:: KAMI ::

Daisypath Anniversary tickers

:: KAK YONG ::

Lilypie Second Birthday tickers

:: ADIK BABY ::

Lilypie Pregnancy tickers

December 31, 2010

Air mata dan wanita. Kami kawan baik :p

Saat diciptakan wanita, Tuhan membuatnya menjadi sangat utama.

Diciptakan kepadanya bahu, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, namun bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Diberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali ia menerima cerca dari anaknya itu.

Diberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah berputus asa.

Kepada wanita diberikan kesabaran untuk merawat keluarganya, walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.

Diberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun, walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya.

Perasaan kasih sayang ini yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang mengantuk menahan lelap.

Sentuhan kasih sayang ini yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

Diberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Menjadikannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

Diberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

Dan akhirnya..

Diberikan kepadanya air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus diberikan kepada wanita, agar dapat digunakan bila pun dia inginkan.

Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya air mata ini adalah air mata kehidupan.

*
*
*
*
*

:: Bila air mata itu tumpah, sebenarnye itu usaha untuk mengeluarkan segala resah dan kelemahan dalam hati. Bila ia kelihatan, itu usaha untuk menenangkan emosi supaya mampu membuat keputusan dengan waras. Bila wanita menangis, biarkan. Itu jek senjata yang kami ada untuk mengalahkan gelojak jiwa dan perasaan. ::

December 30, 2010

Curahan isi hati yang duka lara....

Kadang2 penat menjage hati orang. Penat asyik beralah. Penat jadi orang yang selalu salah.



Sakit hati.

Sakit otak.

Sakit jiwa.

Sape yang taw?








Asyik nak kene jage hati orang. Abes hati aku? Ade sape2 tolong jage?

Kucing pon pandai pujuk, pandai 'mintak maaf' bile die taw aku marah, bile taw die salah. Tapi manusia? Malas nak sebut perkataan tuh, wat tambah dosa.


Menyampah.


Cepatlaa mase, aku tunggu saat ko tiba. Dah tak larat nak duk tengah2 komuniti ni.

December 28, 2010

Errrkkkk??

Semenjak dua menjak ni asyik sakit belakang. Tataw sebab salah tido ke atau salah postur badan (aku suke membongkok). Adehh...

Dah lame kan tak posting pasal kucing kan? Hehehe. Neh macik nak citer neh. Kucing umah macik dah berduyun-duyun. Adoii. Poning palo mak aku. Sampai kene telan pil perancang la induk2 umah ni skang. Kot tak, memang cam kilang. Sampai musim jek, berderet kittens dalam umah. Wuwuwu. :p Jap, lepas ditambah tolak, kucing aku skang total sume 24 ekor (termasuk 2 ekor kucing tumpang yang tataw mane datang, tapi sebab kecik takde mak, aku bawak masuk skali). Wohooo.. Ade sape2 rase nak bela kucing? Meh amik sekor dua. ^_^

Kelemahan aku ialah takleh tengok kucing terbiar. Tapi jangan kucing jahat la, memang takde kesian2. Tapi kalo datang wat muke comey cam puss in boots tu, kompem macik hangkut bawak masuk umah. Errggghhh. Kan dah berduyun, nak buang tak sampai ati. Ilang sekor pon aku dah risau. Camne la haii..

Ade orang tanye, "Dah taw tak larat bela banyak2, nape amik gak?" Isy, camne aku nak terang. Bukan sebab aku suke giler kat kucing, ade mase2 aku marah gak kucing2 ni biler nakal. Tapi sebab tak sampai ati. Korang nampak jek aku garang+ganas camni, tapi hati macik ni lembut k? Aku susah hati tengok kucing2 kecik terbiar tepi jalan takde mak. Ni pon ade 2,3 ekor kucing kat luar aku curi2 bagi makan. Nak bawak masuk takut abah marah. "Ramai2 kucing dalam umah ni, umah pon dah bau kucing" abah cakap. (T_T)

Kesian kucing2 ni. Sok kalo aku masuk pusat latihan, sape la nak nengok dorang. Mak keje. Nak harap si eppie ni, huh! Yela sangat nak jage.

Cakap pasal pusat latihan, lambat plak dapat surat. Pape pon setelkan satu2 peristiwa dulu k wa2? :D Lalalala~

:: Entry borak2 kosong takde hala tuju. Sesaje gatal nak apdet. Adios amigos! ::

December 27, 2010

Masa....fuhhh, bergerak2! :p

Arini sangat hepy. Source of happiness: Encek bomba

^_^ Can't wait!

Oke, mari masuk ke topik asal.

23hb Disember lepas, kawan aku Arep Nordin selamat bernikah ngan cik Huda. Tahniah2! :) Sory bangat cos tak dapat datang. Asalnya aku memang nak datang, semangat bagitaw encek bomba. Tapi pikir punye pikir, aku bukannye bergaji, sah2 duit banyak nak pakai untuk event akan datang. Event ape? Nanti cerita eh? :p So, nak tak nak aku kene akur ngan keadaan diri sendiri untuk tidak menghadirkan diri ke kenduri arep n huda. Sory ek? Nanti aku kirim wedding present kat arep jek.

