:: KAMI ::

Daisypath Anniversary tickers

:: KAK YONG ::

Lilypie Second Birthday tickers

:: ADIK BABY ::

Lilypie Pregnancy tickers

August 22, 2011

"Mana mak?"

Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.


Dua puluh tahun kemudian,

Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"
Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.
Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.
Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.
Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.
Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."
Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.
Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."
Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.
Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.


Beberapa tahun kemudian,

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.
Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."
"Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"
Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah . Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu
berjawab?

:: Cerita ni dicopy daripada seorang sahabat. Sekadar berkongsi. Kalau masih ada mak, baliklah. Sujud kat kaki dia, senangkan hati dan hidup dia, selagi kita masih punya waktu :) ::

April 16, 2011

Kelana Jaya dan Pulapol Jalan Semarak

Hari ni mak belanja makan kat Kelana Jaya *horeyyy*

Err, ekceli kami sangat suka makan kat situ, tapi aku masih gagal menghafal nama kedai (sebenarnye tak hengat langsung, sebab tiap kali pegi, aku mesti lupe nak tengok name kedai, eksaited lebih tengok makanan yang bakal memenuhi segenap ruang perot). So ape yang kami buat, cakap jek nak makan kat Kelana Jaya, semua orang pon taw kedai ape. :p Sangat la primitif, haiyaa.

Menu wajib: Kuetiau goreng besar, sotong kangkung, kerang rebus same tauhu bakar. Air? Ikot la mood nak telan ape, tapi bese mesti tembikai laici punye. :p

Sedap, habaq mai. Sampai menjilat jari. Memang puas hati. Lebih puas hati sebab dapat makan pada malam sebelum pulang ke 'kandang' semula. Wuwu. :p


Owh, sok da nak balik Pulapol ke? Mental ngan fizikal ni belom calar lagi, macam takde pape rase. Maybe sebab dah taw ape akan jadi esok, lusa, tulat, tubing dan hari2 seterusnya (Tiada Hari Tanpa Latihan, Takde Rehat Yang Dibenarkan kecuali curi2 :p).

Saya dah sedia nak balik esok. Eventhough dalam hati ade rase sedih nak berpisah same handphone, internet dan encek tunang kesayangan, tapi saya tetap maw pulang. Sebab saya taw, untuk masa 9 bulan akan datang, itu tempat saya.

Lepas 9 bulan, saya akan berubah menjadi orang lain, di tempat yang lain.

Lepas 15 bulan, saya akan berubah status. Mungkin juga berubah ke tempat lain lagi.

;p

*Mood: Berharap*


Berkorban. Semoga esok dan waktu akan datang, kami berada di posisi yang lebih baik dari hari ini. Semoga pengorbanan ini membuah hasil di masa akan datang. InsyaAllah.



Saya maw cepat pulang!


Supaya saya cepat kembali.


^___^

*Teruna pujaan, saya tinggalkan kamu dengan 1001 memori. Semoga itu cukup untuk jadi pengubat rindu sepanjang saya takde kat sini. Maafkan kesalahan yang pernah saya buat pada kamu. Saya tak terniat untuk khianat kepercayaan kamu. Mungkin cara saya yang salah. Mekaseh sebab mengingatkan di waktu saya lupa. :) *

April 13, 2011

Terawet plak dah

Situasi 1:

"Umur ko bape wa?"

"Tahun ni 27."

"Bohong benor ko ni, aku siku kang. Aku tanye betol ni umor ko bape?"

"????? La betol la 27, ko ingat aku main2 ke?"

"Laa, ko bukan baya aku? Kene panggil kakak la ni? Tak gaye 27 pon, macam budak2 terencat jek."

"Hampehs."



Situasi 2:

"Dik, study ke dah keje?"

"Dah keje dah."

"Oo, keje ape? Balik kampung ke kat alor setar?"

"Pelatih polis jek. Dak aih, lawat family tunang."

"Oo, polis. Tak sangka. Mudanya dah tunang. Pelatih konstabel eh? Bile masuk?"

"Err, dak aih. Pelatih inspektor. Awal bulan 3 aritu baru start training, la ni cuti. Da lame tak bukak da konstabel wanita."

"Eh? Umoq bapa?"

"Tahun ni masuk 27"

"Laa, kakak rupanya. Saya baru 24. Ingatkan adik tadi, nampak macam budak2."



Oke2, aku angkat bakul. Tapi oke jek, tak bolos pon? :p Tapi, err, macam budak2 sangat ke? Haisyy.

Nak balik.

Lagi baik takde handphone?
Lagi baik takde internet?
Tataw ape jadi kat dunia luar.
Ingat yang elok2 jek duk kat dalam sane.






*sigh*



Aku terase nak balik Pulapol malam ni jugak.




Sedihnye.
Aku takde kat luar ni lagi baik kot.

Edited:
La ni terase tanak balik plak dah. Isy, macam kap lam ya nga. :p Tapi ape yang dimulakan mesti diakhiri. Harap2 pulangan nye berbaloi kemudian hari, insyaAllah. Saya tinggalkan semula semua untuk future saya dan dia :)

April 11, 2011

Cinta dari kamu

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu, memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta
Dari dirimu sayang
Barulah terasa
Ku bernyawa

Kasihku
Ku amat menyintai kamu
Kerna kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta
Sedetik lebih
Selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan
Dengan badai kehidupan
Ku bersyukur
Adanya kamu

Biarlah kehilangan semua
Yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

:: Sedetik Lebih - Anuar Zain ::

Rindu kamu, abang. Masih terngiang suara gelak kamu. Masih terbayang manis senyum kamu. Masih terkenang lirik mata kamu. Mekaseh untuk kenangan itu. Kenangan untuk dibawak balik ke pulapol. Semoga Tuhan panjangkan jodoh ini. Semoga rasa ini teros ada dalam hati. Sayang kamu..selalu.. (^_^)

April 05, 2011

Tinggal memori...

Assalamualaikum..

Pertama kali menulis selepas bergelar pelatih. :) Pulapol cuti start dari semalam sampai 16/4/2011. Berita gembira wat sume orang. Tapi sehari lepas kuar, aku dah rindu, even pelatih2 lain pon same juge merindu. We spent 1 month together, sharing joy and tears, berkelahi bergurau, mengenal antara satu same lain. Walaupon mereka2 tak serupa skuad pegasus yang aku penah punye dulu, tapi dorang ade identiti sendiri, yang aku dah mula anggap macam family, sebab itu jek yang aku akan ade waktu senang dan susah di pulapol. Dan alhamdulillah, dengan bermulanye cuti ni, sebenarnye kitorang dah berjaye lepas 1 fasa transformasi beserta ujian dari Tuhan yang Maha Kuasa. Yang mane Dia sedang menguji, siapa kawan siapa lawan. Semua kami tertekan, tapi setiakawan buat kami kuat. Impian dan harapan yang dijunjung buat kami tekad. Dan kami diberi ganjaran sebab mampu bertahan. Alhamdulillah.

