:: KAMI ::

Daisypath Anniversary tickers

:: KAK YONG ::

Lilypie Second Birthday tickers

:: ADIK BABY ::

Lilypie Pregnancy tickers

September 04, 2012

Nakal.

Salam.

(>.<) Hehehe. Apesal muka hepi? Tatau.

Ditanya seorang teman pada aku, "Seronok tak wa ada 1 lagi nyawa dalam perut?"

Terdiam.

Macam mana nak aku jawab. Takde kata2 mampu describe perasaan aku masa ni. Cuma yang pasti, setiap kali buat aku teringat pada mak.

Begini rupanya mak rasa dulu. Dulu masa kecik, aku selalu ingat mak tak sayang aku. Aku memang la nakal, tapi pikir aku masa tu, takkan la salah kecik macam tu pon nak marah. Aku silap. Dah besar, baru aku sedar kenapa mak buat macam tu. Dan bila ada satu lagi nyawa tengah membesar dalam badan aku, aku makin rasa apa yang mak rasa.

Iman baru 2 bulan umurnya kalau nak dikira. Tapi alahan2 yang datang buat aku jadi bukan aku. Hati aku jadi marah. Aku takleh buat keje. Aku jadi takde tenaga. Aku jadi lembik. Dan aku tau aku bukan macam ni asalnya. Hati jadi marah.

Tapi marah ini bukan pada Iman. Tidak sesekali. Walaupun aku tau Iman penyebab sakit tu. Tapi selebihnya aku marah diri sendiri. Sebab tak cukup kuat untuk tahan sakit ni. Tak cukup kuat untuk carry Iman. Bila marah, aku jadi nak buat yang lebih baik. So aku paksa diri. Macam semalam, aku paksa keje, sampai tak pegi makan tengahari, dan malam aku kasi Iman fast food sebab badan dah letih nak masak.

Sampai pagi ni, Iman meragam. Kesian Iman. Aku yang salah, tapi Iman jadi mangsa. dan aku pikir, mak dulu begitu. Waktu dia marah aku, selebihnya dia marah diri dia sendiri. Sebab pada dia, dia tak ajar aku dengan baik. Sebab tu, dia tak marah pada cikgu yang rotan aku. Dia tak marah pada pakcik2 yang mengadu kata aku nakal. Tapi selepas habis dia marah, dia merotan, kemudian dia menangis. Mungkin menyesal. Mungkin marah pada diri sendiri. Selepas tu, dia masuk bilik masa kami tidur, dan disapu minyak ke badan aku yang berbirat. Dia halakan marah dia pada apa yang dia punya. Sama macam aku.

Maafkan mama ye Iman. Mama tak berniat nak halakan marah tu pada Iman. Mama sikit pon tak marah. Mama tak sengaja. Iman paling dekat dengan mama skang, maafkan mama Iman jadi mangsa marah mama pada diri sendiri. Jadi hari ni, aku reward Iman dengan rehat2 di rumah, makan bila dia mau, dan tak paksa dia untuk kerja berat sama aku.

(>.<) Mama sayang Iman. Itu je yang Iman perlu ingat.

Sama macam Omma sayang mama.
:)

September 03, 2012

Rindu..

Saya rindu nak tengok keletah Muhamad Rafiq.

Saya rindu nak main sama Muhamad Arrayyan.





Yang lebih, saya sebenarnya tak sabar nak tengok Iman main dengan abang2.

Iman, semua orang tunggu Iman...


(>.<) Mama pun..

August 31, 2012

Eh? Eh? Eh?

Salam..

Beberapa hari yang lalu terasa penoh dengan emosi. Berkat hari ini, hari Jumaat, penghulu segala hari, aku bangun pagi dengan dada yang lapang. Seolah-olah semua dah terhambur semalam.

Terima kasih, pelindung dan pembimbing. Maafkan aku kerana masih tak sempurna sebagai seorang isteri.

Iman akan dijaga sebaiknya. Kerana ini harta saya, dan harta kamu juga. Anugerah Tuhan yang mau sempurnakan aku.

Kerana itu aku pilih nama Iman. Maksudnya kepercayaan. Rasa percaya yang mama dan ayah masih cuba cari. Dan kami harap kamulah sinar itu. Dekatkan kami dengan qada' dan qadar-Nya.

Insya'Allah :)

Oh, buku untuk Iman sudah aku buka. :)

*excited*

August 29, 2012

Lagu sedih

Lagu sedih itu berdendang. Setiap kali ia mengguris hati ini. Mencarik-carik jiwa dan raga.

Walau bukan dari aku. Bukan juga untuk aku.

Tapi dari seseorang, yang pernah menghuni masa silam dia yang sunyi. Seseorang yang pernah dilukai hati. Mungkin juga bukan seorang, mungkin ramai lagi.

Walaupun aku tahu bukan aku yang bersalah.

Malah sentuhan aku lah sekarang yang diiakan, yang didiamkan, belaian dengan izin dan permisi. Sentuhan yang halal. Tetapi tetap sedih itu datang bertandang.

Terasa aku membina mahligai di atas air mata orang lain.

Aku yang dipilih menjadi suri. Tapi kenapa hati aku masih sunyi?

Di mana dan ke mana lagi nak diceritakan pahit luka di hati...




Tak tahukah mereka, perempuan sekasar dan sekuat aku masih tak dapat lari dari halusnya perasaan.



Ya, itu bedanya kita.

Lelaki tidak punya itu.

Lalu bagaimana nak aku terangkan rasa hati yang kian menjerut.


Ingin hati ini memaafkan, tapi bagaimana?....

August 28, 2012

Anakanda

Takkan ku biarkan walau ribut
Menyentakmu yang tidur
Datang petir menyambar
Jengking dan ular
Bonda takkan berundur

Nyamanlah arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

Kan ada satu ketika
Kau tak tahu mana nak pergi
Jalan betul, anakanda
Tak jelas mata
Ambil yang sarat duri

Hiduplah arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama Tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Ngeri tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu, anakanda

Hiduplah arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama Tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Nyamanlah arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

"Arjuna Beta" - Fynn Jamal

*Untuk anakanda2 kepada seorang bonda. Teristimewa untuk anakanda bonda. Moga kau tak lupa. Doa bonda supaya kau tak tercela dek dosa ayahanda bonda. Pelihara dia, Tuhan.*

p/s: Terima kasih mak, abah. Baru kini aku tau, indah perasaan menjadi seorang bonda. Walau apa terjadi, anakanda tak dibiar sendiri. Indah perasaan ini, mak. Terima kasih kerana melahirkan puteri ini 28 tahun lalu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...