Arep ialah kawan baek encek bomba, merangkap orang yang bertanggungjawab menjadi orang yang mengenalkan kami. :) Aku kenal arep mase kat kem 515, lepas tu cume berhelo2 kat fesbuk same tepon, n arep ngan bersungguh2nye mengenalkan aku same encek bomba. The rest of the story biar la jadi memori untuk aku ngan encek bomba. :)

Sangat rugi tak dapat datang kenduri arep. Cause my lovely boyfie jadi best man die pada hari tersebut dengan pakai one dress. Errgghhh. So orang len yang nampak die emcem2 pada hari tersebut, not me. :( Takpe, takpe, berkorban untuk sesuatu yang lebih baek yang akan bertahan untuk selama2nye insyaAllah. :D


Cepatlaa mase berlalu!! :p Hikhik.

December 23, 2010

Am gay. Where the heck is 'ok'?

Salam..

It Gets Better in Malaysia. Is that so?

Ape yang golongan2 penyokong 'seksualiti merdeka' ni perjuangkan? Ape yang aku paham, dorang cuba untuk memberi sokongan kepada golongan gay dan lesbian kat Malaysia ni bahawa masih ade orang2 yang terima dorang2 ni. Tapi sokongan ke arah ape? Untuk terus jadi gay/lesbian atau berubah menjadi normal balik?

Kes ni lebih kurang macam penagih dadah. Golongan macam ni selalu kate dorang disisih masyarakat, sebab tu dorang tak dapat kekuatan untuk berubah, sebab yang terima dorang cuma golongan dorang jek. Betul. Aku sokong kenyataan tu. Jadi ape yang geng 'seksualiti merdeka' ni cube wat ialah memberi tempat untuk orang2 songsang ni untuk mendapatkan kekuatan dalam masyarakat. Cumenye pada aku cara dorang ni salah. Dan aku wat kesimpulan pengasas kumpulan ni ialah non-muslim. Cause if dorang ni muslim, golongan songsang ni patut dibantu dengan cara berlainan. Bukan dengan mendabik dada mengatakan "I'm gay, n I'm ok". No. That's not it. U're gay, therefore u're SOOOOOO NOT OK. Dalam Islam dah kate golongan songsang ni golongan dilaknat Allah. Dorang kene ditolong untuk keluar dari masalah, bukan menyokong ape yang dorang wat.

I got few gay friends. Pernah ditanye kenapa dorang jadi macam ni. Katenye naluri. Tak boleh nak wat ape, Allah yang tentukan jalan hidup dorang camni. Tapi pernah ke dorang terpikir, itu ujian dari Allah untuk dorang? Doakan korang sempat bertaubat ye kawan2. Dorang ni taw pasal agama. Dorang solat, ade yang boleh jadi imam (tapi aku tak pernah berimamkan dorang la, takut beb, kang tak sah solat aku, naya), kalo dilihat luaran cukup baek. Tapi sayang bile masuk bab nafsu, dorang abaikan agama. Same jek kalo yang straight pon, zina. Na'uzubillah.

Tapi dorang2 ni kalo makin dicaci, dikeji, dorang akan menyisihkan diri. Makin disokong, lagi la terok menjadi2 aktiviti 'cik cur' dorang. So ape kite kene wat? Try jadikan dorang kawan, 'racun' sket demi sket supaya dorang berubah. Yang penting, keinginan dorang nak berubah sebenarnye ade, tapi takde kekuatan. Jom la same2 tolong, kesian tengok deme ni. Apelaa, belasah barang yang ko dah ade, nak watpe? :p

Allah s.w.t. jadikan makhluk kat dunia ni semua berpasangan. Lelaki dengan perempuan. Jantan ngan betina. Nak watpe cari yang sejenis, rugi beb. Hikhik.

December 19, 2010

Episod konvo dan kegedixan

Arini saya berjaya masuk ke dalam Lim Kok Wing (LKW). Kazen saya graduate. Eh, baek tetibe bahasa aku kan? Hahaha. Meh masuk sesi mengutuk. ;p

Aku tak pnah masuk ipts yang len, so aku tataw la dorang camne. Tapi ni LKW nye citer. Mak aku teman mak uda masuk untuk tengok Siti amik diploma. Pendapat peribadi aku, mak abah aku dan adik2 aku (yang dah bese tengok majlis graduasi ipta), memang FAILURE giler. Huh! Bayar mahal, majlis out! Protokol majlis? OUT! Perjalanan majlis? OUT! Susunan pelajar dalam dewan? OUT! (Kazen aku citer kat dalam siap kne kongsi 4 orang 2 kerusi. Watdefish?) Banyak lagi, sampai la aku tengah taip post ni, mak abah ngan nenek tengah dok ngutuk lagi. :p Nak citer pon penat. Macam majlis pemberian hadiah akhir tahun sekolah rendah. Eh, aku pon dah banyak kali attend, takyah masuk LKW. Kesian kat kazen aku, pengalaman konvo cam $#&*%. Naseb la, sape swuh masuk situ. Huhu..