Mengenang semula ape yang berlaku, semua jadi dengan cepat. Ambulan hospital dan polis keluar masuk bawak pelatih yang kritikal pegi HKL ngan hospital Sg. Buloh. Mane yang tak kritikal ari2 bertambah jumlah yang tarik beg masuk bangunan kuarantin. Termasuk la aku. Hari ketiga kuarantin, suhu aku naik sampai dekat 39 darjah celcius, padahal sebelom ni tak penah. Makan tak selera, makan ubat jek muntah, tangan ngan kaki kebas, batuk, selsema, sesak nafas, sume ade. Mase tuh mujur ade kawan2. Mujur teringat harapan dan impian yang digalas atas bahu. Alhamdulillah, waktu berlalu. 3 orang yang pergi meninggalkan kitorang, semua dah ditentukan waktu dorang. Wabak yang datang cume penyebab untuk diambil pengajaran. Banyak hikmah yang kitorang dapat sebenarnye.

Hari ni, aku bangga berdiri sebagai pelatih inspektor percubaan skuad 1/2011.

"WHEN THE GOING GETS TOUGH, ONLY THE TOUGHS WILL GET GOING"
"Once a police officer, always a police officer"

-wawa^chan, PULAPOL KL-

February 28, 2011

Hari terakhir bergelar civilian :)

Hari ni hari terakhir aku bergelar civilian.

Ini jalan yang aku pilih. Takde sket pon kesal terbit dalam hati. Aku dah pikir masak2, dan aku dah korbankan segalanya untuk esok.
^___^

Saat ini, hati aku takde ape rase. Kosong. Sebenarnye tataw nak rase ape. Sedih? Hmm. Suka? Hmm. Takut? Hmm. Heh, macam kap lam ya nga la ko hati.

Encek tunang, mekaseh teman saya arini. Saya hargai usaha keras kamu. Muka saya nampak begitu, sebab saya asyik berpikir camne saya tanpa kamu. Tapi terima kasih. First date yang tidak mencalar ape2 prinsip yang cube kite pertahankan selama 9 bulan saya bersama kamu. 9 bulan yang akan datang, tolong, tunggu saya di pintu masuk pusat latihan. Sebab saya nak jerit pada kamu, yang saya dah sedia untuk bina masa depan, di mana kamu menjadi watak utama dalam hidup saya. :)

Hati, bertahan. Kenapa baru skang merase semua perasaan muncul serentak. Adess.

Untuk semua, maafkan salah silap saya. Lagi sekali, doakan saya selamat pergi, dan selamat kembali. Ade jodoh, kite jumpe lagi, lepas 9 bulan. :)

Assalamualaikum.

February 20, 2011

Farewell party. Kamu2 memang terbaek. :)

First of all, mekaseh pada cik betty same puan nad n encek alan. Semalam memang hari yang hebat. Sebab kami berempat menghadap steamboat + bbq sampai habes. Puas hati noq! :p

Hehehe.

Trimas nad, susah payah masak, memerap daging bagai. Hasil memang marvelous, kalah makan kat seoul garden. :p Isy, bile lagi bole rase agaknye ko masak2 camni. Hmm. Sebenarnye makan2 ni dibelanja sepenohnya oleh nad, katenye belated besday aku same betty bulan 11 aritu. Lagipon mase aku tunang, nad tak dapat datang sebab balik raye kat Kulim (raye cina oke, budak ni mix cina :p). Jadinye, ni dikira farewell party jugak untuk aku ngan betty, sebab aku da kne masuk training 9 bulan n tataw lepas tu akan diposting ke mane (harap2 dekat ngan encek tunang :p gatai), betty plak baru abes last exam untuk EASA course kat M*I*A*T, menunggu result untuk OJT di mane. :) Kami sudah ade atas track masing2, alhamdulillah.

Well, tamaw cakap banyak2, ni gambar2 dicuri dari cik betty. Layanzz!

- Wahh!! Kalo korang suke tengok cite korea, korang mesti suke ni!! :p -


- Aku ngan nad n alan. Makan, makan, makan. -


- Daging2an yang siap dibbq. Nyam nyam! :D -


- Dessert. Mase ni prot suda penoh gile tapi masih semangat nak makan :p -

Mekaseh bebanyak kengkawan. Harap2 nanti ley hanging out macam ni lagi. Owh, aku teringin sangat nak bawak encek bomba sekali join nanti. :p Nanti ek? Nanti ek? :D

February 18, 2011

Hepy besday, mak! :)

Arini 180211, genap umur mak aku 54 tahun. Alhamdulillah, Tuhan masih panjangkan umur mak, masih bagi kesempatan untuk dia tengok kami satu persatu mendaki tangga nak berjaya dalam idup. :) Lagi setahun, insyaAllah mak pencen. Maka aku la pewaris dia untuk terus berkhidmat dalam PDRM.

Dan aku happy. Sebab dapat buat die happy ngan apa yang aku dah kecapi skang. Alhamdulillah, Tuhan memang tak pernah lupekan hambaNya. Mungkin sebab aku memaksa diri untuk sabar, berkat doa mak n abah, arini aku dapat sume yang aku nak, alhamdulillah. Sekurang2nya sebelom mak abah pejam mata, aku nak make sure depa takde ape nak risau lagi, sebab aku ada.

Kalau mak terbaca ape yang ayong tulis kat sini, ayong nak mintak maaf dari ujung rambut sampai ujung kaki. Banyak kot salah silap n dosa ayong pada mak sepanjang 26tahun plus plus idup kat dunia ni. Tapi ayong tetap sayang mak, no matter what. Terima kaseh untuk semua yang mak bagi sepanjang ayong idup. Tak terbalas keringat yang mak curah selama ni. Tak terbayar segala yang mak tanggung untuk besarkan ayong. Ayong cuba buat ape yang termampu. Dan ayong takkan hampakan harapan mak. Mekaseh sebab sabar menunggu. :)

Doa dari mak yang selalu ayong mintak. Doakan ayong selamat pergi, dan selamat kembali. :)

Mekaseh untuk segalanya. Selamat hari lahir ke-54. Semoga Allah beri kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan kat dunia dan akhirat kelak. Ayong da dapat kerjaya, tinggal nak bagi mak menantu ngan cucu jek. :p *Alololo, sangat la gatainye statement ni. Lempang kang*

Salam sayang,
Ayong

February 14, 2011

Nerves bertukar hepi.

Alhamdulillah.
Syukur alhamdulillah.

Ini tarikh keramat ke-2 untuk tahun ni.

010311.

Doakan aku selamat pergi dan selamat kembali.


^____^

* Tarikh ni tarikh lapor diri untuk training di Pu*la*pol. Training aku 9 bulan. Doakan ye kawan2? Aku akan pastikan aku passing out dengan sempurna bulan 12 ni!! :D *

February 12, 2011

Percubaan pertama berjaya!

Semalam aku berjaya membuat oreo cheesecake! Hoyehh!! Hikhik. Resipi dicedok daripada blog cik Sherah. :D Oke, meh aku plak tunjuk camne aku wat. Hehe.

