:: KAMI ::

Daisypath Anniversary tickers

:: KAK YONG ::

Lilypie Second Birthday tickers

:: ADIK BABY ::

Lilypie Pregnancy tickers

May 21, 2015

Cinta Monyet

Hari ni, aku di alor setar. Makan di kopitiam, lepak2 tengok ragam manusia.

Selang sebuah meja, ada dua gadis sunti. Manis, bertudung litup, lengan baju panjang hingga pergelangan tangan. Atas meja, ada buku2 dan pencil case. Budak sekolah, tgh study group barangkali.

Tak lama, order aku pon sampai. Meja tu, datang 2 org lelaki. Usia nampak lebih tua, mungkin dah lepas sekolah. Tapi tak menampakkan kematangan seorang lelaki. Aku tengok si gadis berdua senyum manis. Malu-malu. Mungkin abe dah datang, nak ajar buat keje sekolah.

Tapi kat mata aku, aku nampak dua lelaki yg bakal menjahanamkan kesucian dan kegadisan gadis2 sunti ini. Di usia 30 tahun, kian mengenal rupa2 lelaki jalang, aku jadi benci tengok lelaki hidung belang serupa ini. Bukan, aku bukan cemburu. Masa aku dah lama berlalu. Aku cuma teringatkan anak dara berdua di rumah. Mereka bakal membesar. Bakal melalui saat2 keremajaan yang sama. Mungkin di hati mereka bakal dihinggap cinta palsu seperti ini. Melekakan. Melalaikan. Dan mungkin bakal menjauhkan mereka dari aku.

Lalu terfikir, apa yang perlu aku buat, Tuhan? Bagaimana cara untuk menjauhkan anak2 aku dari lelaki seperti ini? Bagaimana cara untuk mengajar anak2 aku mengenal bahawa ini cinta palsu? Bahawa lelaki2 itu, kalau boleh dibaca fikirannya, sangat kotor dan menjijikkan?

Teringat emak di rumah. Patut la dulu mak kata, jangan bercinta sebelum habis sekolah. Tapi bagaimana? Cinta itu singgah bukan boleh diminta2, disuruh2, ianya fitrah. Tapi emak lebih dulu makan garam. Emak mengajar aku bahawa lelaki bakal melalaikan. Lelaki bakal menjahanamkan kalau diberi peluang lebih jauh. Dan aku percaya emak.

Cuma, takdir menemukan aku kepada lelaki yg salah. Dan kini aku masih berusaha mengajarkan dia menjadi suami dan ayah. Aku cuba untuk lari, tetapi aku sudah jauh menapak. Pilihan yg ada sekarang ialah memperbetulkan kesilapan kami. Aku tak boleh bersabar hanya dengan berdiam diri. Tak. Emak tak mengajarkan aku begitu.

Aku pandang dua gadis itu. Aku doakan mereka terpelihara kehormatan mereka sehingga sampai ke tangan suami dengan cara terhormat. Lelaki yg boleh dihormati wanita, ialah lelaki yang pandai menghormati wanita.

May 11, 2015

Happy Belated Mother's Day, mama

Mother's day treat for myself.

Menitik air mata nak makan. Sebab tak sangka, lepas 3 tahun kahwin, the father of my girls are no more a soulmate to me.

He's just a housemate.

May 10, 2015

Hari ni Hari Ibu

Hari ni Hari Ibu.

Hari ni hari yg sama je mcm hari2 biasa, bagi aku.

Kerja yg tiada rehat, sampai bila2. Dengan anak2 yang aktif nak membesar, dan suami yang tak paham2 dan tak reti2.

Selalu tertanya, kat mana la kami ni dalam hati dia, dalam hidup dia.

Bosan lah. Aku bosan dah jd sebahagian dari hidup dia. Aku bosan dah hidup mcm ni. Aku nak blah.

Aku bosan nak mampuih. Aku dah takde motivasi utk terus hidup dgn lelaki mcm ni.

