:: KAMI ::

Daisypath Anniversary tickers

:: KAK YONG ::

Lilypie Second Birthday tickers

:: ADIK BABY ::

Lilypie Pregnancy tickers

August 31, 2012

Eh? Eh? Eh?

Salam..

Beberapa hari yang lalu terasa penoh dengan emosi. Berkat hari ini, hari Jumaat, penghulu segala hari, aku bangun pagi dengan dada yang lapang. Seolah-olah semua dah terhambur semalam.

Terima kasih, pelindung dan pembimbing. Maafkan aku kerana masih tak sempurna sebagai seorang isteri.

Iman akan dijaga sebaiknya. Kerana ini harta saya, dan harta kamu juga. Anugerah Tuhan yang mau sempurnakan aku.

Kerana itu aku pilih nama Iman. Maksudnya kepercayaan. Rasa percaya yang mama dan ayah masih cuba cari. Dan kami harap kamulah sinar itu. Dekatkan kami dengan qada' dan qadar-Nya.

Insya'Allah :)

Oh, buku untuk Iman sudah aku buka. :)

*excited*

August 29, 2012

Lagu sedih

Lagu sedih itu berdendang. Setiap kali ia mengguris hati ini. Mencarik-carik jiwa dan raga.

Walau bukan dari aku. Bukan juga untuk aku.

Tapi dari seseorang, yang pernah menghuni masa silam dia yang sunyi. Seseorang yang pernah dilukai hati. Mungkin juga bukan seorang, mungkin ramai lagi.

Walaupun aku tahu bukan aku yang bersalah.

Malah sentuhan aku lah sekarang yang diiakan, yang didiamkan, belaian dengan izin dan permisi. Sentuhan yang halal. Tetapi tetap sedih itu datang bertandang.

Terasa aku membina mahligai di atas air mata orang lain.

Aku yang dipilih menjadi suri. Tapi kenapa hati aku masih sunyi?

Di mana dan ke mana lagi nak diceritakan pahit luka di hati...




Tak tahukah mereka, perempuan sekasar dan sekuat aku masih tak dapat lari dari halusnya perasaan.



Ya, itu bedanya kita.

Lelaki tidak punya itu.

Lalu bagaimana nak aku terangkan rasa hati yang kian menjerut.


Ingin hati ini memaafkan, tapi bagaimana?....

August 28, 2012

Anakanda

Takkan ku biarkan walau ribut
Menyentakmu yang tidur
Datang petir menyambar
Jengking dan ular
Bonda takkan berundur

Nyamanlah arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

Kan ada satu ketika
Kau tak tahu mana nak pergi
Jalan betul, anakanda
Tak jelas mata
Ambil yang sarat duri

Hiduplah arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama Tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Ngeri tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu, anakanda

Hiduplah arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama Tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Nyamanlah arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

"Arjuna Beta" - Fynn Jamal

*Untuk anakanda2 kepada seorang bonda. Teristimewa untuk anakanda bonda. Moga kau tak lupa. Doa bonda supaya kau tak tercela dek dosa ayahanda bonda. Pelihara dia, Tuhan.*

p/s: Terima kasih mak, abah. Baru kini aku tau, indah perasaan menjadi seorang bonda. Walau apa terjadi, anakanda tak dibiar sendiri. Indah perasaan ini, mak. Terima kasih kerana melahirkan puteri ini 28 tahun lalu.

Berat..

Nak ku imbau detik indah.

Tapi adakah?

Nak ku kenang kenangan manis.

Tapi adakah?

Nak ku ulang saat menyulam kasih.

Tapi wujudkah?




Tertanya2. Dua tahun dulu yang penuh kepuraan.

Hari ini, perkara yang sama diulang2, seolah dua tahun tiada bersulam kepalsuan.



Terlalu berat untuk hati percaya. Apa daya. Aku hanya seorang manusia. Bukan malaikat. Juga bukan maksum seperti para Nabi dan Rasul. Sedangkan kau juga mengulang ayat yang sama. Jadi bagaimana kau mengharap aku jadi seperti yang kau nak sedangkan kau tak pernah jadi seperti yang aku nak.


Sudahkan ku pukul canang dahulu. Sudah ku umum seantero pelusuk.

Bahawa aku ini seorang pendendam. Walaupon kesalahan mu tidak mungkin ku balas dengan kesalahan yang serupa kerana itu bukan aku, tapi melupakan itu sesuatu yang berat dan mustahil.

Aku lebih kenal siapa aku. Dan aku juga tau kau sebenarnya tak kenal aku. Tak pernah kenal aku.

Sebab itu kau minta aku jadi sesuatu yang bukan diriku. Hanya untuk menutup rasa bersalahmu.


TIDAK.


Tidak akan aku percaya lagi sesuatu yang tak pasti.

Takkan ku buka lagi peluang itu untukmu. Peluang yang kuberi hanya untuk kamu buktikan siapa kamu sekarang. Tapi bukan peluang untuk kamu membohongi hati ini lagi.

Cukuplah sekali.


Itu janji ku dulu. Dan kini ku kota.

Terpulang engkau sekarang.

Aku sudah punya harta2 yang aku perlu. Dan aku tak peduli lagi kalau ditinggal sendiri.

Aku dah biasa. Dan mungkin lebih senang.

Pilihnya aku untuk kekal hanya kerana masih bersisa saki baki kenangan dulu. Walaupun bersulam pahit, tapi aku telan untuk meneruskan tanggungjawab.


Masih kecewa. Masih terluka. Masih curiga.


Terima kasih kerana memilih untuk mengambil peluang kedua. Tidak ku paksa.

It's ur choice.


Believe it or not, am growing stronger, day by day.

My Lil' Iman is with me. What's there to be scared of?

August 26, 2012

Kecewa

Besar kecewa yang kamu rasa, besar lagi yang aku tanggung. Berat lagi bahu ini memikul. Berat lagi hati ini untuk percaya. Dan berat lagi telinga ini untuk mendengar.

Kata-kata yang terlalu indah.

Masa mengajar aku, yang indah itu hanya sementara. Dulu aku pernah hanyut. Tapi hati ini sudah keras untuk membiarkan ia hanyut lagi.

Cukuplah sekali.

Takkan ku biar hati ini disakiti lagi.

Takkan ku biar...

Walau janji ku dulu sampai syurga, itu hanya untuk ikatan ini. Hanya kamu yang berkuasa meleraikan. Andai terlerai, maka sampai syurga itu sudah tiada lagi.

Walau ingin sangat akal ini mempercayai, tapi hati sudah tidak membenarkan lagi.

Cukuplah. Cukup sudah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...