Ni sume bahan2 yang digunakan:


Ade 2 part.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

So mula2, kita sediakan bahan2 ni untuk part A:
a] 2 paket Oreo (gune semua kecuali 7 keping untuk Part B)
b] 100g butter (aku gune brand Buttercup sebab lembut n sdap, bese wat kek memang gune ni. Ikot resipi cik sherah cume 50g jek, tapi aku tambah sendiri ikot suka hati aku, sebab die lagi lekat bile gune banyak sket :p)
c] 1 tablespoon brown sugar


Cara2 nak wat part A:
1] Lenyekkan butter.2] Asingkan oreo ngan krim putih die tuh (letak kat dalam 1 bekas sebab nanti nak pakai untuk Part B).
3] Hancurkan oreo sehancur2nya :p
4] Masukkan butter yang dah lenyek2 tadi, make sure oreo tu sume jadi melekat.
5] Masukkan gula perang, gaul lagi sampai die sebati n melekat antara satu same lain (bahasa memasak aku fail giler, lantak laa, janji kome bole bace :p).
6] Masukkan dalam bekas (aku masukkan dalam bekas2 cupcake, senang takyah potong2 nanti), mampat2kan supaya die bole jadi lapisan bawah macam gambar kat bawah ni.
7] Masukkan bekas tadi dalam fridge untuk sejukkan sementara kita wat part B :)

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Bahan2 part B:
a] 250g cream cheese (aku gune brand Philadelphia macam yang di-suggest oleh cik sherah).
b] 80ml susu segar (Dutch Lady).
c] 100ml whipping cream (Emborg)
d] 1/2 cawan gula (ni aku masukkan ikot rase lidah aku, so korang pandai2 la ikot rase masing2, ade orang tak suke manis)
e] 1 tablespoon gelatin halal + 40ml air panas
f] 5 keping oreo (lagi 2 keping tu nanti untuk hiasan, pape pon kuarkan krim putih siap2)
g] Krim putih oreo yang banyak2 tadi :p


Cara2 nak wat part B:
1] Lenyekkan cream cheese.
2] Masukkan susu segar, then kacau gune mixer untuk elak die berketul.
3] Masukkan plak whipping cream, kacau lagi.
4] Masukkan gula, sambil2 tu pandai2 la rase :p
5] Larutkan gelatin dalam air panas dulu (mase ni korang bole bau gelatin ni tak berape menyenangkan, jadi baik jangan hidu bau tuh, huhu) n make sure takde berketul.
6] Masukkan gelatin yang dah larut tadi dalam campuran yang mula2 tuh, pastu kacau lagi sampai sebati.
7] Campurkan plak krim putih oreo yang berlebih2 tu
8] Last skali, hancurkan 5 keping oreo, pastu masukkan dalam campuran tadi.


Oke, dah siap part B, korang bole kuarkan bekas isi part A tadi n tuangkan atas dia.


Pastu letak jek oreo 2 keping (dah takde krim akan jadi 4 keping :p) atas campuran part B tadi sebab die takkan tenggelam, Then, masukkan tros dalam fridge n tunggu sampai ianya mengeras (atau menganjal kot, tah fail la bahasa memasak nih). Kalo korang tengok kat bawah ni, sebab aku gune bekas cupcake, jadi setiap satu bekas aku letakkan oreo kat atas die, ni aku bli extra oreo actually :p sebab yang len2 tu ley sumbat dalam mulut Yayan, hahaha!


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -


Tara!!! Ni aku dah curi sket :p Hehe. Selamat menerai! Hikhik.

February 09, 2011

Thank you ^_____^

It's hard for me to say the things
I want to say sometimes
There's no one here but you and me
And that broken old street light
Lock the doors, leave the world outside
All I've got to give to you
Are these five words and I

Thank you
For loving me
For being my eyes
When I couldn't see
For parting my lips
When I couldn't breathe
Thank you for loving me

I never knew I had a dream
Until that dream was you
When I look into your eyes
The sky's a different blue
Cross my heart
I wear no disguise
If I tried, you'd make believe
That you believed my lies

You pick me up when I fall down
You ring the bell before they count me out
If I was drowning u would part the sea
And risk your own life to rescue me

Thank you for loving me
When I couldn't fly
Oh, you gave me wings
You parted my lips
When I couldn't breathe
Thank you for loving me


Sory, entry sket lovey dovey :p Aku tengah rindu. Wuwu. Lagu Bon Jovi untuk encek bomba. :D

Thanx abang for lighting up this plain life of mine.

February 06, 2011

030211

Tarikh keramat pertama untuk tahun ni.

^_^

Selamat bergelar tunangan kepada encek bomba. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar, takde halangan. Macam yang encek bomba selalu kate, kalo bende yang baik, insyaAllah akan dipermudahkan olehNya. Syukur. Ada sket2 ketidaksempurnaan, tapi alhamdulillah terlindung kekurangan tu. :p

Mekaseh untuk mak, abah, adik2, adik2 ipar, sedara2, Betty, Dina, encek bomba dan jugak rombongan atas semua kejadian pada hari yang disebut. Saya sangat3 berterima kaseh pada semua. Semoga jodoh ini panjang sampai tua, kalau bole sampai syurga kalo diizinkanNya.

Sket selitan gambar2 sekitar majlis. Layannnn :p

- Menyarung cincin risik -

- Menyarung cincin tunang -

- Am officially booked :D -

- The very first pic together. Siyesly :p Tunang saya pemalu orangnye :p -

- Kami wit mak n abah -


- Video -

Abang, doa dan harapan masih kekal macam mula2 dulu. Aminn. :D

January 28, 2011

Abang bomba saya :)

Entry khas.

Sila beli kosmo arini. Hehehe.


Dah beli?

Sila nengok mukasurat 14 (err, tu edisi selangor la, negeri lain tataw same ke tak).


Dah nengok?

Oke, cube baca yang bawah sekali tajuk "Banjir: Dua anggota bomba terima nugerah".


Dah nampak?

Ye!! Itu abang bomba saya!! Hahaha!


Err, bukan yang dalam gambar kecik ye? :p Yang tengah amik anugerah tu haa.

Oke, emcem. Sila jangan culik die oke? Nengok bole, usik jangan.

Saya kan penjeles? :p

p/s: Congrats my dear *smile*

January 25, 2011

Entry saje2 gatal nak taruk

Cube korang try tanye member2 pompuan korang, sape yang taw pasal netball. Bukan setakat baling2 bola, tapi ngan rules and regulations nye sekali. Cube kira bape ramai. Hehehe.


Aku start main netball dari sekolah rendah. Mase tu jadi wakil umah merah. Terer? Memang aku terer, hehe. Darjah 5, aku jadi wakil sekolah untuk netball ngan olahraga sampai la abes darjah 6. Tapi sayang seterer2 aku, tak pernah menang. Wahahaha! :p Maybe sebab team member yang len tak berapa terer. Yela, game ni kan kene ade teamwork, kalo sorang2 jek terer, mane nak menang nye. :p Sampai la aku masuk U*PM, aku masih setia ngan netball. Sebab ape? Hmm. Tah, cume aku rase aku sangat gembira mase main, aku enjoy setiap kali main, n aku kasik orang enjoy tengok game setiap kali aku dapat halang team lawan sumbat gol. Kepuasan, mungkin itu yang wat aku setia.

