:: KAMI ::

Daisypath Anniversary tickers

:: KAK YONG ::

Lilypie Second Birthday tickers

:: ADIK BABY ::

Lilypie Pregnancy tickers

December 14, 2010

Sengal, sengal, sengal

Salam..

Terlebih dulu, aku nak tekankan kat sini, aku tak berniat nak bias ataupon menyokong. Ye, aku anak polis. Dibesarkan dalam suasana tegas dan ayat2 pedas. Maybe sebab tu aku tak lembut macam anak2 pompuan orang len. Tapi aku tak penah kesah pasal tu. Ape yang aku kesah, bile orang start mengate polis mengikut sesedap mulut die tanpa memikirkan perasaan orang len.

Attachment 1:

Attachment 2:

Benarkan aku bertanye:

Polis bukan manusia ke?
Polis ni robot ke?
Polis ni takde family ke? Takde life?
Polis ni hamba abdi korang ke?

Aku paham niat setiap satu pernyataan dorang2 ni terhasil sebab ketakpuashatian dorang terhadap servis yang dibagi. Tapi sedar ke dorang setiap tuduhan tu terlalu sakit nak diterima oleh orang macam aku?

Yang dulu mase kecik2 ditinggal ngan adik2 waktu malam, dipesan kunci umah, jage adik2, jangan tido mati, alert ngan itu ini, sebab mak abah aku polis yang kene jage umah orang len waktu malam, kene kejar penjenayah waktu malam?? Umah orang len dorang pegi jage demi sesuap nasik, sedangkan anak2 terpakse ditinggal berisiko takde siapa jage kat umah.

Yang setiap kali plan nak pegi bercuti tapi jarang2 dapat sebab mak ngan abah dapat last order amik kes jenayah atau cuti dibeku serta merta tanpe ape2 notis pendahuluan? Dan macam2 lagi ke-tidakbest-an hidup yang aku ngan adik2 rase dari kecik.



Dan dorang2 ni bercakap seolah2 organisasi yang MAK BAPAK aku curahkan keringat tu serupa TAKDE GUNE SATU SEN HARAM PON PADA MASYARAKAT!

Abes kenape mak abah aku bekerja macam nak mati selama ni?




Giler aku benci ngan orang2 yang sewenang2 menghukum tanpe periksa. Ye, aku taw ade ramai yang mangkuk dalam organisasi. Tapi kenape palitkan taik tu pada sume?

Pada aku, kite semua ade peranan masing2. Kalo korang sendiri yang bukak peluang kepada penjenayah, kenape nak salahkan polis sebab tak dapat tangkap penjenayah? Adekah fungsi polis serupa jaga atau private bodyguard untuk setiap orang, so setiap 1 orang awam tu nak kene dijage, diikot bontot nye ke hulu ke hilir?



Aku bagi contoh:
Anak perempuan umoq 8 tahun pegi pasar malam sorang2. Mak ayah ade kat umah, wat tak taw anak nak ayam goreng kat pasar malam cakap "pegi la beli sendiri". Anak kne culik. Ayah wat repot polis lepas 24jam hilang sebab tak jumpe cari. Beberape ari lepas tu, jumpe mayat anak. Ayah marah pihak polis sebab tak wat keje, tak dapat cari anak die sampai anak mati kne bunuh. Keluar kenyataan kat sokkabar kate polis tak ambik berat soal kes kehilangan anak.

Persoalan:
Di mane punca masalah?

Aku bagi korang jawab sendiri. Aku dah letih nak bagi orang2 camni berpikir cara MANUSIA. Dey, kucing aku pon pandai jage anak la weyh! Anak die lari sket ke depan pon die kejar taw dak? Nape perlu aku samekan manusia ngan haiwan? Gile hina kalo haiwan lebih pandai pikir dari kita manusia.

Semua masalah berpunca dari diri sendiri. Semua peluang untuk penjenayahan diberi oleh kite2 sendiri. Jangan tuding jari kat orang len. Polis cume penguatkuasa yang menjalankan tugas menguatkuasakan undang2 berdasarkan hak dan kuasa yang diberi. Tapi kalo bukti tak cukup, jejak takde, ko ingat polis ni superhero ke? Dorang manusia beb, macam kite gak. Nak kne p cari satu2, tu baru 1 kes. Abes ade bape banyak kes kat setiap daerah? Anggota bape ramai plak? Setiap anggota bukan kne wat keje am. Semua ade peranan masing2. Tak paham organisasi jangan bising. Ko kalo kerani pon bising kalo tibe2 bos swuh p cuci tandas, kan? Memang ko gune tandas ari2, tapi bukan keje ko nak bersihkan. Eksekutif pemasaran takkan nak p turun padang wat design untuk satu2 projek walaupon die same2 uruskan projek tuh, ade banyak projek lagi nak handle. Same la ngan polis.

Kate orang, duit tax yang dorang bayar pada kerajaan tu la gaji untuk pihak berkuasa yang kononnye tak reti wat keje ni. Tapi taw dak, setiap sen yang mak abah aku dapat, aku taw hasil titik peluh dan keringat 30 tahun berkhidmat. Aku percaye duit yang mak abah aku bawak balik lepas keje berhempas pulas tu halal, dan sebab tu aku adik beradik masih jadi orang. Tu memang gaji yang layak dorang dapat ngan risiko keje yang dorang hadap hari2.

Jangan bagi aku dengar orang kate macam ni depan muke aku. Mengate polis lepak balai takde keje, dok melangut tiap2 bulan dapat gaji. Aku sula sape yang cakap camni. Depa manusia beb. Yang akta buruh kate maksima boleh keje pon 12 jam sehari, dan sekiranye lebih adalah atas keinginan sendiri. Tapi dorang sume penah keje 24 jam non-stop beb, atas arahan, bukan kehendak sendiri! Dan takde OT. Takde elaun tambahan. Dan dorang takde alasan untuk menolak arahan sebab dah bersumpah untuk sedia berkhidmat. Tapi dorang tetap manusia. Ade kelemahan dalam setiap satu orang.

Korang try wat macam dorang. Try masuk organisasi, baru bole cakap. Kalo setakat cakap dari luar, tak penah try taw camne cara dorang keje, yang bile aku cakap camni korang akan cakap "Pehal plak nak swoh aku masuk polis? Sape swoh dorang nak masuk polis, nasib la kene keje camni". Siyes, otak ko lagi kecik kapasiti dari otak lembu.

Pegi ngaji balik beb. Start dari darjah satu. Maybe korang bole belajar balik tajuk "Fitrah Manusia" dan "Hidup Bermasyarakat" kat mane2 subjek.

Sory, ni entry melepaskan marah. Tak suke, aku pon tak pakse bace.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...