April 09, 2015

Family comes first

Satu waktu dulu, aku impikan aku berkahwin dengan seorang lelaki yang mengutamakan family, lebih dari segalanya.

Tapi sayang, dia yang aku kahwini sekarang bukan family man. Kawan2 lebih utama daripada kami.

Kadang aku berkecil hati. Sekecil2 pertolongan dari kawan2, dia ingat sampai sudah. Tapi aku menolong dia dari mula kahwin sampai sekarang, melahirkan anak2 dia, buat keje2 rumah di sebalik kesibukan aku bekerja, masakkan untuk dia dan anak2 di waktu berkelapangan, dahulukan duit yang aku simpan setiap bulan bersama anak2, berkongsi menyiapkan keperluan rumah kerana dia tak mampu tanggung sepenuhnya.

Tapi sepotong kek pun tak pernah dia belikan pada hari anniversary kami. Tak pernah dia belikan sepotong kek pun untuk hari lahir aku. Kecuali kalau aku yang pergi beli sendiri.

Tiga tahun berkahwin.

Dan aku belum pernah rasa bahagia.

Malah makin tertekan dengan perkahwinan yang sedia ada. Mencari jalan2 keluar yang mungkin dapat aku ambil.

Hakikatnya aku bosan.

Bosan dengan jantan.

April 06, 2015

Hari Ulangtahun Kakak Iman

3 April 2015

Ulangtahun kedua Nurul Iman.

Takde doa lain yang mampu aku titipkan untuk anakanda yang seorang ini kecuali kehidupan yang dipermudahkan oleh Allah s.w.t. serta keselamatan dan kesejahteraan walau di mana dia berada, walaupun satu hari nanti aku sudah tiada.

Dalam kepala otak aku sentiasa berlegar segala persiapan untuk anak2, terutama untuk mereka sesudah aku tiada. Kerana aku tak pernah letak harapan pada lelaki itu untuk menjaga anak2 setelah aku tiada. Aku tau, dan aku yakin, dia tak mampu. Daripada segala segi, dia tak mampu.

Teringat tentang hari ulangtahun, aku teringatkan hari ulangtahun perkahwinan aku pada 29/6 nanti. Ulangtahun kebutaan aku menyerahkan masa depan aku pada seorang lelaki yang tak mampu bertanggungjawab sepenuhnya sebagai suami. Ulangtahun kebodohan aku menyerahkan masa depan aku pada lelaki yang bertuhankan setan untuk menundukkan semua perempuan . Ulangtahun kebangangan aku memilih lelaki itu sebagai ayah kepada anak2 aku.

Masa tak dapat diputar. Kalau dapat diputar masa, sumpah, akan aku maki hamun seranah dia pada hari pertama dia menelefon aku untuk berkenalan dulu.

Sungguh, hati bila dah benci, 1000 kebaikan kau buat sekarang pun aku takkan tertipu lagi.

Hidup aku sekarang cuma untuk anak2. Tak terfikir untuk hidup sampai tua dengan kau. Tak terfikir untuk jalani masa tua aku dengan seorang lelaki pun.

Dan takkan aku benarkan 29/6 nanti disambut mulai tahun ni, sampai bila2.

Love no more. Trust no more.

March 11, 2015

Monolog hati mendung

Orang selalu tengok aku kuat.

Orang selalu nampak aku perkasa.

Orang selalu kata aku tak apa-apa.

Tapi aku masih manusia biasa.

Aku masih seorang perempuan.

Jiwa halus, tenaganya lemah.




Waktu2 begini, aku cuma perlukan seorang yang anggap aku perempuan, layan aku sebagai perempuan, lindungi aku sebagai seorang perempuan..

Cukuplah walau hanya dengan memegang kepala, dan menepuk belakang. Cukup dengan hanya berkata "I'm here. I'll listen. Everything is going tu be ok"


Tapi, ada ke orang itu?