Sampai skang, aku sebenarnye still rindu nak main. Last aku main, waktu pentauliahan kat U*M tahun 2006. Itu last. Eh? Bukan, bukan. Tahun yang same, jadi wakil KO*SASS (kolej aku), dapat tempat kedua keseluruhan. Manis cara aku retired. :p Cume kalah ngan team netball U*PM, oklah tu kan. XD Lepas2 tu, aku cume ikot Stap Poli jadi coach untuk team netball RO*TU U*PM, sambil belajar jadi umpire game.

Banyak sebenarnye aku belajar dengan game netball ni. Teamwork. Kawalan emosi semasa game (emosi cume tak terkawal bile melibatkan encek bomba, hahaha!). Kenal sape lawan, sape kawan.

Tapi kan, orang pompuan ni sebenarnye banyak tataw pasal netball. Aku pon pelik. Sebab ni kan game untuk pompuan, nape dorang tataw ek? Hehehe. Tanak amik taw, yes itu jawapan sebenarnye. Sayang ah. Sebab tu dulu payah giler nak cari team member yang serasi. Sebab ramai tataw main. Adoii.

Untuk team member yang skang da kawen n da bawak diri merata2 dalam Malaysia ni, kenangan ngan korang aku tak penah lupe. Pasni kalo dapat join P*DRM, harap2 bole aktif balik men macam dulu. Arggh, giler rindu! :p

January 24, 2011

wawawawawa!! wahahaha!!

Err, kenape aku terase nak gelak ek? Wahahaha. Kelaka weyh bile tengok name sendiri kat sini. Err, oke, name betol aku memang bukan Wawa, tapi name panggilan aku sejak dari sekolah asrama ini lah die. Hehe.

Oke, meh preview sket. :p


Ade sape2 nak rase wawaccinos? Atau nak isi minyak gune Wawa Gasoline? Kikiki.

** Tetibe rase seronok sendiri. Mende la sengal dak wawa ni. **

January 22, 2011

One fine day..hehe

Kejadian berlaku di KFC Pelabuhan Klang.

Abah: Saya nak order satu set dinner plate, satu set snack plate, satu kentang putar besar. Eh dik ni tart ni rase camne?

Pekerja: Ni promotion baru cik. Sedap ni, ramai orang dah beli. Cik nak try? Satu Rm1.60.

Abah: Ooo..bolehla aku nak try. Bagi tart ni 4.

Pekerja: Cik, nak senang lagi cik amik 6 teros la. Baru RM9.60 jek promosi. Rugi cik beli 4 jek.

Abah: Satu RM1.60? Kalo 6, RM9.60? Abes ape beza kalo aku nak 4 jek? Ko kali RM1.60 ngan 6 dapat baper? Lain la kalo ko kasik aku 6 keping tart ni RM9.00 ke, baru la promosi. Ni mane punye skolah ko pegi ni?? SPM dulu Matematik dapat bape? Dah dah, aku nak 4 jek.

Pekerja: Err, yela cik, saya bungkuskan 4 (sambil tunduk n blushing sebab malu kene marah).

Pekerja2 lain kat belakang sengih2 n gelak2. Padan muke ko, ingat nak tunjuk pandai kat orang tua suruh beli lebih. Kan dah kene bodoh ngan Pacik Othman. :p

January 21, 2011

My twin sister

Korang ade kembar? Ade anak kembar? Atau korang penah jumpe kembar 7 korang? <-- Kan orang dok kate dalam dunia ni ade 6 orang lagi yang muke sebijik same cam kite, betol ke tak wallahu'alam.

Err, aku ade kembar mase aku sekolah menengah. Orang dok kate kitorang kembar, tapi aku rase muke kitorang lain jek, cume kalo sekali imbas maybe orang nampak same. Sorang ialah kawan skola mase aku form 1 sampai form 4, Shi*ma name die. Sorang lagi pon mase aku form1 sampai form 4 gak, name akak tu aku rase kak Na*zatul (aku rase la, ingat2 lupe). Kitorang same2 P*B*S*M dulu. Mase zaman aku P*B*S*M punye persatuan agak rapat (err, maybe gak bole kate rapat giler), jadi kitorang pon jadi sangat rapat. Ade gambar dorang, tapi aku takde soft copy la plak. Lain kali la upload sini. :p

Oke, bercakap pasal kembar, korang rase agak2 best tak kalo ade kembar? Dulu aku rase best sangat. Sebab aku baik ngan Shi*ma, kadang2 aku panggil die kembar, n kitorang suke pakai kasut skola pesen same (kasut yang tapak tebal, lekat2 tu, ape tah brand die tak hengat la plak). Tinggi pon nak lebey kurang, cume die rendah sket dari aku. So wat pape pon same2 jek kitorang.

Tapi yela, mase tu zaman baru nak up. Jadi ape2 pon mesti ade grup or bekap. Kalo kembar ni, bond die lain macam sket. Tapi macam kembar sepusat sepusing ni (kembar lain mak lain bapak, mak aku nye term), bond die walaupon dibuat2, tetap bole diharap gak di waktu2 tertentu. :p

Skang, bile zaman dah berubah, aku pon dah nak masuk 27 tahun (walaupon lambat lagi, tapi sedar diri :p), aku prefer untuk punye kawan2 lebih ramai tanpe prejudis sape kawan baik aku. BFF or Best Friends Forever, is so not my type. Cause aku taw camne baik pon aku ngan my girlfrens, one day kami akan ade family sendiri. Ade suami untuk ditaati, ade anak2 untuk diperhati, dan ade keluarga baru untuk difahami. Ini bukan zaman kanak2.

Grow up.

Masih ade kawan2 yang setia sampai skang sudah cukup. Eventhou tak selalu in contact. Tapi cukupla taw mereka ade somewhere around the globe. Mujur fesbuk ade. Hikhik. Cause skang bukan lagi macam dulu. Bukan bermaksud aku tak perlukan kawan2 untuk bekap. Tapi aku tak maw susahkan kawan2 bile aku susah (skang memang tengah susah, jadi tak selalu menonjol :p). Walaupon ade kawan2 yang selalu tolong waktu aku susah, cukup2 la drag orang same2 susah ngan aku. Mak aku tak ajar aku camtu.


Bercakap pasal kembar, family aku cume cik noi jek yang ade anak kembar. Orang kate kembar ni tengok gen gak. Sebelah mak aku tak kuat, sebelah abah lagi la takde. Kalo nak anak kembar, nak wat camne ek? :p

Alahai ca.ya.nun.alif

Post ni aku wat bukan niat untuk menyinggung mane2 pihak, bukan jugak untuk bias ke mane2 kaum. Tapi ini sekadar pandangan peribadi daripada seorang awam (ya, saya masih seorang awam) yang mempunyai minat berkobar2 untuk menyerah tengkuk kepada P*D*R*M.

