camtu la kuat tangan dia pegang masa pegi kedai.



Tapi budak2 skang,

Umur 5 tahun, mak dah suruh pegi kedai beli maggi ngan telur. Tanpa pengawasan.





Aku kesian kat anak.

Sebab dapat mak tau buat anak, tapi tak tau bertanggungjawab.



Aku rase nak siku jek mak dia. Tu pon nasib baik. Kalo aku kata nak penerajang?

Orang lain berusaha nak anak, ko ada anak ko sia2kan macam tu jek.




Mak selalu kata, "Biar korang menangis sekarang kena bantai, kena marah, kena kongkong. Jangan mak dengan abah menangis tak berlagu kemudian hari nanti".

Betol la mak. Nasib baik.

March 10, 2012

Saya. Seorang. Sebuah. Seunit. Se.

I wanna run to the end of the world.

So that no one could hurt me.

And I won't hurt anyone.













Please, leave me alone.

March 09, 2012

A gift


Siapa kata encek bomba tak romantik?

:p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...