Budak2 yang under Felda punye scholarship sumer konvo arini. Mak seperti bese memang seorang peramah, abes die tanye sume kiri kanan die dari felda mane. Mak memerhati, pastu bercerita la bile balik. Sory la, tapi siyes aku cakap, budak2 felda KEBANYAKAN memang culture shock, bergaya KALAH OMPUTEH. Heh! Weyh, aku duk selangor kl ni dah 26 tahun, dorang duk cyberjaya baru 3 tahun, tapi gaye mak aih. Ni kalo duk obersi aku tataw la plak pe citer. Haduii... Takde niat nak ngutuk, mak ayah aku pon orang kampung, bukan orang bandar. Tapi bapak aku ajar "Biar orang ikot cara kita, jangan kita ikot cara orang" Kecuali la kalo orang tegur tu untuk kebaikan, tu memang kne terima. Aku memang pesen keras kepala, abah yang ajar. Tanye encek bomba, aku memang keras kepala (plus kuat menjawab ;p). Ni kita taw kita elok, orang cume kate kite pesen tak up-to-date, kite dah gelabah? Ek eleh. Pastu dah mula tukar pesen sane sini. Aku puas brain wash adik2 spupu aku yang dari kampung "Kite ni orang susah. Wat cara orang susah" aku kate.

Ok, abes citer pasal LKW nye konvo. Masuk citer pasal antaran kawen. Tadi mak aku boleh la plak pasang telinga ade sorang makcik melayu ni bercerita ngan makcik cina.


Makcik Cina: Eh? Hantaran kahwin tu ape? Saya dengar melayu kahwin ade hantaran kahwin.

Makcik Melayu:
Owh. Hantaran tu hadiah yang pihak lelaki bagi pada pihak perempuan pada hari perkahwinan.

Makcik Cina:
Owh. Biasa berapa eh hantaran kahwin?

Makcik Melayu:
Eh tak tentu. Bergantung pada perempuan. Macam kalau anak saya ade diploma ni, lebih 10ribu. Kalau ade degree maybe 15ribu.



Mak aku dengar dah menyirap. Ni hidup2 kne bohong makcik cina ni. Mane ade orang tetapkan camtu, ngko ngan suku sakat ko jek kot. Slang makcik melayu dipercayai orang Penang. Hahaha! Sory eh, aku takde cakap pape, kalo korang paham ape aku tengah pikir, paham laa.. :p Ni nak meniaga anak ke hape ni. Naseb baek aku ni anak mak aku. Mak aku orang johor. Hikhik. Pikir logik sket bole? Sok anak makan pasir lepas kawen baru taw.

Balik2 bukak fesbuk, aku ternampak ini kat home. Cayalaa korang kanak2! Aku memang suke teguran2 ni. Menggedix, menggedix dan menggedix bukanlah cara kita. So, pikir-pikirkan, dan selamat beramal! :)

Sambungan:

December 15, 2010

An appreciation

Petang tadi Puan Nad my bestie pos status ni kat fesbuk:
"If you have a wonderful husband, fiancé, or boyfriend that works hard to take care of you and would do anything for you, then re-post this as your status to give the honest good men out there the recognition that they deserve. Because great men are few and far between, and I have one of them."

Nad, as lovey-dovey as usual. :)

But yeah, I do agree with her. Cause aku sendiri taw camne Alan sayang Nad. She's lucky to have him. And she reminded me of someone who's very far yet very near n dear to this heart of mine.

:)


To my chenta hati, thanx for giving me a chance to love u. I know am not perfect at all, always annoy u and piss u off, always says some stupid stuff during my PMS ,then take it back. Yet, u still love me. For that, I post this as my appreciation to u, and that am blessed because I've already found one honest good man, although great men are few, but I manage to steal one to be put in my heart. Am dreaming of having u by my side forever, Encek Mohd. Sufian. I know u've and u'll work hard to take care of me and I know u'll do anything for me, as u've done much already.

And I hope u'll never find a girl that cares and loves you more than me. Owh, saya yang semulajadi penjeles. Wuwu~

;p

Thanx again, my dear.

December 14, 2010

Isy, salah ke?

Kenape bile kite share knowledge ngan orang, tapi knowledge yang diberi tu tak memihak kepada die, kite dikate dengki? Kenape orang tamaw terima ilmu? Kenape orang lebih suke ambik ape yang ade advantage pada diri sendiri dan tamaw dengar ape yang memberi advantage kepade orang len?





*sigh*





Ye, aku pon kadang2 same. Meh la muhasabah diri weyh.



