:: KAMI ::

Daisypath Anniversary tickers

:: KAK YONG ::

Lilypie Second Birthday tickers

:: ADIK BABY ::

Lilypie Pregnancy tickers

December 31, 2010

Air mata dan wanita. Kami kawan baik :p

Saat diciptakan wanita, Tuhan membuatnya menjadi sangat utama.

Diciptakan kepadanya bahu, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, namun bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Diberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali ia menerima cerca dari anaknya itu.

Diberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah berputus asa.

Kepada wanita diberikan kesabaran untuk merawat keluarganya, walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.

Diberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun, walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya.

Perasaan kasih sayang ini yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang mengantuk menahan lelap.

Sentuhan kasih sayang ini yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

Diberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Menjadikannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

Diberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

Dan akhirnya..

Diberikan kepadanya air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus diberikan kepada wanita, agar dapat digunakan bila pun dia inginkan.

Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya air mata ini adalah air mata kehidupan.

*
*
*
*
*

:: Bila air mata itu tumpah, sebenarnye itu usaha untuk mengeluarkan segala resah dan kelemahan dalam hati. Bila ia kelihatan, itu usaha untuk menenangkan emosi supaya mampu membuat keputusan dengan waras. Bila wanita menangis, biarkan. Itu jek senjata yang kami ada untuk mengalahkan gelojak jiwa dan perasaan. ::

December 30, 2010

Curahan isi hati yang duka lara....

Kadang2 penat menjage hati orang. Penat asyik beralah. Penat jadi orang yang selalu salah.



Sakit hati.

Sakit otak.

Sakit jiwa.

Sape yang taw?








Asyik nak kene jage hati orang. Abes hati aku? Ade sape2 tolong jage?

Kucing pon pandai pujuk, pandai 'mintak maaf' bile die taw aku marah, bile taw die salah. Tapi manusia? Malas nak sebut perkataan tuh, wat tambah dosa.


Menyampah.


Cepatlaa mase, aku tunggu saat ko tiba. Dah tak larat nak duk tengah2 komuniti ni.

December 28, 2010

Errrkkkk??

Semenjak dua menjak ni asyik sakit belakang. Tataw sebab salah tido ke atau salah postur badan (aku suke membongkok). Adehh...

Dah lame kan tak posting pasal kucing kan? Hehehe. Neh macik nak citer neh. Kucing umah macik dah berduyun-duyun. Adoii. Poning palo mak aku. Sampai kene telan pil perancang la induk2 umah ni skang. Kot tak, memang cam kilang. Sampai musim jek, berderet kittens dalam umah. Wuwuwu. :p Jap, lepas ditambah tolak, kucing aku skang total sume 24 ekor (termasuk 2 ekor kucing tumpang yang tataw mane datang, tapi sebab kecik takde mak, aku bawak masuk skali). Wohooo.. Ade sape2 rase nak bela kucing? Meh amik sekor dua. ^_^

Kelemahan aku ialah takleh tengok kucing terbiar. Tapi jangan kucing jahat la, memang takde kesian2. Tapi kalo datang wat muke comey cam puss in boots tu, kompem macik hangkut bawak masuk umah. Errggghhh. Kan dah berduyun, nak buang tak sampai ati. Ilang sekor pon aku dah risau. Camne la haii..

Ade orang tanye, "Dah taw tak larat bela banyak2, nape amik gak?" Isy, camne aku nak terang. Bukan sebab aku suke giler kat kucing, ade mase2 aku marah gak kucing2 ni biler nakal. Tapi sebab tak sampai ati. Korang nampak jek aku garang+ganas camni, tapi hati macik ni lembut k? Aku susah hati tengok kucing2 kecik terbiar tepi jalan takde mak. Ni pon ade 2,3 ekor kucing kat luar aku curi2 bagi makan. Nak bawak masuk takut abah marah. "Ramai2 kucing dalam umah ni, umah pon dah bau kucing" abah cakap. (T_T)

Kesian kucing2 ni. Sok kalo aku masuk pusat latihan, sape la nak nengok dorang. Mak keje. Nak harap si eppie ni, huh! Yela sangat nak jage.

Cakap pasal pusat latihan, lambat plak dapat surat. Pape pon setelkan satu2 peristiwa dulu k wa2? :D Lalalala~

:: Entry borak2 kosong takde hala tuju. Sesaje gatal nak apdet. Adios amigos! ::

December 27, 2010

Masa....fuhhh, bergerak2! :p

Arini sangat hepy. Source of happiness: Encek bomba

^_^ Can't wait!

