:: KAMI ::

Daisypath Anniversary tickers

:: KAK YONG ::

Lilypie Second Birthday tickers

:: ADIK BABY ::

Lilypie Pregnancy tickers

September 27, 2010

Teringat....

Pada siapa?Aku namakan dia si R. Teman yang banyak mengajar tentang dunia berlainan dengan dunia yang sedang aku milik. Pertama kali jumpa, impressi pertama aku pada dia adalah, "Ape ni, ko pompuan, tapi ko perokok". Prejudis, ye. Sifat ini aku warisi dari kedua orang yang menjadi penyebab aku lahir ke dunia ini.

*sigh*

Bukan. Aku mengeluh bukan sebab aku menyalahkan takdir yang aku ditentukan Tuhan untuk dilahirkan dari rahim si ibu dengan benih cantuman si bapa. Tidak, sama sekali tidak. Yang salah, aku. Kerana mengikut arus itu, terlalu banyak menelan racun diberi sejak usia kanak2.

Kembali ke jalan citer asal.

Hari kedua, aku mulakan dengan menjadi anak murid R. Belajar cara2 dia menunaikan tanggungjawab yang memberi dia fulus setiap bulan. Semakin lama, semakin terserlah cantik jiwanya. Semakin terserlah santun tingkahnya. R kasar, tidak aku nafi. Tapi di sebalik itu, sebetulnya dia punya keindahan yang tidak aku punya.

Aku malu.

Aku bertudung, mungkin tidak litup, tetapi lebih baik dari R yang langsung tidak, itu kira aku mulanya. Aku tidak seksi, R ya, pada aku. Paling penting, aku tidak merokok, sedang R?Aku kira sehari habis sekotak. Prejudisnya aku, ku kata perempuan merokok itu jahat, seperti perempuan murahan. Astaghfirullah.

Kerana pernah berfikir begitu, malunya aku.

Dalam pemerhatian aku, tak pernah sekali pun R menilai orang sebagaimana aku lakukan. Sentiasa bersangka baik pada orang selagi jahatnya tidak terlihat pada pandangan.

Aku malu.

Dalam pemerhatian aku, R jarang sekali melewatkan solatnya. Apalagi meninggalkan kewajipan itu. Tidak, R tidak pernah, kecuali waktu uzur.

Aku malu.

Dalam pemerhatian aku, R itu orangnya tak pernah berbangga diri, walhal dia mampu. Kerana dia punya segala, dan dia sudah terbang tinggi bagai helang. Namun tetap, dia pandang aku di bawah, dan dikongsikan segala pengalaman, pahit maung mendaki kepada aku.

Aku malu.

Namun itu R. Alunan bahasanya terdengar kasar, namun jiwanya terlihat gagah. Dia punya hati yang halus, tingkah yang bisa dipuji. Andai saja kamu kenal dia, pasti kamu juga tersenyum saat aku katakan ini.

Saat ini, dia bahagia. Di sisi sang helang gagah menerajui mahligai hidupnya. Bakal melahirkan benih cinta perkongsian mereka. Sanggupnya dia, mengorbankan kerjaya yang sudah utuh dibina lama, hanya untuk membahagiakan orang2 yang dikasihi.

Aku?

*
*
*
*
*



Aku malu.

Siapa kita untuk menghukum? Kita sama seperti makhlukNya yang lain, tidak sempurna. Lengkapi insan di sekeliling kita, kerana mereka juga akan melengkapi kita.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...