:: KAMI ::

Daisypath Anniversary tickers

:: KAK YONG ::

Lilypie Second Birthday tickers

:: ADIK BABY ::

Lilypie Pregnancy tickers

August 28, 2012

Berat..

Nak ku imbau detik indah.

Tapi adakah?

Nak ku kenang kenangan manis.

Tapi adakah?

Nak ku ulang saat menyulam kasih.

Tapi wujudkah?




Tertanya2. Dua tahun dulu yang penuh kepuraan.

Hari ini, perkara yang sama diulang2, seolah dua tahun tiada bersulam kepalsuan.



Terlalu berat untuk hati percaya. Apa daya. Aku hanya seorang manusia. Bukan malaikat. Juga bukan maksum seperti para Nabi dan Rasul. Sedangkan kau juga mengulang ayat yang sama. Jadi bagaimana kau mengharap aku jadi seperti yang kau nak sedangkan kau tak pernah jadi seperti yang aku nak.


Sudahkan ku pukul canang dahulu. Sudah ku umum seantero pelusuk.

Bahawa aku ini seorang pendendam. Walaupon kesalahan mu tidak mungkin ku balas dengan kesalahan yang serupa kerana itu bukan aku, tapi melupakan itu sesuatu yang berat dan mustahil.

Aku lebih kenal siapa aku. Dan aku juga tau kau sebenarnya tak kenal aku. Tak pernah kenal aku.

Sebab itu kau minta aku jadi sesuatu yang bukan diriku. Hanya untuk menutup rasa bersalahmu.


TIDAK.


Tidak akan aku percaya lagi sesuatu yang tak pasti.

Takkan ku buka lagi peluang itu untukmu. Peluang yang kuberi hanya untuk kamu buktikan siapa kamu sekarang. Tapi bukan peluang untuk kamu membohongi hati ini lagi.

Cukuplah sekali.


Itu janji ku dulu. Dan kini ku kota.

Terpulang engkau sekarang.

Aku sudah punya harta2 yang aku perlu. Dan aku tak peduli lagi kalau ditinggal sendiri.

Aku dah biasa. Dan mungkin lebih senang.

Pilihnya aku untuk kekal hanya kerana masih bersisa saki baki kenangan dulu. Walaupun bersulam pahit, tapi aku telan untuk meneruskan tanggungjawab.


Masih kecewa. Masih terluka. Masih curiga.


Terima kasih kerana memilih untuk mengambil peluang kedua. Tidak ku paksa.

It's ur choice.


Believe it or not, am growing stronger, day by day.

My Lil' Iman is with me. What's there to be scared of?

August 26, 2012

Kecewa

Besar kecewa yang kamu rasa, besar lagi yang aku tanggung. Berat lagi bahu ini memikul. Berat lagi hati ini untuk percaya. Dan berat lagi telinga ini untuk mendengar.

Kata-kata yang terlalu indah.

Masa mengajar aku, yang indah itu hanya sementara. Dulu aku pernah hanyut. Tapi hati ini sudah keras untuk membiarkan ia hanyut lagi.

Cukuplah sekali.

Takkan ku biar hati ini disakiti lagi.

Takkan ku biar...

Walau janji ku dulu sampai syurga, itu hanya untuk ikatan ini. Hanya kamu yang berkuasa meleraikan. Andai terlerai, maka sampai syurga itu sudah tiada lagi.

Walau ingin sangat akal ini mempercayai, tapi hati sudah tidak membenarkan lagi.

Cukuplah. Cukup sudah.

August 25, 2012

My little one..

Salam..

Anak mama sudah nak masuk 2 bulan. ^__^

Kadang-kadang terasa diri ini emosi. Aku sendiri tak tau sama ada ini pembawakan dari baby, atau am too carried away with my own internal problems. Orang asyik kata "Lupakanlah wa, kalau tak, macam mana nak move on". Senangnya, sesenang bercakap.