Sory, aku sekadar berkongsi ilmu yang aku dapat dari Encek Aidid. Dan aku paham sedari juga berkongsi pengalaman menggunakan produk kesihatan atau lebih tepat lagi supplement tersebut. Niat of cos maw menjual, kan? kan? Tapi pada aku tak perlu la padamkan komen aku, aku cume bertanye dan berkongsi info dari blog encek aidid. Tak salahkan kalo orang len membace gak? Lagipon post tu untuk mengingatkan sume orang supaya berhati2. Jadi, aku ingatkan la. :)


Kalo kite betol2 sayangkan orang2 di sekeliling kite, kite mesti maw yang terbaek untuk mereka. :) Pikir-pikirkan. Jangan sampai ade yang rosak kerane fahaman kite.

Untuk renungan bersama...

Sengal, sengal, sengal

Salam..

Terlebih dulu, aku nak tekankan kat sini, aku tak berniat nak bias ataupon menyokong. Ye, aku anak polis. Dibesarkan dalam suasana tegas dan ayat2 pedas. Maybe sebab tu aku tak lembut macam anak2 pompuan orang len. Tapi aku tak penah kesah pasal tu. Ape yang aku kesah, bile orang start mengate polis mengikut sesedap mulut die tanpa memikirkan perasaan orang len.

Attachment 1:

Attachment 2:

Benarkan aku bertanye:

Polis bukan manusia ke?
Polis ni robot ke?
Polis ni takde family ke? Takde life?
Polis ni hamba abdi korang ke?

Aku paham niat setiap satu pernyataan dorang2 ni terhasil sebab ketakpuashatian dorang terhadap servis yang dibagi. Tapi sedar ke dorang setiap tuduhan tu terlalu sakit nak diterima oleh orang macam aku?

Yang dulu mase kecik2 ditinggal ngan adik2 waktu malam, dipesan kunci umah, jage adik2, jangan tido mati, alert ngan itu ini, sebab mak abah aku polis yang kene jage umah orang len waktu malam, kene kejar penjenayah waktu malam?? Umah orang len dorang pegi jage demi sesuap nasik, sedangkan anak2 terpakse ditinggal berisiko takde siapa jage kat umah.

Yang setiap kali plan nak pegi bercuti tapi jarang2 dapat sebab mak ngan abah dapat last order amik kes jenayah atau cuti dibeku serta merta tanpe ape2 notis pendahuluan? Dan macam2 lagi ke-tidakbest-an hidup yang aku ngan adik2 rase dari kecik.



Dan dorang2 ni bercakap seolah2 organisasi yang MAK BAPAK aku curahkan keringat tu serupa TAKDE GUNE SATU SEN HARAM PON PADA MASYARAKAT!

Abes kenape mak abah aku bekerja macam nak mati selama ni?




Giler aku benci ngan orang2 yang sewenang2 menghukum tanpe periksa. Ye, aku taw ade ramai yang mangkuk dalam organisasi. Tapi kenape palitkan taik tu pada sume?

Pada aku, kite semua ade peranan masing2. Kalo korang sendiri yang bukak peluang kepada penjenayah, kenape nak salahkan polis sebab tak dapat tangkap penjenayah? Adekah fungsi polis serupa jaga atau private bodyguard untuk setiap orang, so setiap 1 orang awam tu nak kene dijage, diikot bontot nye ke hulu ke hilir?



Aku bagi contoh:
Anak perempuan umoq 8 tahun pegi pasar malam sorang2. Mak ayah ade kat umah, wat tak taw anak nak ayam goreng kat pasar malam cakap "pegi la beli sendiri". Anak kne culik. Ayah wat repot polis lepas 24jam hilang sebab tak jumpe cari. Beberape ari lepas tu, jumpe mayat anak. Ayah marah pihak polis sebab tak wat keje, tak dapat cari anak die sampai anak mati kne bunuh. Keluar kenyataan kat sokkabar kate polis tak ambik berat soal kes kehilangan anak.

Persoalan:
Di mane punca masalah?

Aku bagi korang jawab sendiri. Aku dah letih nak bagi orang2 camni berpikir cara MANUSIA. Dey, kucing aku pon pandai jage anak la weyh! Anak die lari sket ke depan pon die kejar taw dak? Nape perlu aku samekan manusia ngan haiwan? Gile hina kalo haiwan lebih pandai pikir dari kita manusia.

Semua masalah berpunca dari diri sendiri. Semua peluang untuk penjenayahan diberi oleh kite2 sendiri. Jangan tuding jari kat orang len. Polis cume penguatkuasa yang menjalankan tugas menguatkuasakan undang2 berdasarkan hak dan kuasa yang diberi. Tapi kalo bukti tak cukup, jejak takde, ko ingat polis ni superhero ke? Dorang manusia beb, macam kite gak. Nak kne p cari satu2, tu baru 1 kes. Abes ade bape banyak kes kat setiap daerah? Anggota bape ramai plak? Setiap anggota bukan kne wat keje am. Semua ade peranan masing2. Tak paham organisasi jangan bising. Ko kalo kerani pon bising kalo tibe2 bos swuh p cuci tandas, kan? Memang ko gune tandas ari2, tapi bukan keje ko nak bersihkan. Eksekutif pemasaran takkan nak p turun padang wat design untuk satu2 projek walaupon die same2 uruskan projek tuh, ade banyak projek lagi nak handle. Same la ngan polis.

