:: KAMI ::

Daisypath Anniversary tickers

:: KAK YONG ::

Lilypie Second Birthday tickers

:: ADIK BABY ::

Lilypie Pregnancy tickers

October 04, 2010

periksa

Sok adik bongsu aku, Eppie start PMR.

Good Luck!


Skema la plak rase :p
Haha!

Aku doakan adik aku dapat jawab dengan baik, tenang dan betul kepala otaknya time tu. Dan sebab dia paling last skali yang amik peksa antara kitorang, maka aku harap result dia tak terok daripada kitorang. Kot tak, siap arr ko kene tiaw ari2 kat umah. Haha!

Abah aku janji kalau Eppie dapat result PMR ok, dia nak blikan gitar letrik.

Abah aku janji kalau Eppie dapat result SPM ok, dah ada lesen motor, dia nak blikan scrambler (betol ke eja ni).

*diam*

Best kan jadi adik aku? Sape nak jadi adik bongsu aku, angkat tangan.

Aku yang sulung, hadiah lulus peksa cemerlang yang paling unggul pernah aku dapat ialah masa abis PMR. Kebetulan masa tu aku dapat tawaran asrama sampai dua; MRSM Kuantan ngan SM Teknik Tuanku Jaafar, Seremban. Maka sebab mak abah aku terlebih gembira, hadiahnya kamera harge RM300 tak silap aku, bukan digital.

Hahaha!
Itu 10 tahun lepas nye cerita.

Lepas2 tu, cemerlang lah tang mana pon, takde lagi hadiah pape. Dan aku pon tak pernah berharap, sebab aku taw, kalo aku dapat nanti, adik2 aku mesti nak gak. Mane mak abah nak cekau duit?

Cuma sebab adik aku ni bongsu, mak abah pon dah takde tanggungan lain kecuali Syapira ngan Eppie, maka terhasil la cerita di atas.

Jeles? Senang citer, aku da bese ngan situasi mengalah sama adik2. Kata mak, bahagian aku lain, bahagian adik2 lain. Nak wat camne. (>_<) Tapi Eppie pon bukan jenis kedekut. Apa dia dapat, kitorang pon bole pakai. So adik, cpat la amik lesen!! Aku nak try bwak scrambler ni!! ;p

Tapi pelik, dia nak PMR ni, takde pon dia datang nak blajar Math dan Sains ngan aku macam Ika ngan Syapira dulu. Garang sangat ke aku time ngajar?

Haiissyyyy ;p

Eppie, Syapira (Tudung Itam), Ika, Ami n aku.

Adik2 aku memang comel. Tapi jangan tertipu ngan muke2 ni. Sume prangai macam &%$@$#. Tapi still, aku sayang adik2 aku. Kot tak sayang, dulu kecik2 masa mak aku sruh jage dah lama aku letak dorang kat dalam tong sampah. Hahaha!!

October 02, 2010

Aku tensi *cebik*

Aku cuma ada 37 hari lagi.
Dan aku dapat banyak tips2 dari kawan2 yang dah pergi beradu nasib.
Syukur aku masih ada masa nak banding ngan orang len.
Tapi still....






Aku cuak!!!

Ini penentu nasib aku kot.






Doakan seorang wawa ini. Semoga berjaya.
Amin Ya Rabbal Alamin.

Masih menunggu moral pulang.
Semangat, tolong jangan terbang pergi ikot dia.
Hukhuk -_-

September 30, 2010

September

Selamat bulan ke-4, sayang.

Mungkin dah terlambat, tapi tetap nak cakap.
Selamat hari lahir ke-26.

Terima kasih kerana bersabar dan bertahan melayan si sengal ini.
Terima kasih kerana datang dalam hidup saya yang sangat linear.
Walaupon saya taw dan sedar, saya tak layak dapat awak.
Tapi sejak ada awak, saya berubah.
Saya sendiri pon tak sedar.
Jadi awak, selagi awak maw saya, selagi itu saya maw awak.

Awak buat saya rasa gadis semula.
Terima kasih.

Hadiah hari lahir ke-26, tuntut nanti ye? (>_<)
Saya tak kesah kalo tak jumpa awak.
Ok, saya tipu.
Cepat la masa berlalu. Hukhuk (-_-)

September 29, 2010

Jap, aku mengeluh?

Kelahi...

Jemu, aku dengar dari mula2 aku bukak mata. Aku tak tipu, imej tu masih jelas kat mata. Aku lupa hampir kebanyakan kenangan manis zaman kecik2 dulu, tapi yang satu ni tak pernah aku lupa. Tah, aku pon tataw nape.

*sigh*

Biarlah, usia dah emas, garam pon dah terlebih makan. Pandai-pandai...