Skang dah tak rajin untuk meninggalkan ape2 komen pada discussion board Por*tal Komuni*ti P*D*R*M atau fanpage rasmi P*D*R*M macam dulu2. Sebab aku rase takde ape2 info nak dikongsi bersama mereka unless aku ade berita baik tentang surat lantikan nanti. Tapi aku still rajin ke sane membace komen2 mereka2 yang berkongsi satu kasut ngan aku, menunggu ketibaan surat dengan debaran yang tak terhingga (sampai kalo tengah bace rase cam nak pi tandas :p) Dan arini aku terklik kat discussion topik 'Saya Nak Jadi Po*lis' dalam fanpage P*D*R*M (tah macam mane) dan aku terase ade sesuatu bergolak kat dalam hati yang membuatkan aku amik keputusan untuk menge'post' ke sini.

Aku takde niat untuk bias, sekali lagi aku tekankan. Aku ade 2,3 kawan2 berbangsa Ci*na yang same skuad ngan aku mase kat UPM yang dah pon join P*D*R*M and they did well. Aku juge ade ramai kawan2 berbangse In*dia yang skang dah pakai uniform kaler biru ni. Takde perkauman di situ. Malah aku bangga sebab dalam pada orang len berkejar2kan gaji tinggi ngan swasta, dorang pilih untuk berkhidmat dalam pasukan keselamatan yang gaji tak seberapa.

Tapi bila aku bace discussion board ni, ape yang terlintas di pikiran aku "Inilah sebahagian kecil kaum ini yang duduk di Malaysia, bergaul ngan sume kaum (katenye, aku pon tak pasti ye ke tak), konon fasih berbahasa melayu, tapi masih bersifat kecinaan yang tinggi". Maafkan aku kalo ko tersinggung, tapi ini pendapat peribadi aku di dalam rumah aku, kalo tak suke sila tekan "X" di hujung sane.

Ape yang wat aku kate begitu? Cause die masuk rumah orang, tapi tak reti hormat, malah bertanye dan memperkatakan sesuatu yang membuatkan aku berkata di dalam hati "Hello! Ko tak reti gune internet eh?" dan "Kalo ko rase ko handal sangat, jom serah tengkuk masuk training aku nak tengok ko terkincit2 kene gasak kat sane". Maaf ek, aku rase panas. Panas sebab mangkuk2 ni ingat keje polis keje senang. Panas sebab mangkuk2 ni ingat keje polis kacang cam men Counter Strike. Udah le bangang, tanye soklan bodoh yang aku rase adik aku budak skolah menengah pon bole cari info tu kat mane2, BM yang kononnye dia fasih pon bile orang len cakap die bole tak paham.

Haduii.

Adehh.




Siyes bai. Aku teringin nak nengok mangkuk2 ni kat pusat latihan.

January 20, 2011

Mari memasak bersama wawa!

Dalam banyak2 part dalam umah, pecaye tak korang kalo aku cakap part yang aku paling suke ialah dapur?



Tett!!

Kalo cakap kat mak aku pon mak aku tak pecaye. :p Pecaye atau tak, kat umah family aku, aku jarangggg giler masak. Bukan malas oke, keje len kat umah sume aku wat. Cume satu ni jek exception. Kecuali kalo untuk aku makan sendiri.

Sume salah abah aku.

Sebab die salu cakap camni kat kitorang:
"Mende yang korang masak ni, tak rupe makanan pon"

Kalo korang la dengar, tak ke korang terase? Oke fine, malas dah aku masak untuk abah. Tapi abah bukan kesah, sebab kat perot die, masakan mak jek yang sedap, masakan mak jek yang bole dimakan dan masakan mak jek yang bole dicerna dengan baek kat perot die.

Tapi sebenarnye, aku nak sangat dan suke sangat men masak2. Ekceli aku pon baru perasan yang aku suke masak mase aku start duk umah sewa rmai2 time kat upm dulu. Aku ade satu perangai mak yang aku ikot, suke wat eksperimen kat makanan. Hehe. Tapi jadi oke, tak penah mende yang aku masak tak dimakan.

Skang bile duk umah family balik, aku kembali jadi aku yang dulu, jarang dah masak kecuali untuk makan sendiri TANPA ABAH. :p Kene tekankan perkataan tu, sebab itu la penyebab utama aku tak masak kat umah. Huhu. Tapi kan, kadang2 kalo aku termasak waktu die ade kat umah, die makan abes gak walaupon mulut kate macam2 kat masakan aku. Isy abah, ngaku jek la kitorang gifted macam mak. :p

Dan skang gak aku perasan yang perasaan aku meronta2 nak ade umah sendiri, yang akan aku decorate sendiri isik dalam die, n dapur untuk diri aku sendiri tanpa ade orang len kacau. Wuwu. Supaya senang aku nak wat eksperimen macam2 kat makanan. Wahh, aku rase aku patut amik course Food Tech la dulu kat upm. Hahaha. Kepada bakal suami aku, bersedia la untuk jadi orang yang akan selalu merasa sume eksperimen2 tersebut.

Agak2 bile impian ni akan tercapai? :p

January 18, 2011

Kene halau dari umah

Arini tak ujan, maka seronok la saya membasuh baju2 yang dok tak abes2 basuh sebab yang sedia ade kat ampaian tak kering2. Hisy.

Mase tengah menyidai2 sambil menggomoi2 perot kucing2 aku yang berlambak kat luar tuh, aku terdengar macik Saadiah depan umah menjerit marahkan Ahmad, cucu die.

"Jangan main kat sini la, kotor bola tu kalau main kat luar umah" kate macik Saadiah.

"Ala biarlah!"


Tetibe,

"Ko suke main kat luar kan? Hah duduk la kat luar tu jangan masuk!"

Bamm!! Macik Saadiah tros kunci pintu. Melalak2 la si Ahmad ni kat luar panggil segala orang yang ade kat dalam umah nak masuk punye pasal. Aku yang dengar ni nak tergelak pon ye, nak kesian pon ade tapi macam tak relevan sebab si Ahmad ni memang nakal nak mati. So, aku pasang telinga jek dengar budak tuh menjerit2 ketuk pintu. Dalam 5 minit pastu, kakak Ahmad bukak pintu sket. "Ko diam dulu. Ko melalak lagi akak tak kasi masuk". Teros Ahmad diam. Ini memang menanges auta budak ni, dah taw sangat dah.

Teringat zaman muda dulu2. Ye, saya juge penah jadi budak yang nakal nak mati tuh. Dalam pada hari2 kene belasah ngan mak abah tu pon aku tetap nakal gak. Hehe.

Penah satu hari mak halau aku keluar umah atas sebab yang aku sendiri pon dah lupe (banyak sangat bende nakal aku dah wat). Mula2 melalak gak depan pintu. Tapi seminit jek. Pastu duk diam termenung kat tangga. Tetibe terdengar plak bunyi budak2 ni men kat bawah, maka aku pon turun join. Cukup mase, mak panggil balik, aku pon balik. Dalam hati "yes, dah boleh masuk umah!" Sekali masuk2 jek pintu, mak pon teros kasik hadiah tali pinggang. "Ooo, dah kene halau keluar pegi main kat bawah plak ye? Bukannye nak pikir ape salah yang ayong dah wat. Hah meh sini mak bagitaw!" Lepas 15-20 minit, aku masuk bilik badan dah birat2. Sob sob.