Aku dah cuba. Tapi apa daya, hati aku terlalu kuat nak dibanding dengan akal dalam bab-bab ni. Aku cuba melupa, tapi hasilnya aku jadi menjauh, jadi membenci, jadi betul-betul melupakan rasa cinta tu sendiri. Aku jadi tak kenal siapa dia. Aku jadi tak kenal siapa aku. Sepanjang dua tahun yang aku lalui dengan penuh nikmat cinta palsu, yang aku curahkan habis segala rasa cinta dan manja, aku jadi lupa.

Hati aku mengeras sudah.

Yang tinggal hanya untuk anak. Untuk masa depan anak. Dan tanggungjawab yang tergalas atas bahu. Itu sahaja yang ada.

Semoga ALLAH jaga rasa cinta yang tinggal untuk Dia.

Sekurang-kurangnya, dengan ujian yang datang ni, aku sedar. Dan aku makin kuat. Betul kata orang, cinta untuk manusia itu bersifat sementara. Apa lah yang ada, dan apalah yang tinggal. Sekurang-kurangnya cinta untuk Pencipta diri ini membuat Dia memberi segala yang perlu, di saat aku memang memerlukan.

Terima kasih, cinta.

Tapi tinggalkan aku. Kerana engkau membunuh. Dan engkau menyakitkan.

Sungguh, tak mampu untuk menikmati cinta lagi...

Wahai anak, kasih sayang yang ada sekarang untukmu, hingga mama putus nyawa. Ini janji mama.. Semoga ALLAH pelihara kamu dari dosa-dosa masa silam kami berdua.. ^__^

August 13, 2012

Perempuan ke betina?

Salam.

Aku tak tau camne nak start. Kang orang kata aku kutuk 'kaum' sendiri. Tapi ini hakikat yang aku sendiri tau dan tak boleh nak tepis. Lelaki, memang kaum yang takkan tolak rezeki. Ini lebih shilaka dari kucing yang dapat ikan.

Aku tak boleh blah dengan perempuan2 yang dah tau lelaki tu sama ada 'in a relationship', 'engaged to' atau 'married to' tapi still melayan mangkuk2 jamban pam ni. Well, tangan kalau bertepuk sebelah takkan la bunyi kan. Dan aku paling meluat dengan alasan2 "Lelaki tu yang cari aku, maknanya dia tak hepi kot dengan awek/tunang/bini dia", "Ala, lelaki kan bole kawin 4, nak buat macam mana, dah jodoh aku jumpa dia" atau "Aku kawan jek pon, takkan tu pon salah"

Aku sumpah ko kena balik apa yang ko buat dekat orang.

Sebab bila kena dekat diri sendiri, baru kau tau macam mana rasa dia.

Tapi ada satu yang aku tak boleh blah.

Aku tak penah buat dekat orang. Tapi kenapa mesti aku jadi mangsa keshilakaan ini?

Agaknya aku terlalu baik. Mungkin aku terlalu naif.

Tapi sekali aku terkena, sampai mati aku ingat.

Jangan risau.

August 01, 2012

Warna kehidupan

Hari ni. Setelah sekian lama.

Tak tau apa nak dilakar di atas ni. Warna gembira? Warna duka? Semua ada. Tak terhitung di dalam hati. Tak tau sama siapa mau dikongsi. Selepas memikirkan semua tu, satu perasaan timbul dalam hati.

Kosong.

Ye, kosong.

Kenapa? Aku sudah ada semua. Kerjaya, suami, dan bakal punya zuriat sendiri lagi.

Tapi kenapa rase kosong ni terus menghantui?

Umpama mimpi di malam hari. Tatkala terjaga dari igauan, terase nak kujerit pada dunia, betapa aku mau lari. Betapa aku mau mati.

Tapi tadi, aku jumpa kekuatan dalam diri. Jauh di satu sudut dalam badan. Benih yang sedang berkembang, menjadi sebahagian dari diri ini.

"Mama, jangan sedih, jangan nangis. Kan mama ada saya"

Terima kasih Tuhan. Kau beri dia saat aku perlu kekuatan. Kau beri dia saat aku perlu tempat berpaut. Satu2nya anugerah yang mau aku jaga sekarang. Terima kasih atas pinjamanMu ini Ya Rahman Ya Rahim.

Anak, besarlah. Kongsi rasa ini dengan mama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...