Aku? Duk diam2 kat dapur, siang ikan, rebus ikan. Apa pon jadi, yang penting, perut anak2 aku berisi. Pastu? Naik atas, bukak PC, new post. Hikhik ;)

Owh, aku teringat kat satu cerpen, tataw aku baca kat blog or dalam majalah. Ada satu ayat tu, bunyi dia lebih kurang camni:

"Betul, si tua lebih dulu makan garam dari si muda. Lebih dulu merasa masinnya. Tapi itu tak menjamin si tua ni boleh imbang masin sesuatu makanan dengan baik. Sebab bila dah terlalu banyak dan terlalu lama merasa, lidah boleh confuse. Begitu juga dengan si muda, tak semestinya dia tak pandai imbang masin dalam masakan dia"

Lebih kurang camtu la. Paham ke? Tak paham suda. Heh!

:: Yang tua dihormati, yang muda disayangi.. Saya cuba hormat si tua saya, supaya si tua saya sayang saya..Hoyee!! (>_<) ::

September 28, 2010

Sape yang lebih bertuah?

Ika kate nak balik arini.
Bagus, sebab Arrayyan mestilah ade jugak.
(^_^)

Ika adik aku nombor 3. Dia kawen awal, umur baru 21 mase tuh, baru lepas belajar, baru dapat keje dan belum pon grad. Aku pernah kata ngan ramai orang camni, "Biar la adik aku nak kawen dulu, dia dah gatal nak kawen". Sebab orang tanye aku, takpe ke adik aku langkah bendul, akak dia pon tak kawen lagi.

*silent*

Ami, adik aku nombor 2, pon dah kawen, baru 3 bulan. Ami ok lah jugak, tahun ni umur dia 25, sedang elok. Isteri dia keje cikgu, Ami pon technician. Mase dia kawen, pon orang dok tanye aku "Ika dah kawen, Ami dah kawen, ayong bila lagi ni? Nanti jadi andartu baru tau.

*silent*

Ikut hati, nak aku siat mulut2 mereka. Nak aku maki, hamun dorang depan2 orang. Aku ade nyusahkan ko ke? Aku ada mintak duit ngan ko ke? Takde,kn? So, wat de ef korang sibok pasal aku? Pliss, shat de hell of yor mauth!

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Sape tak nak kawen, cakap ngan aku. Itu orang takde nafsu. Aku, manusia normal. Tapi aku belom ade kemampuan. Orang semua sibok bertanye, tapi yang nak kuar duit, kerah tenaga, aku. Orang semua sibok kata aku masih ada mak ngan abah, mintak la duit dorang. Tapi aku bukan manusia jenis tu. Aku nak kawen ngan duit aku. Supaya aku rasa penat lelahnya nak mendirikan rumahtangga, mengikat perut menahan nafsu berbeli segala. Supaya aku lebih menghargai rumahtangga yang aku bina. Itu yang aku fikir.

Sebetulnya aku cemburu.

Walaupon kadang nampak Ika macam menyesal kawen awal sebab skang dia dah susah nak mencari keje ngan adenye Arrayyan, susah nak bergerak sebab perlu izin suami untuk ke sana sini, selalu terperap di rumah jarang berjalan sebab suami sibuk bekerje.

Aku? Bila2 boleh mencari keje, nak keje ape pon bole. Aku cuma perlu bagitau mak aku nak kuar, jarang mak tak izin. In fact, tak pernah pon mak tak izin, walau mulutnye sedikit bising. Boleh berjalan ke sana sini, tak perlu tunggu sapa2.

Lebih bertuah, aku mengaji sampai peringkat degree, Ika dan Ami, cuma diploma. Kalau bekerja, pangkat aku lebih tinggi. Tipu, kalau aku kata aku tak bangga. Dalam keluarga, pengajian aku paling tinggi.

Tapi, aku cemburukan Ika dan Ami.

Ika ada suami, ada anak. Ami sudah ada isteri, anak Insyaallah akan menyusul kemudian. Aku?

*silent*

Pada mata aku, dorang lebih bertuah. Jodoh sampai awal. Sedang aku? Masih menunggu sang helang gagah datang menyambar aku pergi. Walhal, dia boleh menyambar bila2 masa. Tapi, kaki aku masih tersangkut di dahan. Sedang hati ini berbunga2 tengok anak2 comel, tapi terpaksa ditahan2 atas ketidakmampuan diri.

*sigh*

Semua orang ada bahagian masing2, kelebihan dan kekurangan masing2. Tak perlu berbangga diri, kerana hidup kita ibarat bola. Hari ni di atas, esok di bawah.

Yang penting, aku pon nak kawen...hukhuk :(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...