March 08, 2015

Perkahwinan tanpa roh

Kadang keliru. Hampir 5 tahun bersama, hampir 3 tahun berkahwin. Tapi masih tak aku jumpa roh dlm perkahwinan ni.

Hati ini tak pernah lagi percaya, sejak dari hari aku bergelar isteri.

Sudah mula bosan dgn rasa hati yg seolah terpaksa bertahan kerana anak2. Sudah mula mencari sebab dan kekuatan untuk bersendiri. Orang sudah mula menegur seolah aku tiada sesiapa, mcm ibu tunggal. Sudah mula rasa mahu menjauhi keluarga yg mungkin satu hari nanti aku bukan lagi sebahagian darinya, dan sudah mula menganggap diri bukan sebahagian dr keluarganya.

Bila lelaki itu serahkan pada masa untuk merawat perhubungan ini, dia tak sedar, dia sudah memberi ruang dan peluang utk hati ni perlahan2 membuang diri jauh dr dia. Nak menyebut perkataan cinta pon terase menyampah, sbb aku tak rase dia pernah rase, maka perlahan2 juga rasa cinta dan percaya yg pernah aku tanam dl hilang bersama masa.

Jangan salahkan aku, lelaki. Kau yg tak pernah peduli utk merawat. Maka perlu apa aku membodohkan diri lagi?

June 15, 2014

31 minggu dan 2 hari..

Adik baby dah nak masuk 32 minggu. Mama still kena pi kerja. Macam biasa. *sigh*

Tak, aku bukan jenis tolak kerja. Kalau boleh, semua aku cuba, atas alasan mahu mencari pengalaman. Dan seperti biasa, orang lain mengambil kesempatan. Apa saje kerja, "ok, Pn. Hazwa in charge", "Bagi Pn. Hazwa handle". Takpe la, aku buat selagi mampu. Tapi tak ke bodoh, di kala perut besar memboyot, badan tak tentu rasa, mood swing sokmo, dan macam2 lagi yang bercampur baur di masa ini, aku masih diberi tugasan sama macam aku ni anak dara. Pegawai bertugas dan pegawai ronda malam dari 8 malam sampai 8 pagi, pegawai operasi, pengacara majlis, pegawai penyelia program dan macam-macam lagi. Itu belum masuk tugas hakiki! (T__T)

Arrgghhh! Letih badan, letih kepala otak, letih segala-galanya. Aku stress. Tapi aku tau nanti akan effect pada baby. Orang kata jangan stress, tapi macam mana??!! Ingat stress boleh dikawal ke? Ingat badan ni boleh buat2 tak stress? Aku tak tau nak explain macam mana pada orang2 yang takde perasaan ni, aku penat tau tak??!! Bagilah kerja yang bersesuaian. Itu je aku minta. Bukan aku minta takde kerja langsung. Tapi, orang tak paham. Orang kata aku tolak kerja. Abes orang lain tu buat apa? Hat anak emas tu, apa kerja dia? Aku kendong anak dalam perot, orang lain kendong teloq jek tau??! Bertimbang rasa la sikit, tu jek aku mintak.

Takpe. Hari ni kau buat orang. Kau ada isteri, kau ada anak perempuan, kau akan ada menantu perempuan. Isteri kau mungkin dah terlepas. Tapi jangan tanya kalau anak perempuan kau, menantu perempuan kau orang buat serupa.

Kau penah buat pada aku.

June 10, 2014

Aku yang kini..

Adik baby sudah 7 bulan. Ini first posting tentang adik. ^__^

Tak banyak masalah emosi waktu mengandungkan adik. Mama masih boleh bertahan dengan semua chaos di sekeliling. Tapi kesihatan mama tak memberangsangkan, sama macam waktu kak yong Iman dulu. Mama masih ada fibroid, dan mama bermasalah dengan hemoglobin dalam darah. Dah sebulan. *sigh* Mama dah usaha makan itu dan ini, tapi masih di tahap yang sama. Mama tak risaukan mama, mama risaukan adik baby.