Alahai omak...

Malam, mase tengah tido, mak masuk bilik sapu minyak. Maka masa tuh baru aku pikir pasal salah yang aku dah wat. Hehe.

Oklah jugak, aku kene halau, aku main kat bawah jek.

Ika lagi syok. Kene halau ngan abah (mase tu umur die 4 tahun), kononnye merajuk nak pi umah mak long. Pi la die seberang jalan sorang2 masuk balai nak jumpe mak (mase tuh mak tengah keje) dengan niat nak tanye mak jalan nak pi umah mak long camne. Menjerit mak aku nengok ika seberang jalan sorang2 (jalan tu jalan besar, nasib bek adik aku tu tak ape2).

Isy. Kire aku baik lagi la tak mandai2 seberang jalan. :p

January 16, 2011

Biar bulan bicara

Bahagia.




Tak pernah rase yang macam ni. Ini pertama kali, sesuai dengan tekanan yang dirasa siang tadi, dan skang rase yang sangat lega, serta sangat bahagia. Cuma Tuhan taw ape yang aku rase skang. Sangat, sangat, sangat ingin dikongsi, dan tak terniat untuk simpan sendiri2. Tapi banyak hati yang kena dijage, jadi aku amik keputusan untuk diamkan diri. InsyaAllah, satu hari yang sangat2 bahagia itu, sungguh nak aku jemput semua datang. Supaya dapat aku hebahkan pada semua:

"Sahabat, teman, saudara sekalian, ini dia, penyebab rase bahagia yang tak bertepi dalam hati"


Wat mase skang, maafkan wawa ye kawan2.


Ape yang pasti, hati dah dimilik orang, dan hanya dia sorang yang ade di mata skang. Cume tinggal sebentuk lagi cincin untuk bawa aku naik belon yang bahagia kemudian. Doakan kami.

*senyum*



Abang, terima kasih.
Hikhik.


** Sebentuk cincin, kekal selama-lamanya **

January 12, 2011

Antu jepon kawad tanpe kepala

Tahun: 1994
Lokasi: Flat Polis Pandamaran

"Korang penah tak terjage malam2 dengar bunyi orang kawad?" Tanye Udin anak pacik Ayub yang selalu jage aku.

"Isy, sape yang giler kawad malam2 buta, Udin? Ko ni biar betol. Kat balai tu kalo kawad pon petang2 jek, tak penah pon aku nampak dorang kawad malam" kate Azhar.

"Haah, yang aku taw orang yang malam berjage ni cume ko jek Azhar ngan abang ko, time orang len sume dah pakat tido" kate Ami adik aku.

"Hah betol, selalu aku merayau tak nampak pon orang kawad. Ko penah dengar ke Udin?" kate Azhar lagi.

"Haaaa...aritu aku tido umah Nazri. Malam tu aku terjage sebab dengar bunyi bising, tapi Nazri tak bangun plak. Aku intai ikot tingkap, aku nampak antu askar jepon kawad aku cakap ko. Siap takde kepala!!!!" kate Udin.

"Isy bodo la kau. Aku tak penah nampak pon. Umah Nazri kan atas umah aku, takkan la aku tak penah nampak. Tipu ko ni" kate Ami.

"Aku tak tipu. Ko tak caye? Ko pegi balik tanye kat mak ko ke, ayah ko ke, dorang mesti penah nampak. Bapak aku cakap, dulu2 sebelom flat kite ni naik, sini kem askar Jepon, tempat dorang pancung2 kepala orang. Tu belakang umah pacik Nahar tu, ko tak perasan ade batu besar? Kat situ la die pancung kepala orang. Pastu bile Jepon kalah, omputeh pakat2 serang kem ni, pastu pancung kepala askar2 Jepon ni, tu yang berantu tempat ni" kate Udin.



Mase makan malam...

"Mak, betol ke dulu tapak umah kite ni kem askar Jepon? Udin citer pacik Ayub cakap kat die dulu askar Jepon pancung orang kat sini"

"Eh betol la tu. Dulu mase ayong belom lahir, mase mule2 mak duk flat ni, bilik korang tuh kalo mak lalu nak pegi bilik air, terase meremang jek bulu roma, macam ade orang jek perhati mak dari dalam bilik. Ayong kan selalu kene sampuk dulu? Mak bagi die duk kat bilik tuh, pastu asal maghrib jek die terjerit terlolong"

"Laa, mak dah taw camtu, nape mak letak orang kat bilik tuh?" Tanye aku kat mak. Owh, sampai aku darjah 2, aku still selalu kene sampuk.

"Takde la, mak saje test. Lagipon ayong yang suke tido bilik tu start Ika lahir, mak kasi la ayong tido situ" kate mak sambil gelak. Ces, aku plak jadi bahan eksperimen.

Lepas2 tuh, tersebar citer antu jepon kawad malam2. Tetibe ramai pulak kate penah jumpe. So aku ngan Ami pon tekad, kitorang pon nak nengok gak. Yela, apesal orang len dah nampak, kitorang tak nampak2 lagi?

So seminggu kitorang curi2 berjage malam, tunggu kalo ade dengar bunyi orang kawad.



Sampai sudah, tak penah pon dengar bunyi antu jepon kawad. Dengar bunyi ayam SM berkokok tengah malam ngan bunyi anjing2 Cina belakang flat melolong2 ade la.



Tapi, start dari citer tu tersebar, takde dah budak berani kuar malam2 pegi main kat bawah. Asal maghrib jek, dengar sore mak aku jerit panggil balik, sume naik umah masing2, takde dah aktiviti lepas kul 7. Azhar yang macam burung antu pon tak berani dah kuar malam. Umah die lagi la atas tanah (umah sebuah2, bapak die SM, kitorang yang len sume duk kat flat, mak bapak rank file jek :p), lagi la dekat kalo askar jepon nak kawad dekat ngan umah. Hikhik.



Tapi, satu malam, lepas dah lame citer antu askar jepon reda..

Kat Blok 1658, kul 2.30 pagi.

"Eh Azhar, apesal ko duduk sorang2 kat tangga sini malam2 buta nih? Pegi balik, kang risau mak ayah kau" kate pacik Rejab yang baru balik operasi.

Tapi Azhar diam jek, duduk termenung kat situ. Pacik Rejab pon blah, malas nak layan si Azhar, sebab die ni memang kepala batu, yang die takut cume bapak die ngan bapak aku. Hehe.

Esoknye, pacik Rejab jumpe SM kat balai.

"Cik, anak cik si Azhar tu kuar malam semula ke? Semalam saya nampak die kat tangge blok saya kul 2.30 pagi, duk sorang2 termenung kat situ."

"Eh Jab, ko ni citer ape. Anak aku ade kat umah la. Umah aku berkunci, kunci aku sorok tak bagi si Azhar tu kuar. Lagipon dekat kul 3 aku terbangun, aku tengokAzhar ade je tido kat bilik die semalam. Orang len kot ko nampak" kate SM.

"Eh cik, takkan la, saya ni belom rabun. Memang Azhar yang saya nampak semalam."