Kate orang, duit tax yang dorang bayar pada kerajaan tu la gaji untuk pihak berkuasa yang kononnye tak reti wat keje ni. Tapi taw dak, setiap sen yang mak abah aku dapat, aku taw hasil titik peluh dan keringat 30 tahun berkhidmat. Aku percaye duit yang mak abah aku bawak balik lepas keje berhempas pulas tu halal, dan sebab tu aku adik beradik masih jadi orang. Tu memang gaji yang layak dorang dapat ngan risiko keje yang dorang hadap hari2.

Jangan bagi aku dengar orang kate macam ni depan muke aku. Mengate polis lepak balai takde keje, dok melangut tiap2 bulan dapat gaji. Aku sula sape yang cakap camni. Depa manusia beb. Yang akta buruh kate maksima boleh keje pon 12 jam sehari, dan sekiranye lebih adalah atas keinginan sendiri. Tapi dorang sume penah keje 24 jam non-stop beb, atas arahan, bukan kehendak sendiri! Dan takde OT. Takde elaun tambahan. Dan dorang takde alasan untuk menolak arahan sebab dah bersumpah untuk sedia berkhidmat. Tapi dorang tetap manusia. Ade kelemahan dalam setiap satu orang.

Korang try wat macam dorang. Try masuk organisasi, baru bole cakap. Kalo setakat cakap dari luar, tak penah try taw camne cara dorang keje, yang bile aku cakap camni korang akan cakap "Pehal plak nak swoh aku masuk polis? Sape swoh dorang nak masuk polis, nasib la kene keje camni". Siyes, otak ko lagi kecik kapasiti dari otak lembu.

Pegi ngaji balik beb. Start dari darjah satu. Maybe korang bole belajar balik tajuk "Fitrah Manusia" dan "Hidup Bermasyarakat" kat mane2 subjek.

Sory, ni entry melepaskan marah. Tak suke, aku pon tak pakse bace.

December 12, 2010

Weekend yang hening

Assalamualaikum..

Meh nengok ArRayyan yang dah nakal giler2, dan dah pandai alih2 perabot kat umah. --> Note: Umur die baru setahun sebulan dan baru pandai jalan.



Rancangan deko bersame eric dah tak fofuler. Ni die eric punye apprentice. Hehe.

Owh, aritu sebenarnye janji ngan eppie nak masukkan gambar ni:



Eppie dah beli gitar letrik kat Endah Parade. Kebetulan mase jalan2 kat sane, ternampak laa bunting ni. Bunting ni bunting kedai dan sekolah muzik kat situ, tapi Eppie bukan beli gitar kat sini laa. Aku ngan Eppie dah terkekeh2 gelak, pasal name die Chopsticks Talent School. Siyes, aku terbayang kedai makan dulu. Kalo korang, korang pikir ape? Same kan? Sampai umah pon kitorang duk ngutuk2 lagi.






Tadi aku saje2 la gugel "Chopsticks". Aku jumpe ini.





Hahaha! Skang sape yang mengong? Haduii, nampak sangat la noob nye kami2 orang. Maafkan kami yek encek tuan punye kedai? Huhu. Isy, len kali jangan ngutuk orang la adik! Ko nih... :p

December 08, 2010

Ko ingat keta ko import dari uganda, aku takot?

Lesen aku masuk bulan ni dah berusia lebih kurang 3 tahun 6 bulan. Baru. :) Tapi jangan pandang rendah same aku. Orang yang lesen berbelas tahun pon penakut bawak keta, takley jalan jauh. Terer lagi aku. :p

Ok, tu bukan point yang aku nak bagitaw. Pointnye ialah sikap orang bawak keta.

Apsal la susah sangat nak kasik signal?

Aku penah tanye ngan sorang member laki. Jawapan die: "Tak cool dowh wa bagi signal. Macam budak baru lepas JPJ. Orang terer cam aku mane layan signal2 ni."

Jawapan aku: Kepale lutut ko!!

Weyh, signal tu di-invent untuk kemudahan pemandu bagitaw orang len yang die nak tukar lorong atau nak masuk lorong kiri or kanan. Ape kene mengene ngan cool ke tak cool??!!!

Sory, aku tak paham cara otak mangkuk2 yang jawab camtu berfungsi. Tak kesah la laki ke pompuan ke melayu ke cina ke india ke ape bangsa skalipon la. Tapi siyes, camne la otak die function?

Aku dah bape kali nak eksiden pasal mangkuk2 hayun yang suke men tukar2 lorong tak kasik signal ngan muke selambe padahal aku rapat gile kat belakang. Dulu aku biar jek, lantak ko la. Tapi skang sory. Aku potong, kasik hon panjannnngggggg. Padan muke. Giler menyusahkan orang len. --> Note: kalo kat klang ni, slalu yang wat camni nyonya2, panas jek aku tengok muke selambe derk dorang.

Beb, have some courtesy la sket. Len la kalo otak ko mampu kasik telepati "Aku nak masuk lorong ko ni woi, jage cik salmah, jage", bole la aku terima. Ni angin takde, ribut takde, taw2 syyuuu masuk camtu. Akai ada ka?

