:: KAMI ::

Daisypath Anniversary tickers

:: KAK YONG ::

Lilypie Second Birthday tickers

:: ADIK BABY ::

Lilypie Pregnancy tickers

September 27, 2010

Teringat....

Pada siapa?Aku namakan dia si R. Teman yang banyak mengajar tentang dunia berlainan dengan dunia yang sedang aku milik. Pertama kali jumpa, impressi pertama aku pada dia adalah, "Ape ni, ko pompuan, tapi ko perokok". Prejudis, ye. Sifat ini aku warisi dari kedua orang yang menjadi penyebab aku lahir ke dunia ini.

*sigh*

Bukan. Aku mengeluh bukan sebab aku menyalahkan takdir yang aku ditentukan Tuhan untuk dilahirkan dari rahim si ibu dengan benih cantuman si bapa. Tidak, sama sekali tidak. Yang salah, aku. Kerana mengikut arus itu, terlalu banyak menelan racun diberi sejak usia kanak2.

Kembali ke jalan citer asal.

Hari kedua, aku mulakan dengan menjadi anak murid R. Belajar cara2 dia menunaikan tanggungjawab yang memberi dia fulus setiap bulan. Semakin lama, semakin terserlah cantik jiwanya. Semakin terserlah santun tingkahnya. R kasar, tidak aku nafi. Tapi di sebalik itu, sebetulnya dia punya keindahan yang tidak aku punya.

Aku malu.

Aku bertudung, mungkin tidak litup, tetapi lebih baik dari R yang langsung tidak, itu kira aku mulanya. Aku tidak seksi, R ya, pada aku. Paling penting, aku tidak merokok, sedang R?Aku kira sehari habis sekotak. Prejudisnya aku, ku kata perempuan merokok itu jahat, seperti perempuan murahan. Astaghfirullah.

Kerana pernah berfikir begitu, malunya aku.

Dalam pemerhatian aku, tak pernah sekali pun R menilai orang sebagaimana aku lakukan. Sentiasa bersangka baik pada orang selagi jahatnya tidak terlihat pada pandangan.

Aku malu.

Dalam pemerhatian aku, R jarang sekali melewatkan solatnya. Apalagi meninggalkan kewajipan itu. Tidak, R tidak pernah, kecuali waktu uzur.

Aku malu.

Dalam pemerhatian aku, R itu orangnya tak pernah berbangga diri, walhal dia mampu. Kerana dia punya segala, dan dia sudah terbang tinggi bagai helang. Namun tetap, dia pandang aku di bawah, dan dikongsikan segala pengalaman, pahit maung mendaki kepada aku.

Aku malu.

Namun itu R. Alunan bahasanya terdengar kasar, namun jiwanya terlihat gagah. Dia punya hati yang halus, tingkah yang bisa dipuji. Andai saja kamu kenal dia, pasti kamu juga tersenyum saat aku katakan ini.

Saat ini, dia bahagia. Di sisi sang helang gagah menerajui mahligai hidupnya. Bakal melahirkan benih cinta perkongsian mereka. Sanggupnya dia, mengorbankan kerjaya yang sudah utuh dibina lama, hanya untuk membahagiakan orang2 yang dikasihi.

Aku?

*
*
*
*
*



Aku malu.

Siapa kita untuk menghukum? Kita sama seperti makhlukNya yang lain, tidak sempurna. Lengkapi insan di sekeliling kita, kerana mereka juga akan melengkapi kita.

Jalan-jalan

Blogwalking..

Satu blog yang aku suke bace, entah sejak bila.. Terbaca kesah cinta dia, buat aku rindu.. Sungguh, terase meluap2 dalam hati.. Dia begitu menghargai kepunyaannye, begitu mengagungkan kisah cinta yang bagi aku terlalu indah.. Mungkin sebab mereka halal antara satu sama lain.. Ingin bercinta sebegitu, tapi tolonglah hati, sabar.. Sikit masa lagi..

Malam ni aku sebetulnya kepenatan seharian melayan tamu dan berkemas.. Tapi hati tak pernah jauh.. Dan buat kesekian kali, aku rindu.. Cepat, datang ke sisi si mereng ini.. :( Owh, dan aku berterima kasih pada pembantu2 dan tetamu2 hari ni, meriah lagi tahun ni.. Tahun depan? :)

Aku dan dia berkongsi harapan..

*gatai*

September 25, 2010

Teman

Satu hari yang dah lama berlalu..

Aku jumpa dia dpn pintu gril umah sewa aku..Dia main panjat2, housemate bukak pintu nampak dia yang riang gembira di situ..Tapi, mane mak dia? Aku bawak masuk, aku mandikan..Aku g jalan kat bawah flat, cari mane2 mak kucing yang nampak serupa, tapi takde..Semenjak itu, aku ada anak, nama die Neko (aka Koko).

Hari ni....

Koko dah besar, dah beranak 3 kali, dah bercucu..tapi baka yang sempat aku selamatkan cuma 4 dari 15 ekor..Yang lain?Aku harap mereka doakan yang baik2 untuk aku di sane..