Balik umah, SM tanye kat Azhar, "Azhar, ko kuar ye malam semalam? Pacik Rejab nampak ko kat tangge umah die pagi2 buta, ko curi2 kuar ye?"

"Eh ayah, mane ade. Azhar nak kuar nak main ngan sape? Mane de orang nak kuar main pagi2 buta? Sume orang tak brani kuar sebab takut antu Jepon. Watpe Azhar kuar kalo takde orang nak men ngan Azhar?"

Lepas2 tuh, heboh citer antu Azhar plak, teros ilang citer antu Jepon. Asal jumpe Azhar, kitorang tengok kaki. "Ko ni orang ke antu? Aku bace yasin jap lagi, kalo ko antu baik ko blah skang jugak!! Kalo tak, memang berasap la badan ko jap lagi". Azhar dah tarik muke, pastu balik nanges.

Ahahahaha! Tak pasal2 Azhar plak jadi antu.

** Citer kat atas memang citer betol. Azhar memang tak kuar malam tu, n yang pacik Rejab nampak pon bukan Azhar. Sape die tu? Wallahua'lam. Makhluk2 ni dorang memang suke kat budak nakal. :p **

January 10, 2011

It's just another boring day..

Arini Bandar Sultan Sulaiman ade wat Hari Komuniti ngan penduduk setempat. Mak aku selaku penolong ketua balai awal2 pagi dah kuar pi sane. Disusul oleh kami2 dengan niat nak pi makan tengahari free sambil cuci2 mata (balai tu mak aku ngan kak mazinah jek WPC, yang len sume lelaki :p)

Hari Komuniti ni ekceli bertujuan untuk mengajak penduduk setempat berdialog dan berkenalan ngan anggota2 balai, dan jugak merapatkan hubungan antara polis ngan orang awam. Polis kan kene mesra ngan orang awam. Orang awam tak mesra ngan polis pon takpe. Polis takleh wat pape tindakan kat orang awam, orang awam leh suke suki wat macam2 kat polis. :) Heh!

Balik dari balai mak, aku ngan Eppie pon gerak pi Puncak Alam antar Ika balik umah. Sempat la singgah Giant Setia Alam jap. Halamak, terjumpe plak baju kaftan yang aku teringin giler nak pakai. Aritu cadangnye nak beli baju ni untuk ari tersebut, tapi mase gi PKNS tuh, takde satu pon berkenan dek mata aku ni, last2 beli kain ela. Hukhuk. Baju kaftan ni satu yang aku suke sebab kat bahagian lengan besar, dan bajunye longgar. Mak salu kate aku suke pakai baju kecik2 (padahal takde la kecik pon, dah badan aku besar tu jek, nak wat camne), jadi skang nak cari baju besar2 punye plak. :)


Haa, camni la contohnye baju tersebut, tapi baju kat Giant tu cantek lagi. Baju kaftan kat situ range harge dari RM140 ke RM160. Oklah, memang market price camtu. Huhu. Owh baju kaftanku, tunggu aku keje k? *wink*

Malam, sebelum AJL start, bergegas ke Jakel Shah Alam, pi amik punching bag encek bomba. Wee~ Seronok2, tapi kene isik pasir dulu la plak. Ni kalo tengah marah ni best ni. Aku kalo tengah baran memang suke hentak + baling barang. Nak tumbuk orang takot berderai gigi2 mereka, jadi ku tahan jebat. Ade punching bag ni sedap la menumbuk. Pehh. Best2. :p Encek bomba, tolong isikan pasir, saya nak berlatih muay thai. Wachaaa!!!!

** Pasni kot nampak lengan ku berotot2, tak payah tanye dah kenape k? Hihihihi **

January 07, 2011

Sudah2lah lelaki..Ko pon same..

Bila ku bersuara kau kategorikan sebagai meleter
Bila kau tercabar sebelum bertarung pun ku dah kau singkir
Tika di jalanan cermat ku cuai
Di stereotype 'lady driver'
Bila tunjuk pandai lagakmu hebat
Mengalahkan seorang profesor

Oh mana keadilannya
Balik-balik kita saja terkena
Dahulu hingga kini
Kau memonopoli
Cuba menguasai
Duniaku ini... oh mana aci!

Jangan pandangku sebelah mata
Hanya kerna namaku wanita
Walau ada kelemahannya
Engkau pun apa tidaknya oh
Jangan pandangku sebelah mata
Nanti kejantananmu tercabar
Takkanku menyerah kalah
Kerana madahmu berat sebelah
Tohmahanmu akan ku tepis
Selagi persis tak terkikis seksis

Pabilaku ramah manis lidah
Kau tuduhku bagai perempuan murah
Namun bila kau menutup helah
Katamu mengikut sunnah
Andai ku meniang rumahtangga
Jangan harap ucapan tahniah
Hujung bulan tiba ku tuntut nafkah
Kau buatku macam peminta sedekah

Oh mana keadilannya
Balik-balik kau juga juara
Asyik kita beri saja
Melayan takhta, siang malam buta
Dan penuh setia, bagaikan raja

:: Seksis - Anita Sarawak ::


Orang selalu kate aku benci lelaki. Dengan lelaki, aku jadi garang. Dengan lelaki, aku tak hingin termakan budi. Dengan lelaki, aku serius. Eh, takde lah. Aku cume macam tu dengan lelaki2 yang aku tak suke. ^_^

Air yang disangka tenang ni jangan disangka takde buaya.

^_^

Dendam seorang pompuan bername wawa jangan diambik mudah. Ko takkan taw ko deal ngan sape bile aku bukan lagi aku.

January 02, 2011

Owner keta yang ngeng tahap cipan.

Ini entry marah. Ditujukan untuk tuan keta bodo ni.

No. Plat: WRU 53
Jenis: Proton Perdana (Silver)

Tempat kejadian: Shah Alam (Pintu masuk utama UiTM)

Masa: Around 3.40pm arini


Ape die dah wat? Aku kuar dari roundabout dekat ngan pintu masuk uitm tuh n aku amik lane belah kiri --> note: aku amik lane kiri dari mula kuar dari roundabout. Keta bodo di atas, kuar dari pintu depan uitm, n tros jek nak masuk lane mase keta aku dah rapat. So aku pon bagi hon panjang la, kot terlanggar tuh memang konfem aku kuar keta tros kena la mangkuk jamban yang bawak keta tuh. So keta tu pon brek, kuar pas aku dah lepas, potong keta aku, n bagi hon panjang, siap tuding jari kat aku. WADEHEL???!! Sape salah ni?? Bangang , tolol nye melayu. Aku ngan adik2 aku dah wat muke, nasib bek tak naik jari tengah (well, aku takde pon, so tak penah pikir nak naikkan jari tuh, masalahnye lelaki melayu tua tu memang kurang ajar menyebabkan aku terase nak naikkan jari larangan tersebut).