Hisy, kengkawan, sila jangan wat camni. Nak wat bole, tapi make sure atas jalan tu takde keta len selain keta ko.

Tak bek weyh tambah dosa. Kalo eksiden, dah konpem2 ko salah. Kalo mati orang belakang tu? Tambah lagi satu. Kalo tak mati pon, kene sumpah ngan orang belakang? Tambah lagi share dosa ngan orang yang menyumpah tu.

Akhir kate, ko bli la kete besar, gabak, canggih, elite tara mane pon, tapi kalo signal tak pandai gune, serupa ko bawak keta sorong. Bakaero. Bli keta import, besar, cantek, banyak function, tak pandai gune. Kesian. Huh! Baek kasik keta tu kat aku, aku pandai gune. :)

Nota kaki: Nak wat garang bole, tapi make sure dalam keta ade stereng lock yang keras dan mampu korang hayun kalo pape hal. N make sure korang ade backup bek punye. Road bully kan banyak. Bahaya worr.. Aku, korang jangan ikot. Aku ade lesen besar nak backup. Kuikuikui.

December 05, 2010

Buat sang puteri..

Assalamualaikum...

Came across some videos in Youtube about Muslim Women wearing hijab and the responses as well. Ok, kali ni terpakse membawa sesuatu yang agak serius di dalam penulisan.

Buka mata, wahai wanita. Buka minda. Kita di Malaysia, tak perlu bersusah payah mempertahankan keimanan kita untuk memakai hijab seperti mereka2 di luar sane. Yang mane mereka dicaci, dihina, dikatakan sebagai wanita tak bertamadun, hanya kerana mengikot perintah Allah s.w.t. untuk menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Yang mane mereka diumpat dengan dikatakan sebagai uneducated women, cause they said we don't know anything called freedom in our life. Wanita Islam dilihat sebagai hamba kepada lelaki Islam oleh mereka. Sedang dalam pandangan mereka, lelaki Islam itu terrorist.

*diam*

Susah payah saudara2 kite kat luar sane, kan? Itupon kita yang aman damai di Malaysia tak bersyukur. Tengok aje adik2, kakak2, saudara2 perempuan di sekeliling kita. Our own sisters! Seorang Muslimah. Tapi di negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi, kita sendiri tak praktikkan ape yang kita panggil kepercayaan kita. Sedih kan? Tahukah anda, di belakang kita, hatta skarang secara terus terangan orang2 Islam sendiri berkata "Eleh, ko pakai tudung tak semestinya ko baik, aku yang tak pakai tudung agaknye lagi baik dari ko". MasyaAllah...

Sayang2 sekalian. Betol, takde paksaan di dalam Islam. Tapi sekali kita telah memeluk Islam, kita adalah tertakluk di bawah undang2Nya. Maw, atau tidak. Ikhlas, atau tidak. Kalo kate "Nantilah aku pakai, kalo aku pakai skang pon sebab ikot orang, ataupon sebab takot ngan cakap2 orang, bukan sebab Allah, nak watpe?", tanye balik pada diri sendiri, adekah kita IKHLAS beragama Islam plak? :)

Aku ini juge tidak sempurna. Still cube nak memperbaiki diri. Kalo nak kate ikhlas atau tidak memakai tudung, itu antara aku dengan Allah. Allah taw niat setiap kita, tak perlu dikate2. :) Cuma ingat satu jek. Sanggupkah kita, tegakah kita membiarkan our own sisters and brothers, Muslim disekeliling kita menanggung dan berkongsi dosa dengan kita, hanye kerana dah tak kuasa nak menegur kite membuat dosa dengan tak menutup aurat? Dan berapa ramai pulak lelaki mendapat dosa, sebab terlihat rambut dan aurat yang sepatutnye tak kelihatan di mata dorang? Dalam Islam takde istilah kubur lain2 ye kawan2 sekalian. Dosa boleh dikongsi2, taw? :)

Aku harap ade orang2 yang tak bertudung membace ape yang aku tulis ni. Aku bukan mengeji atau mencerca, tak. Niat aku cuma nak berkongsi ape yang aku taw. Mungkin kawan2 yang tak bertudung ni tak sampai fikirannye ke sini, pe kate kite yang kongsikan supaya mata dorang terbukak. Sekurang2nya, dapat la berkongsi pahala plak. :) Slow2, pelan2 kayuh. Takpe. Lame2 jadi biasa. Cari seorang kawan yang boleh membimbing, supaya keinginan dan kesedaran yang dah sedia ade tu disemarakkan lagi. :)

Sharing is caring, gals. Untuk guys boleh jugak, disampai2 kepada saudara2 perempuan. Sedarlah, kita bertuah, sebab kita di Malaysia, takde sape larang kita nak amalkan kepercayaan Islam di sini. Kita bebas. Boleh tengok video2 ni, aku attachkan sebagai panduan. Semoga kita sentiasa dilindungi di bawah rahmatNya :)

Wassalam.