Ayah dah makin matang sejak ada kak yong. Dan kini adik plak menyusul. Mama harap ayah tak lupa janji-janji ayah pada kita. He said he's brand new. Mama maafkan semua yang dah berlalu, mama bagi peluang, tetapi melupakan tidak sama sekali. Mama mau luka itu tinggal, supaya mama beringat demi anak-anak mama. But anyway, I was happy with him now. And I'm happy with u girls both, kak yong dan adik baby.

Kerjaya, serupa sahaja mana-mana pun. Tak pernah menyenangkan. Cuba untuk berasimilasi bersama keadaan, tetapi mama tetap orang yang kuat menongkah arus, takkan diterima. Tetapi bila dikerah, macam buruh paksa. Kebajikan? Tak siapa yang jaga kecuali diri mama sendiri. So, mama buat kepala mama. Kikiki. Mama harap adik baby kuat macam mama. Mama harap adik baby akan bantu kak yong. Melengkapi satu sama lain. Mama tak tau sampai bila mama boleh ada dengan kak yong dan adik baby. Mama cuba didik anak-anak mama, supaya satu hari nanti, mama boleh duduk dengan bangga melihat anak-anak berdiri tegap dan berlari gagah. I won't clear the obstacles for you girls, but I will teach you how to overcome the obstacles, and you will pass with your own style. My promise.

Cukup setakat ni dulu. Mama memang tak pi opis due to my health condition, tapi mama still bekerja dari rumah. So, time to work.

Adios amigos.

Life must go on..

Assalamualaikum..

Lama giler rasenya menyepi. Dulu aku hide blog ni, demi bertafakur mencari diri dan orang-orang di sekeliling ini. Hari ini aku kembali bersama aku yang sama, tetapi hidup yang baru dan sudah sedikit berubah. Apa-apa pun, update kemudian. Dah tengah malam, jom tido dulu.

^__^

October 03, 2012

Lesson No. 1

Cinta itu tak pernah wujud dalam dunia. Hanya perasaan samaran untuk menutup pandangan mata hati.

Kebelakangan ini aku belajar itu.

Lesson learned well. And I'll never fall for the game twice.



Aku sumpah.

Lebih baik menyahut panggilan Tuhan daripada panggilan cinta palsu dunia.

Terima kasih, Tuhan. Sekurang-kurangnya ujianMu membuka mata.

October 02, 2012

Teman terbaik

Salam.

Arini, while am going thru this very hard time, aku nak sangat ada 2 orang kawan baik aku di sisi. Cukuplah. Hanya mereka berdua.

Orang yang tak pernah tinggalkan aku waktu aku susah. Dan selalu ada untuk kongsi gembira aku.

Even encek husband pon sebenarnya takde tempat special macam tu di hati aku. Cause pernah waktu aku tengah susah, dia lupakan aku. Hakikat. Tak perlu bohong pada diri sendiri.

Waktu takde orang paham aku, hanya mereka yang berani 'mengutuk' dan mempertikai keputusan aku walaupon mereka tau kenapa aku begitu. Orang yang selalu tau maksud setiap keputusan, setiap perbuatan, setiap detik hati, dan setiap kata-kata yang keluar dari mulut aku. Tersurat dan tersirat.

Waktu ini terasa nak menangis berlari kepada dua orang itu.

Tapi aku belom dapat balas lagi jasa baik dorang. Bagaimana mungkin aku susahkan dua orang itu lagi. Malu nak menangis sekali lagi pada mereka. Malu nak mengaku aku rasa seperti berada di bawah skang ni. Sedangkan mereka selalu doa aku berada dalam bahagia.

Betty. Nad. Sungguh, arini aku sangat rindu. Rindu nak bercerita, rindu nak berkongsi gembira ada Iman dalam aku. Dan sungguh nak aku tangis derita sakit di hati.

Teman terdekat aku skang pon tak mampu memahami aku sebaik korang. Suami yang sepatutnya berkongsi jiwa juga tidak sejiwa.