Oke, mari masuk ke topik asal.

23hb Disember lepas, kawan aku Arep Nordin selamat bernikah ngan cik Huda. Tahniah2! :) Sory bangat cos tak dapat datang. Asalnya aku memang nak datang, semangat bagitaw encek bomba. Tapi pikir punye pikir, aku bukannye bergaji, sah2 duit banyak nak pakai untuk event akan datang. Event ape? Nanti cerita eh? :p So, nak tak nak aku kene akur ngan keadaan diri sendiri untuk tidak menghadirkan diri ke kenduri arep n huda. Sory ek? Nanti aku kirim wedding present kat arep jek.

Arep ialah kawan baek encek bomba, merangkap orang yang bertanggungjawab menjadi orang yang mengenalkan kami. :) Aku kenal arep mase kat kem 515, lepas tu cume berhelo2 kat fesbuk same tepon, n arep ngan bersungguh2nye mengenalkan aku same encek bomba. The rest of the story biar la jadi memori untuk aku ngan encek bomba. :)

Sangat rugi tak dapat datang kenduri arep. Cause my lovely boyfie jadi best man die pada hari tersebut dengan pakai one dress. Errgghhh. So orang len yang nampak die emcem2 pada hari tersebut, not me. :( Takpe, takpe, berkorban untuk sesuatu yang lebih baek yang akan bertahan untuk selama2nye insyaAllah. :D


Cepatlaa mase berlalu!! :p Hikhik.

December 23, 2010

Am gay. Where the heck is 'ok'?

Salam..

It Gets Better in Malaysia. Is that so?

Ape yang golongan2 penyokong 'seksualiti merdeka' ni perjuangkan? Ape yang aku paham, dorang cuba untuk memberi sokongan kepada golongan gay dan lesbian kat Malaysia ni bahawa masih ade orang2 yang terima dorang2 ni. Tapi sokongan ke arah ape? Untuk terus jadi gay/lesbian atau berubah menjadi normal balik?

Kes ni lebih kurang macam penagih dadah. Golongan macam ni selalu kate dorang disisih masyarakat, sebab tu dorang tak dapat kekuatan untuk berubah, sebab yang terima dorang cuma golongan dorang jek. Betul. Aku sokong kenyataan tu. Jadi ape yang geng 'seksualiti merdeka' ni cube wat ialah memberi tempat untuk orang2 songsang ni untuk mendapatkan kekuatan dalam masyarakat. Cumenye pada aku cara dorang ni salah. Dan aku wat kesimpulan pengasas kumpulan ni ialah non-muslim. Cause if dorang ni muslim, golongan songsang ni patut dibantu dengan cara berlainan. Bukan dengan mendabik dada mengatakan "I'm gay, n I'm ok". No. That's not it. U're gay, therefore u're SOOOOOO NOT OK. Dalam Islam dah kate golongan songsang ni golongan dilaknat Allah. Dorang kene ditolong untuk keluar dari masalah, bukan menyokong ape yang dorang wat.

I got few gay friends. Pernah ditanye kenapa dorang jadi macam ni. Katenye naluri. Tak boleh nak wat ape, Allah yang tentukan jalan hidup dorang camni. Tapi pernah ke dorang terpikir, itu ujian dari Allah untuk dorang? Doakan korang sempat bertaubat ye kawan2. Dorang ni taw pasal agama. Dorang solat, ade yang boleh jadi imam (tapi aku tak pernah berimamkan dorang la, takut beb, kang tak sah solat aku, naya), kalo dilihat luaran cukup baek. Tapi sayang bile masuk bab nafsu, dorang abaikan agama. Same jek kalo yang straight pon, zina. Na'uzubillah.

Tapi dorang2 ni kalo makin dicaci, dikeji, dorang akan menyisihkan diri. Makin disokong, lagi la terok menjadi2 aktiviti 'cik cur' dorang. So ape kite kene wat? Try jadikan dorang kawan, 'racun' sket demi sket supaya dorang berubah. Yang penting, keinginan dorang nak berubah sebenarnye ade, tapi takde kekuatan. Jom la same2 tolong, kesian tengok deme ni. Apelaa, belasah barang yang ko dah ade, nak watpe? :p

Allah s.w.t. jadikan makhluk kat dunia ni semua berpasangan. Lelaki dengan perempuan. Jantan ngan betina. Nak watpe cari yang sejenis, rugi beb. Hikhik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...