Attachment:

~ Take off your hijab
~ Funny questions received by women wearing hijab
~ Ask Muslim Women about how they felt and be fair
~ Hijab, a non-Muslim experiment

Saudara2 kita di luar sane menghargai keindahan kita para wanita memakai hijab. Mereka memperjuangkan hak kita. Jadi kenapa kite sendiri tak menghargai ape yang kita punya? Tepuk dada sayang. Kita punya jawapan sebenarnye. :) Meh dengar lagu Hijjaz. :)

Fly, fly away!

Dalam hati ade banyak kerisauan. Dalam otak ade banyak bende kne fikir. Isy. Kalo sume aku layan, maw pecah kepala ni nanti. Jadi, mengambil kate2 encek Aidid, why so serious?

Meh, join aku layan lagu ni. Rindu plak nak layan katun Lion King. Hikhik. Meh nyanyi same Pumba n Timon!

Hakuna Matata!
What a wonderful phrase.
Hakuna Matata!
Ain't no passing craze.
It means no worries.
For the rest of your days.
It's our problem-free philosophy.
Hakuna Matata!
>_<

Baik layan gembira yang tersorok di suatu sudut hati. Apa? Hikhik. Satu masa akan dicerita.

Da!

December 03, 2010

Narnia 3

Cite 'The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader' dah kuar. 3D plak tuh. Woot woot!! Siapa nak teman aku p tengok nih? :p


Suke2. Hikhik.

Edited on 06/12/10:
Dah nengok!! Yeay!! Aku kasik 4 out of 5. Lucy Pevensie yang dah besar sangat comel! A well grown up gurl. Hail Queen Lucy the Valiant! Nape aku umur 26 but i hope i can be like her? *sigh* Bila nak matang ni kakak? Aiyaa.. :p Love Narnia anyway...

"Some journeys take us far from home. Some adventures lead us to our destiny"

December 01, 2010

Marsians vs Venusians - part 1

Mood bercinta. Cause am missing him so demm much right now. :)

So, tibe2 terpikir nak post pasal satu novel ni. "Men are from Mars, Women are from Venus"

Aku ade soft copy novel ni dalam bentuk pdf, thanx to encek bomba, cause dia yang bagi soft copy tu pada aku, dengan ucapan "Awak bace, nanti awak terang kat saye ek?" :p Kes malas bace. Hehe. Aku pon ekceli belom abes bace, baru sampai chapter 3, pnat kot nak bace kat skrin ni ha, berpinau mate aku :p Tapi takpe, setelah membuat sedikit pencarian, aku jumpe summary buku ni kat WikiSummaries. Hahaha. Jalan paling mudah, but still aku kene bace gak summary tersebut, so takde la mudah mane ekceli, cume kurang sket perkataan2 yang perlu dibace :p

Okeh. What's with this novel?

Novel ni menceritakan pasal perbezaan antara pemikiran lelaki dan juga perempuan. Dalam buku ni jugak, dorang tandakan lelaki sebagai Marsians, dan perempuan sebagai Venusians. Banyak beza sebenarnye kita ni, tapi jarang2 kite ambik berat. Bese la, banyak lagi bende nak pikir. :)

Tapi sekali-sekala pada pendapat aku sebagai perempuan, perlu gak kite bace buku ni, tak kesah la lelaki atau perempuan, sebab kite perlukan peringatan pada point2 perbezaan antara kita. Contohnye, beza pikiran aku dengan encek bomba. :)

Aku memang selalu messed up, selalu emosi, itu aku. Aku rase perempuan len pon ade mase2 begini, bukan aku sorang jek. Dan aku gak selalu kadang2 'kacau' encek bomba dengan bende2 yang die anggap remeh. Tapi tanpa die sendiri sedar, bende2 tu ekceli penting untuk aku. Sebab emosi kami Venusians merasekan, bende2 kecik tu akan menjurus kepada bende2 yang besar sekiranye tak dikawal starting from now. :) Itu yang lelaki kurang faham. Tapi dari semasa ke semasa, aku akan cuba untuk bagitaw encek bomba.

Novel ni jugak terangkan pasal bagaimana cara2 Marsians dan Venusians menangani stress. Encek bomba pada pendapat aku lebih relaks, sebab die jarang mengadu pada aku pasal masalah die, cuma kadang2. Motto hidup? "Lex lu kok tang" Hahaha. Selalu gak aku try berpikir macam cara die pikir (skang aku sangat terpengaruh ngan die sebenarnye) tapi jarang mampu, coz aku yang dari Venus ni ade lagi satu part yang control aku iaitu emosi. Selalu jugak dipesan encek bomba, "Control ur emotions" tapi jarang dapat dikawal dengan berkesan. :p Masih dalam proses mencuba dan mencuba.

