:: KAMI ::

Daisypath Anniversary tickers

:: KAK YONG ::

Lilypie Second Birthday tickers

:: ADIK BABY ::

Lilypie Pregnancy tickers

August 19, 2010

Renungan bersama...

Ilmu untuk dikongsi bersama seluruh Muslimin dan Muslimat.. Moga dengan membaca dan menyebarkannya, Allah akan meredhai kita semua..amiinn..

KUNCI MENJADI WANITA YANG SOLEHAH DAN BERJAYA

Ada seorang wanita yang berjaya dan solehah bernama Salma. Dia mempunyai keluarga yang sangat bahagia dengan seorang suami dan 4 orang anaknya. Dia cantik berhiaskan jilbabnya, rajin beribadah dan berakhlak mulia. Dia juga seorang pengusaha yang berjaya. Dari hasil usahanya dia mampu untuk membangunkan masjid dan rumah untuk 150 anak yatim. Dia tidak pernah kelihatan sedih, walaupun ketika anak bongsunya meninggal dunia.

Ada seorang temannya bernama Zahrah selalu memperhatikannya. Suatu hari Zahrah bertanya kepada Salma:

"Salma, saya sangat kagum denganmu."

"Kamu itu rajin beribadah, dari solat wajib, membaca al-Quran, puasa sunat, solat malam, solat dhuha, selalu tersenyum ramah dan baik kepada semua orang."

"Kamu juga mempunyai keluarga yang bahagia, sabar melayan suami dan membimbing serta menyayangi anak-anakmu."

"Kamu juga seorang pengusaha yang berjaya, boleh membangunkan masjid dan mempunyai rumah anak yatim dengan hasil usahamu."

"Salma, saya ingin menjadi seperti kamu. Memakai jilbab, rajin beribadah, berakhlak mulia, mempunyai keluarga yang sangat bahagia dan berjaya dalam setiap usaha."

"Bahkan sewaktu perusahaan kamu ditipu dan anak bongsu kesayanganmu meninggal dunia, saya lihat kamu sangat tenang."

"Boleh kamu beritahu saya apa KUNCI kepada semua itu, wahai Salma?"

Salma tersenyum mendengar kata-kata dan pertanyaan sahabatnya Zahrah, lalu menjawab:

"Zahrah sahabatku, sebenarnya setiap manusia yang memahami dan mengakui Allah s.w.t. sebagai Tuhan seharusnya boleh menjadi seperti itu. Hanya kebanyakan manusia tidak memahami dan mengakui Allah s.w.t. sebagai Tuhan."

Zahrah bertanya lagi, "Apa maksud kamu Salma?"

Salma menyambung:

"Mereka tahu Allah adalah Tuhan Maha Pencipta, tapi tidak memahami bahawa SEMUANYA adalah CIPTAAN ALLAH dan atas kuasaNya, bererti SEMUANYA adalah MILIK ALLAH dan mereka tidak mengakuinya."

"Saya memakai jilbab, kerana rambut saya BUKAN MILIK SAYA SENDIRI tetapi MILIK ALLAH dan Allah memerintahkan untuk menutupnya di hadapan orang yang bukan mahram."

"Saya solat, puasa, haji, berusaha berbuat baik kepada semua orang kerana DIRI SAYA BUKAN MILIK SAYA SENDIRI sehingga saya bebas berbuat semahunya tetapi DIRI SAYA MILIK ALLAH dan saya harus mematuhi semua peraturanNya."

"Saya bersabar melayani suami saya dan mendidik serta menyayangi anak-anak saya walaupun saya sibuk dengan perusahaan saya kerana suami dan anak-anak saya BUKAN MILIK SAYA tetapi MILIK ALLAH yang diamanahkan kepada saya."

"Saya mempunyai perusahaan yang berjaya bukan kerana saya hebat, tetapi kerana Allah telah membukakan pintu rezeki untuk saya dan pekerja-pekerja saya. Itupun semua MILIK ALLAH dan saya hanya diberi amanah sahaja."

"Dan saya mempunyai anak bongsu yang sangat saya sayangi, itupun MILIK ALLAH dan saya tidak berhak walau sedikit pun untuk menahannya sewaktu diambil olehNya, kerana itu BUKAN MILIK SAYA. Dan Allah masih memberi 3 orang anak yang lain dan PINJAMAN-PINJAMANNYA YANG LAIN, YANG SANGAT BANYAK."

Zahrah termenung, dan tidak terasa butiran-butiran air matanya jatuh dan menangis sambil memeluk Salma...

"Selama ini saya mengetahui Allah sebagai Tuhanku, tetapi saya tidak memahami bahawa semua adalah MILIKNYA. Kita tidak mempunyai apapun di dunia ini dan saya sering tidak mengakui bahawa Allah adalah PEMILIK SEGALANYA."

"Benar Zahrah...dan kita berkewajipan mensyukuri semua nikmat PINJAMAN dari Allah sebagaimana firmanNya yang bermaksud;
Dan (ingatlah), tatkala Tuhanmu memaklumkan 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu amatlah pedih.' "

Innaa Lillahi wa Innaa Ilaihi Raaji'un
"Sesungguhnya kita semua adalah milik Allah, dan kepadaNya jua kita akan kembali"

:: credit to page 'KATA-KATA HIKMAH' (fb) ::

*Aku terkedu bile baca artikel ni..sebab aku sama seperti Zahrah, tahu Allah Tuhanku, tapi tak faham dan mengakui bahawa aku TAK PUNYA APE2 kat dunia ni sebenarnye...Semoga Allah bukakan pintu hati kita semua..*

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...