:: KAMI ::

Daisypath Anniversary tickers

:: KAK YONG ::

Lilypie Second Birthday tickers

:: ADIK BABY ::

Lilypie Pregnancy tickers

September 28, 2010

Sape yang lebih bertuah?

Ika kate nak balik arini.
Bagus, sebab Arrayyan mestilah ade jugak.
(^_^)

Ika adik aku nombor 3. Dia kawen awal, umur baru 21 mase tuh, baru lepas belajar, baru dapat keje dan belum pon grad. Aku pernah kata ngan ramai orang camni, "Biar la adik aku nak kawen dulu, dia dah gatal nak kawen". Sebab orang tanye aku, takpe ke adik aku langkah bendul, akak dia pon tak kawen lagi.

*silent*

Ami, adik aku nombor 2, pon dah kawen, baru 3 bulan. Ami ok lah jugak, tahun ni umur dia 25, sedang elok. Isteri dia keje cikgu, Ami pon technician. Mase dia kawen, pon orang dok tanye aku "Ika dah kawen, Ami dah kawen, ayong bila lagi ni? Nanti jadi andartu baru tau.

*silent*

Ikut hati, nak aku siat mulut2 mereka. Nak aku maki, hamun dorang depan2 orang. Aku ade nyusahkan ko ke? Aku ada mintak duit ngan ko ke? Takde,kn? So, wat de ef korang sibok pasal aku? Pliss, shat de hell of yor mauth!

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Sape tak nak kawen, cakap ngan aku. Itu orang takde nafsu. Aku, manusia normal. Tapi aku belom ade kemampuan. Orang semua sibok bertanye, tapi yang nak kuar duit, kerah tenaga, aku. Orang semua sibok kata aku masih ada mak ngan abah, mintak la duit dorang. Tapi aku bukan manusia jenis tu. Aku nak kawen ngan duit aku. Supaya aku rasa penat lelahnya nak mendirikan rumahtangga, mengikat perut menahan nafsu berbeli segala. Supaya aku lebih menghargai rumahtangga yang aku bina. Itu yang aku fikir.

Sebetulnya aku cemburu.

Walaupon kadang nampak Ika macam menyesal kawen awal sebab skang dia dah susah nak mencari keje ngan adenye Arrayyan, susah nak bergerak sebab perlu izin suami untuk ke sana sini, selalu terperap di rumah jarang berjalan sebab suami sibuk bekerje.

Aku? Bila2 boleh mencari keje, nak keje ape pon bole. Aku cuma perlu bagitau mak aku nak kuar, jarang mak tak izin. In fact, tak pernah pon mak tak izin, walau mulutnye sedikit bising. Boleh berjalan ke sana sini, tak perlu tunggu sapa2.

Lebih bertuah, aku mengaji sampai peringkat degree, Ika dan Ami, cuma diploma. Kalau bekerja, pangkat aku lebih tinggi. Tipu, kalau aku kata aku tak bangga. Dalam keluarga, pengajian aku paling tinggi.

Tapi, aku cemburukan Ika dan Ami.

Ika ada suami, ada anak. Ami sudah ada isteri, anak Insyaallah akan menyusul kemudian. Aku?

*silent*

Pada mata aku, dorang lebih bertuah. Jodoh sampai awal. Sedang aku? Masih menunggu sang helang gagah datang menyambar aku pergi. Walhal, dia boleh menyambar bila2 masa. Tapi, kaki aku masih tersangkut di dahan. Sedang hati ini berbunga2 tengok anak2 comel, tapi terpaksa ditahan2 atas ketidakmampuan diri.

*sigh*

Semua orang ada bahagian masing2, kelebihan dan kekurangan masing2. Tak perlu berbangga diri, kerana hidup kita ibarat bola. Hari ni di atas, esok di bawah.

Yang penting, aku pon nak kawen...hukhuk :(

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...