Dalam novel ni die gambarkan cara2 menangani stress bagi lelaki sebagai "the cave". Di mana lelaki besenye menangani stress dorang dengan memasuki gua peribadi mereka sendiri, dengan kate lain, kalo ade masalah, dorang lebih suke bersendiri untuk memikirkan jalan penyelesaian. Dorang lebih cenderung untuk dilihat hebat, jadi dorang akan berusaha untuk tidak menampakkan masalah pada orang len. :) Ini yang menampakkan mereka lebih relaks. Tapi kalo dorang tak dapat jalan penyelesaian, dorang akan wat 'time-out' dorang sendiri, contohnye bace sokkabar, men game, tengok bola (same ade sorang2 atau ramai2) etc. Dan dorang TAKKAN libatkan awek/tunang/bini dalam time-out dorang. :) Aku akan bagitaw kenape. Dan sekiranye lelaki memberitahu masalah pada orang len tu, dorang mengharapkan ade jalan penyelesaian yang diberi.

Berbeza plak dengan perempuan, sebab selalunye perempuan jenis suke berkongsi masalah. Pada kami, berkongsi masalah dengan orang len, akan meringankan beban masalah yang kami tengah hadap. Dan selalunye, perempuan akan kongsi masalah dengan orang2 yang die percaya sahaja. Sebab tu kite bole tengok, kalo sesi kaunseling, perempuan lebih banyak di sane. Dan perempuan jugak kadang2 bukannye share masalah tu untuk mendapatkan penyelesaian. Kami cume rase lega bila masalah kami dikongsi dengan orang len, dan dengan cara tu, kami bole memikirkan penyelesaian dengan option2 yang dibagi oleh orang2 yang mendengar masalah.

Jadi ape yang kite selalu wat, kite anggap orang berlainan jantina ngan kita ni akan berbuat bende yang same ngan kite.

Bila lelaki ade masalah, perempuan akan anggap lelaki tersebut akan share masalah ngan die. Tapi bila lelaki ni cume berdiam diri (dengan kate len die tengah masuk gua die), perempuan tends to think that lelaki tu anggap die tak penting atau tak boleh dipercayai untuk dijadikan tempat berkongsi masalah. Dan perempuan akan start wat andaian bagai2 yang membawa kepada ape yang diterima oleh lelaki sebagai tuduhan. :) Pada pendapat aku, sebab lelaki tamaw kongsi masalah dengan awek/tunang/bini, coz die rase die takkan dapat penyelesaian. Dorang cume akan dapat beberapa option lagi yang menambahkan lagi stress dorang untuk memikirkan option2 tersebut. Betol ke tak ek? :p

Bila perempuan ade masalah plak, die selalunye akan menceritakan pada orang2 yang die percayai, selalunye boyfie, tunang, hubby atau member2 pompuan yang sangat rapat. Selalunye jawapan yang diharapkan oleh pompuan ialah "Sabarlah", "Jangan sedih, mesti ade penyelesaian" dan diberi 2,3 option untuk jadi penyelesaian. Tapi lelaki menganggap pompuan bagitaw masalah untuk diberi penyelesaian teros, maka selalu kuar ayat ni, "Awak tak boleh sedih, awak kene wat camni", "Jangan la nangis, tak boleh selesaikan masalah pon" dan beberapa arahan akan dikeluarkan mengikut kesesuaian untuk menyelesaikan masalah pompuan tadi. Ape yang diterima oleh pompuan? Dorang anggap korang tamaw share sedihnye dorang ngan masalah ni dan korang cume taw kuarkan arahan. Lagi dorang tambah sedih. :) Nampak complicated, kan? Hehehe.

Sebenarnye, ape yang dilakukan lelaki dan perempuan sume ade tujuan dan maksud. Dan niat each of us ekceli nak membantu, tapi diterima dan diproses oleh pihak yang lain berbeza maksud dengan ape yang cube disampaikan. :) Ini selalu berlaku, percaya atau tidak. Aku pon hadap situasi yang same. :) Bile ade masalah, aku bagitaw encek bomba, ape yang aku dapat selalunye "Awak jangan la dok teriak2 (nanges)" walaupon time tu aku tak nanges, maybe nada aku menampakkan aku tengah bersedih, die wat conclusion aku tengah nanges. :p But still, cinta tu buta. N aku tetap sayang die no matter what. :p Am I weird? Hahaha.

Jadi ape yang penting anak2?

Komunikasi.

Time ni kite boleh nyanyi lagu Kekanda Adinda - Atilia n Monoloque. :p

Komunikasi memberitahu ape yang kite rase dan mengambil tahu ape yang die cuba sampaikan. Encek bomba lebih suke setelkan masalah dengan call aku, cakap direct on the phone dan die akan korek sampai aku cakap sume. :) Dan dia masih cuba paham. Kenape aku suke die walaupon die ni sangat garang? (Die garang k, siyesly. Mase mula2 kawan, gile aku berpikir camne nak deal ngan die ni :p) Coz die seboleh2nye cuba mendengar ape yang cube aku bagitaw tanpe bersikap dominan yang keterlaluan. :) For that, I shud be thankful of having him by my side. :D

Banyak lagi boleh kupas dari novel ni, so aku wat ni sebagai part 1. Aku akan tambah lagi nanti bile ade mase wat ulasan. :p

Til then, ciao!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...