Bagaimana nak aku ganti kewujudan korang?

*sigh*

October 01, 2012

Bunyi tembakan pertama buat Iman

Salam.

Arini pertandingan menembak Jabatan Logistik. Sepatutnya nama aku takde dalam list, tapi kalau dah jiwa polis tu, dengar bunyi orang lain menembak rasa membuak-buak nak pegang pistol. Dalam hati, aku tawakal jek Iman boleh terima norma hidup aku.

Iman anak yang kuat, alhamdulillah. Aku cuba sikit2. Mula2, aku duduk dekat dengan CC, jadi pengasuh untuk tembak HKMP 5.

Oke, Iman boleh dengar bunyi tembak.

Pastu aku try tembak P99 10 butir. Aku try dengar Iman.

Oke, Iman respon baik.

Tambah lagi 10 butir. Dengar lagi.

Iman keadaan baik.

Oke, Iman boleh teman mama menembak. Dapat tembak 40 butir arini.


>_<

Alhamdulillah. Drive pergi balik lapang sasar Bidong pon tak banyak masalah. 14 weeks Iman dah boleh hidup sama mama.

Terima kasih, Tuhan. Berikan kami zuriat yang kuat untuk sama2 meneman kami sementara menghabiskan usia. Berikan kami zuriat sulung yang kuat semangatnya. Semoga Iman boleh jadi contoh untuk zuriat-zuriat kami yang lain. Besarlah Iman, buat mama dan ayah bangga.

Sayang Iman ketat-ketat. Sayang Iman sangat-sangat.

Bila ada seseorang untuk dilindungi, hidup kita penuh dengan makna.

September 27, 2012

Pergi saja

Terima kasih tuk luka yang kau beri
Ku tak percaya kau telah begini
Dulu kau menjadi malaikat di hati
Sampai hati kau telah begini

Berkali-kali kau katakan sendiri
Kini ku telah benci
Cintaku telah pergi

Pergi saja kau pergi
Tak usah kembali
Percuma saja kini
Hanya mengundang perih
Cukup tahu ku diri mu
Cukup sakit ku rasakan kini.

Janji yang selalu ku ingat sampai mati
Kau setia hingga ku kembali

Pergi saja kau pergi
Tak usah kembali
Percuma saja kini
Hanya mengundang perih
Buang saja, kau buang cinta yang kelmarin
Percaya tak mungkin percayamu lagi
Cukup tahu ku diri mu
Cukup sakit ku rasakan kini.

-geisha-

*Tak upaya lagi bertahan. Pergilah wahai lelaki. Biarkan aku seorang mengharung sisa usia. Iman jangan dijadikan sandaran untuk apa yang dah tiada. Dia ada aku. Cukup. Aku boleh didik dia, bagaimana menjadi perempuan dan mengenal lelaki, atau menjadi lelaki yang bisa jadi khalifah, sekurang-kurangnya untuk mama, isterinya dan anak-anaknya. Aku tak mau ambil risiko dikhianati lagi. Emosi aku tak tertanggung sakit luka itu.*

September 25, 2012

Makan malam

Salam.

Mari makan cara sihat mama Iman! >_<

Hehehe..Mudah sangat nak kasik Iman makan, tapi dlm masa yang sama aku rasa sihat dan boleh dimakan Iman :p (ye ke?tah, aku rase la).

Rebus telur, kemudian hancur-hancurkan. Basuh salad dan tomato ceri bersih-bersih. Masa nak makan, just letak telur rebus lenyek tu dlm salad, letak tomato ceri, letak mayonis sket, bungkus salad dan ngap! Hehe..Aku teringat makan korean bbq with salad. Tapi sedihnya tak dapat makan kat sini, dan perut aku pon tak berapa boleh terima. So aku ganti dengan telur rebus dan tomato.

Oklah kan? Iman happy, so mama happy jugak. :)

Beban

Salam.