Dia bawak family, ade bini kat sebelah n anak pompuan 2 orang kat belakang. Sume pakat wat muke tak puas hati kat aku. WEYH? LESEN LU BELI KE? MASE G EXAM JPJ DULU BAPE PULUH KALI SANGKUT KAT UJIAN KOMPUTER? Bangang. Dapat aku potong balik, adik-adik aku tuding jari kat die. Nasib bek aku tak wat keje giler pi kejar keta mangkuk tuh sampai die mintak maap. Kurang ajar. Dah la salah, men nak masuk, pastu boleh plak marah orang. Dapat berbakul2 makian daripada kitorang. Tadi siyes kalo langgar memang aku maki dorang. Bajet ko kuar dari uitm, besar pangkat ko? Aku taw la aku pompuan, bawak kancil jek bai. Tapi try rr main2 ngan aku. Memang jolok sarang tebuan la ko jawabnye.

Oke, calm down. Adrenalin aku bergerak sangat laju nih, marah nye pasal. Wuwu. Tolonglah. Sila bawak keta berhemah sket. Pastu jangan bajet besar sangat atas jalan. Timbang rasa la sket. Kot dah salah tu, angkat la tangan, ape salahnye. Ini dah la wat salah, lagi nak marah orang. Bloody hell. Ni ke orang2 terpelajar? Kuar dari uitm, tapi kepala otak cam budak tak lepas darjah 5. Nak orang hormat kita, kita kene la hormat orang gak. Nak orang berbudi, berbahasa ngan kite, kite kene gak berbudi bahasa ngan orang. Susah sangat ke?

Hey, ape la orang2 melayu zaman skang.

Dua.Kosong.Satu.Satu.

Salam dan selamat masuk ke tahun 2011.

Takde ape yang perlu disambut sangat pon. Cume penambahan umur dari hari ke hari dan penambahan kematangan dari semasa ke semasa (matang ke? cett!). Ehehe. Ape pon, tahun 2011 ni adelah tahun untuk aku kerja keras, tahun untuk memperbaiki diri yang da sedia tak berapa baik nih, tahun untuk muhasabah diri (dengan ape yang dah jadi pada tahun 2010) dan tahun untuk menukar status. Hikhik.

Cukup setakat itu kisah tahun baru, pada aku takde ape yang nak digembar-gemburkan. Takut nanti tak terbuat plak, cukuplah sekadar cube memperbaiki diri tuh. Tahun lepas dah pon jadi kenangan, tahun ni adelah tahun hadiah kalo aku usaha keras, insyaAllah.

Citer Malaysia menang Piala Suzuki tu sampai skang ade lagi kuar kat tivi ngan sokkabar. Aku takde la gila bola, tak jugak benci bola. Ade gak tengok bila Malaysia lawan, sekadar bagi sokongan sebab dorang team negara sendiri. Best kan jerit ramai2 depan tivi? Hehe. Tapi bile terlalu banyak citer2 pasal kemenangan Malaysia kuar, terlihat gak bape banyak rakyat Malaysia tetibe jadi penyokong fanatik bola Malaysia. Tapi adat la, bile menang, ko akan dijulang2 dan dilambung2. Aritu men ade silap pon orang tak nampak dah, janji menang. Tapi kalo ko kalah, macam sampah la ko dipijak2, dicaci2, lbey2 lagi dek orang Malaysia sendiri. Kalo men cantik camne pon, cume takde rezeki bola nak bolos ke gawang gol, jangan harap nak dengar orang puji. Mungkin ade la, seketul dua. Len? Haram.

Ni la situasi kite kat Malaysia.

Pi la celah mane pon, same jek. Orang cume taw cakap, tapi tak pernah cube paham situasi. Ye, aku mengaku, aku pon same pade satu2 mase, coz we are typical Malaysian. Kekadang malu bile orang luar lebey hargai ape yang kite ada dari kite sendiri.

Cakap2 pasal bola gak, aku teringat kat Indon. Tah la apesal mangkuk2 yang kat sane tu marah benor ngan kite. Abes sume bende nak bongkar. Padahal nak lawan bola ni. Pi bangkit pasal dari mane Malaysia merdeka la, budaya Malaysia cedok dari mane la, tah hape2 lagi. Ek eleh. Pikiran orang kelas bawahan sungguh. Langsung takde adab. Men bola nye pasal pon nak gaduh. Tak pikir langsung pasal Malaysia dah banyak tolong dorang. Orang indon sendiri melambak2 kat Malaysia cari makan. Yang halal ade, yang haram pon ade. Kang halau sume balik Indon kang, padan muke. Tapi padan muke kite gak. Kalo takde indon, sape nak jadi buruh, sape nak jadi maid, sape nak jadi tukang sapu? Kite dah terlalu bergantung kepada tenaga kerja dari luar.

Sebabnye?

Anak2 orang Malaysia dah tak nak keje2 camni, tak standard katenye. SPM pon kantoi, ade lagi terok tak amik SPM langsung, tapi ade hati gak nak keje standard2. Ngek. Last2 takde keje, perabes beras mak ayah, rempit sane sini, isap dadah, kuar malam sampai pagi tataw ape projek, pastu bile kene tangkap ngan polis, salahkan polis sebab tangkap anak die. Alasan? "Takkan anak saya kuar minum pon tak bole?" Padahal polis jumpe anak ko tengah bawak keta, takde lesen, ngan mabuk2 bagai, bahayakan nyawa orang len. Ni la manusia akhir zaman. Bila hamba melahirkan tuan, inilah die situasinye. Anak wat prangai setan, mak bapak wat bodoh jek biarkan, takde daya nak cakap ape.

Susahlah nak cakap zaman skang ni. Kang kalo tak ditegur, share dosa same. Bile ditegur, kite plak disuruh jage tepi kain sendiri dulu. Nak jek aku tempeleng. Weh, sok kalo kubur ko sebelah kubor aku, ko jerit2 kene pukul dalam kubor aku dengar bai. Mane nye sekolah la dorang pegi. Tak pernah belajar subjek Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral ke? Hidup bermasyarakat maa. Adehh.

Tak pasal2 entry ni jadi entry membebel. Hehehe. Sory ek, terlebey semangat.

Oklah, so untuk tahun 2011 ni, same2 la kite muhasabah diri balik. Bila aku lupe, korang ingatkan. Bila korang lupe, aku ingatkan. Walaupon kerajaan Selangor tak bagi gune slogan ni, tapi aku pedulik hape same ko. Kite idup dalam Malaysia, kongsi negara, so kita Satu Malaysia, ade undang2 negara yang kite kene patuh, ade pemimpin negara yang kite kene bantu untuk naikkan negara dan ade name yang kite kene jage. Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, tapi inilah tanah tumpah darah ko, so berbakti la balik pada negara. Jangan gadai maruah negara demi kepentingan sendiri.

Di mane bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
Semangat patriotik kite dah makin menipis.

Kalo Malaysia diserang penjajah semula, ape yang akan kite wat untuk Malaysia? Bangun mempertahankan kedaulatan negara, berdiam diri sembunyi tunggu sampai aman atau larikan diri ke luar negara tukar taraf kerakyatan? Tepuk dada, tanye la diri sendiri. Kalo aku? Aku lahir dalam keluarga beruniform, dan aku sendiri ahli pasukan simpanan. So aku ade jawapan aku sendiri. Korang? Jawab la dengan diri sendiri k? Hehe.

Adios!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...