Dia idup ngan aku selama ni, dia saksi susah payah jerit perih aku mengharung dan mengutip pengalaman hidup..Dia saksi tumpahnya air mata aku, dia setia di sisi bila aku sedih, dia tadah badan dia bila aku ngamuk, dia lahirkan anak2 yang sihat supaya aku gembira ada si kecik lari2 sambut aku balik keje dan sejak ada die, alhamdulillah rezeki aku sentiasa dimurahkan, mungkin doa dia untuk aku, sape taw..Dia segalanya..Tapi, ape yang mampu aku buat untuk die?Kesian die jumpe aku..Tak mampu nak bagi die idup mengikut habitat yang sepatutnya..Koko, tunggu ayong keje, kita pindah umah len..Kat situ kita idup same2 lagi, same macam dulu..Cuma Koko ngan ayong..Even dah ada orang len join kita pastu, Koko ayong takkan biar camtu jek..

Tadi pagi mak marah semua tushing2 aku..Selalunye aku akan marah plak dorang pastu, sebab dorang punca mak marah aku..Tapi pagi tadi, aku pandang Koko kat luar, Koko pandang aku ngan mata biru dia..Ape la guna aku lepaskan marah pada dorang, dorang makhluk tak berakal, dorang tataw pon ape yang dorang wat tu salah..Bukan ke dorang amanah dari Allah untuk aku jage?Hati, sabarlah..Sebab orang2 yang bersabar selalunya akan diberi ganjaran kemudian hari..Aku nekad, korang semua akan aku bawak sama bila aku pindah kuar..Sabar yek?

September 23, 2010

Perkasakan Jiwa

Tips2 perkasakan jiwa:

  • Tidur awal, selewat2nya jam 11pm (xley tdo lewat lg..tsk..)
  • Bangun awal, lebih kurang jam 3.30am - 5.00am untuk membuat sesuatu yang khusyuk.
  • Setiap kali mahu tidur, mesti dalam keadaan bersedia. Berwuduk, menghadap kiblat, berdoa dan memaafkan semua orang.
  • Mandi air sejuk sebelum tidur dan tidur berselimut dalam bilik yang sejuk.
  • Tidur dalam gelap yang pekat tanpa sebarang sinar cahaya.
  • Jaga pemakanan. Ibu segala ubat adalah banyak berpuasa, sedikit makan.
  • Jaga akhlak. Ibu segala amalan adalah diam, sedikit berbicara.
  • Banyakkan bersabar.
  • Menanam rasa takut untuk berbuat dosa.
:: Patut la jiwa aku belum perkasa ::

September 20, 2010

Episod duka + gatal

Salam..

Sebenarnye luahan ni aku tujukan untuk sorang jek, tapi elok jugak untuk dijadikan iktibar pada semua.. Setelah beberapa ari menyakitkan ati orang yang sangat2 aku sayang (dengan alasan yang sangat ngok ngek..sorry..), semalam tiba2 ada 1 mentol menyala dalam kepala otak aku bersama2 dengan satu suara yang menjerit sangat kuat dalam minda dengan ungkapan "Ko giler ke wa wat camni??!Ko nak tengok dia blah camtu jek??Sumer sebab nak layankan ngade ko jek..giler!!" Serentak tu gak aku rase jantung aku macam luruh dari kedudukan asal..eerrrggghh...Rasa yang sangat sakit...Sumpah aku tak nak dah rasa tu datang balik..Hampir 26 tahun hidup kat muka bumi Allah, dan semalam alhamdulillah masih berfungsi akal aku untuk bertindak secara refleks terus pegi cari tepon kat bawah (aku ada 2 nombor, tapi semalam dua2 tak ley call out..haduii..). Dan alhamdulillah, Allah masih panjangkan jodoh aku ngan dia.. (^_^)

So apa yang nak aku kata kat sini?
- Sebenarnye saya kecik ati sebab bende2 kecik, yang sangat remeh, tapi bende kecik tu mampu wat saya kehilangan awak sekejap..stupid me..
- Awak tak perfect, dan saya terlupa sekejap tentang itu..Saya terlupa, saya juga sama.. Sepatutnya saya tutup kelemahan awak dengan kelebihan saya, sebagaimana awak tutup kelemahan saya dengan kelebihan awak..Tapi entah kenapa, saya macam terlupa yang saya tak lagi hidup untuk saya sendiri.. (T_T)
- Saya pernah kata saya bukan macam pompuan yang awak kenal dulu..Saya takkan tinggalkan awak, selagi awak tak tinggalkan saya..Selama 4 hari saya mendiamkan diri, tak pernah sesaat pon saya lupakan awak..Entah kenapa ego saya naik meninggi, sampai buat awak ingat saya tak nak awak lagi..Hakikat sebenar?Huhu..mesti awak gelakkan saya kalo awak taw...

Pengajaran: Wawa, jangan wat camni lagi..Ye, saya janji..Sebab pedih dan sakitnya akibat perbuatan saya, pagi tadi saya bangun pagi ngan mata bengkak..Huhu..

Pengakuan: Mohd. Sufian Hassan, saya sangat sayang awak..Masih mau awak imamkan saya suatu ari nanti..Masih mimpikan awak setiap malam..Hati saya masih berbunga yang sama setiap kali mendengar suara awak, sama macam kali pertama beberapa bulan yang dulu...Maafkan kesilapan wawa, wawa cuma gadis biasa.. Diciptakan Tuhan dari tulang rusuk seorang adam yang bengkok, dan takkan mampu menjadi lurus..Terima kasih kerana masih memberi peluang ini..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...