Dari semalam rasa tak menentu. Rasa tekanan. Rasa bebanan. Rasa nak lari jauh dari semua orang. Pegi bercuti mana2. Sorang. Mungkin patut kata berdua, dengan Iman.

Nak pegi masuk hutan. Nak tengok benda hijau. Nak tutup phone.




Bosan dah dengan hidup macam ni. Hari-hari sibuk dengan kehendak orang lain.

Kehendak sendiri?

Takde orang amik tau pon.

Sibuk-sibuk jaga hati orang. Hati sendiri.

Takde orang jaga pon.



Sungguh. Satu hari akan lari jugak. Pergi jauh yang takde orang tau pegi mana.

Nak duduk dengan Iman jek.

Cuma Iman yang tau apa aku rasa. Cuma dia yang dapat faham.


That's my other half. Only.

September 21, 2012

Jawapan tentang kenapa

Salam.

Dulu-dulu kan, aku selalu rasa, orang mengandung ni mengada-ngada lah. Nak itu lah, nak ini lah, sensitif sana, sensitif sini, ngada-ngada sungguh. Tapi tu la, orang kata jangan mengata orang. Skang? Mengata dulang, paku serpih, mengata orang, skang aku yang kena lebih! Wuwu.

Dan sebenarnya takde sebab musabab pon kenapa orang mengandung ni rasa macam2. Contoh paling baik? Aku. Aku bukan jenis cerewet. Aku jenis bedal sume tolak batu dan kayu. Tapi having Iman inside of me, aku tak boleh makan BANYAKKKK benda yang dulu-dulu aku boleh makan, aku tak boleh bau BANYAKKKK benda yang dulu-dulu takde kisah sangat pon kat bau2 tu, and list still goes on! Urrggghh! Aku dok doa pada Tuhan semoga bau badan encek suami yang selama ni wangi pada aku jangan jadi lain tiba2. Wuwu..

Dulu aku suka sangat kat bau green tea body wash ginvera, tau tak? Tapi skang, bau tu buat aku muntah tiap kali masuk bilik air! Oh my gucci! (Tiru oh my english plak) Last2 baru aku tau, bau apa yang sebenarnya yang tiba-tiba jadi sesuai ngan aku.

Bau barang2 johnson's baby.

Hey, nampak sangat ni selera Iman. Hmmm..She invades me (Oke, not really invades), and then skang sumer selera jadi selera Iman? Oh, kesian la sikit kat mama. Iman tak kasik can langsung, even burger yang mama suka pon Iman tak mau? Aiyoo..

Well, sebenarnya tak tau camne nak explain perasaan, selera dan sensitiviti masa mengandung ni. It is complicated. Aku yang sangat simple, tak cerewet, cuma dari satu segi mungkin panas baran yang tak berapa boleh nak kawal, lepas mengandung aku jadi terbalik! Skang aku sangat cool, kot.. :p Aku rasa aku selalu malas nak marah2, malas nak amik pusing something yang boleh buat aku marah, bila aku marah or terasa aku lebih suka diam dari membebel. Terbalik kan? Dulu aku tak memilih makan, tapi skang MEMANG kena pilih. Dan aku yang dulu tak cerewet pasal barang2 penjagaan diri, skang kena pakai barang2 JOHNSON'S BABY! Huh!

Dari satu sudut, aku sebenarnya nak bagitau kat orang2 kat sekeliling, yang mungkin pelik tengok aku skang, sensitif, cerewet dan lembik, yang aku bukan asalnya macam ni. Aku tak mintak pon jadi camni. Dan sebetulnya pon bukan salah Iman. Ini cuma perubahan hormon dalam badan aku. Macam mana perubahan hormon kat korang2 perempuan masa datang bulan, macam tu la perubahan hormon kat aku, mungkin lebih teruk lagi. Mungkin Iman ada benda yang still tak familiar lagi, yang aku kena bagi perlahan2. Bila salah makan, badan mula jadi lembik.

Hmm..last2 aku pikir, biar la apa orang nak kata. Aku ada cara sendiri nak sesuaikan diri. Aku tengah mencuba. Semua untuk Iman. Aku ada cara nak ajar Iman, maybe tak sama dengan cara orang lain, tapi percayalah, semua ibu nak yang terbaik untuk anak dorang. Percayalah..

(>__<) Mama tau Iman tau. Itu dah cukup untuk mama, sayang..

September 20, 2012

Iman's checklist

Salam.

Cuaca mendung waktu ni. Angin kat luar menderu, tapi teruk lg angin pusing dalam perut aku. Adehh.. Tapi aku seronok eventhou sakit. Sebab sakit tu bagitau, Iman ada, Iman nak something or Iman reflect to something. Macam masa dia reflect bila dengar ayah mengaji untuk dia. ^__^ Or masa dia reflect bila aku lambat solat :O Iman baru besar buah plum, korang tau? Tapi, aku boleh rasa anak ayah ni banyak akal dia. Serupa ayah. :p

Waktu-waktu sakit, waktu-waktu rasa tak selesa, aku lebih seronok melupakan sakit tu dengan tengook barang baby. Hehe.. I guess Iman like it too, sebab perut terus rasa oke bila tengok barang untuk dia. Iman, Iman.. Banyak mama kena belajar nak pujuk Iman ni. Tapi susah jugak, mama tak boleh wat keja la camni. Wuwu..

Oke, tujuan sebenar apdet arini sebenarnya nak kongsi dengan checklist yang aku (dengan bantuan Iman kot :p) buat semalam bersama sedikit peringatan daripada ayah :) Wooo..excited nak beli barang Iman!! :p I guess semua yang 1st time bergelar emak, ibu, mama or whatever they want to be called rasa perasaan excited nih. To have a baby inside u adalah pengalaman yang seumur hidup mungkin beberapa kali je dapat rasa. Syukur kami diberi peluang dan rezeki sepantas ini. :)

Oke, mari kita lihat senarai checklist mama untuk Iman :)


  • Baju + Seluar (Pendek)
  • Baju + Seluar (Panjang)
  • Romper (if tak tau, sila tanya pacik gugel)
  • Mitten + Booties
  • Bips
  • Barut
  • Topi
  • Napkin
  • Diapers
  • Baby Wipes
  • Bedak Baby
  • Losyen Baby
  • Baby Wash
  • Baby Oil
  • Sikat + Baby brush
  • Cotton Bud
  • Nasal Aspirator
  • Nail Clipper
  • Methylated Spirit (ni org kata hospital bekalkan nanti)
  • Grape water
  • Minyak Yu Yee
  • Vicks
  • Termometer
  • Drapolene Cream (untuk sapu kat punggung baby takut ruam bila tak sesuai pakai sesetengah diaper)
  • Selimut Baby
  • Bedding Set
  • Kelambu
  • Carrier
  • Stroller
  • Car Seat
  • Baby Sling
  • Nursing Cover
  • Bouncer
and the list still goes on, cuma tengah pikir apa lagi :p


Haa..Banyak kan? Oke, ni baru barang dia. Barang mama? Nak berpantang, nak breast feeding bagai. Manyak woo..Tapi takpe, aku suka. Hehe.. It is a new experience, and I can't wait til the time comes. :) 

Tapi, dalam keseronokan aku nak ada Iman, aku tak boleh kata aku tak sedih dan simpati pada seorang kawan. Baby dalam kandungan dia sebaya dengan Iman, dah besar macam Iman. Tapi sayang, dah ditentukan Tuhan umur dia tak panjang. Cuma sampai 11 minggu jek. Sedih, tapi emaknya lebih sedih. Aku faham perasaan dia, sebab aku sendiri ada Iman. Dalam pada ramai yang meratap, mengenang nasib diri yang keguguran anak atau still tak boleh mengandung, ramai orang yang senang-senang dapat anak, tapi buang anak, bunuh anak yang baru lahir, sedangkan budak tu tak berdosa satu apa pon. Lebih baik 'derma' anak tu pada orang2 yang nak anak ni ha, lebih baik daripada kau sia-siakan hidup dia.

Kasi pada aku pon aku terima. Aku memang la garang. Tapi tak terlintas lagi kat hati ni nak buang-buang budak kecik, sedangkan kita yang dewasa ni lebih punya kuasa daripada dia, dan patut kita yang melindungi dia. 

Aku harap Iman tau banyak mana sayang aku pada dia. Happy 13th weeks, my dear Iman. Mama doa Iman besar dengan sihat, sempurna dan cukup sifat. Semoga Iman dapat hirup udara dunia mama satu hari nanti. Mama tunggu Iman, oke? :)

September 04, 2012

Nakal.

Salam.

(>.<) Hehehe. Apesal muka hepi? Tatau.

Ditanya seorang teman pada aku, "Seronok tak wa ada 1 lagi nyawa dalam perut?"

Terdiam.

Macam mana nak aku jawab. Takde kata2 mampu describe perasaan aku masa ni. Cuma yang pasti, setiap kali buat aku teringat pada mak.

Begini rupanya mak rasa dulu. Dulu masa kecik, aku selalu ingat mak tak sayang aku. Aku memang la nakal, tapi pikir aku masa tu, takkan la salah kecik macam tu pon nak marah. Aku silap. Dah besar, baru aku sedar kenapa mak buat macam tu. Dan bila ada satu lagi nyawa tengah membesar dalam badan aku, aku makin rasa apa yang mak rasa.

Iman baru 2 bulan umurnya kalau nak dikira. Tapi alahan2 yang datang buat aku jadi bukan aku. Hati aku jadi marah. Aku takleh buat keje. Aku jadi takde tenaga. Aku jadi lembik. Dan aku tau aku bukan macam ni asalnya. Hati jadi marah.

Tapi marah ini bukan pada Iman. Tidak sesekali. Walaupun aku tau Iman penyebab sakit tu. Tapi selebihnya aku marah diri sendiri. Sebab tak cukup kuat untuk tahan sakit ni. Tak cukup kuat untuk carry Iman. Bila marah, aku jadi nak buat yang lebih baik. So aku paksa diri. Macam semalam, aku paksa keje, sampai tak pegi makan tengahari, dan malam aku kasi Iman fast food sebab badan dah letih nak masak.

Sampai pagi ni, Iman meragam. Kesian Iman. Aku yang salah, tapi Iman jadi mangsa. dan aku pikir, mak dulu begitu. Waktu dia marah aku, selebihnya dia marah diri dia sendiri. Sebab pada dia, dia tak ajar aku dengan baik. Sebab tu, dia tak marah pada cikgu yang rotan aku. Dia tak marah pada pakcik2 yang mengadu kata aku nakal. Tapi selepas habis dia marah, dia merotan, kemudian dia menangis. Mungkin menyesal. Mungkin marah pada diri sendiri. Selepas tu, dia masuk bilik masa kami tidur, dan disapu minyak ke badan aku yang berbirat. Dia halakan marah dia pada apa yang dia punya. Sama macam aku.

Maafkan mama ye Iman. Mama tak berniat nak halakan marah tu pada Iman. Mama sikit pon tak marah. Mama tak sengaja. Iman paling dekat dengan mama skang, maafkan mama Iman jadi mangsa marah mama pada diri sendiri. Jadi hari ni, aku reward Iman dengan rehat2 di rumah, makan bila dia mau, dan tak paksa dia untuk kerja berat sama aku.

(>.<) Mama sayang Iman. Itu je yang Iman perlu ingat.

Sama macam Omma sayang mama.
:)

September 03, 2012

Rindu..

Saya rindu nak tengok keletah Muhamad Rafiq.

Saya rindu nak main sama Muhamad Arrayyan.





Yang lebih, saya sebenarnya tak sabar nak tengok Iman main dengan abang2.

Iman, semua orang tunggu Iman...


(>.<) Mama pun..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...